Pertolongan ( Part 4)

2.7K 218 4
                                    

Jam menunjukkan angka enam setengah petang ketika dua buah kereta itu mula memasuki perkarangan rumah Jugam. Semua yang datang mengucap panjang melihat mayat Jugam yang tersangkut di tingkap rumahnya. Ulat memenuhi jasad yang tak bernyawa itu. Ada juga yang tergolek jatuh ke tanah. Sungguh meloyakan tekak. Lalat memenuhi ruang bilik Jugam. Menghurung mayat itu bagaikan sebuah pesta.

Mereka masih lagi kaku di dalam kereta masing-masing. Menunggu siapa yang akan dulu melangkah keluar.

TOK! TOK! TOK!

Cermin kereta Masruddin di ketuk. Semua yang berada dalam kereta terkejut dan mengurut dada. Tok Arif dan Tok Mahmod tersenyum di luar kereta. Andika segera melangkah keluar.

"Innalillahi wainna ilaihi raa jiu'n..." ucap Andika sambil menggeleng kepala.

"Bagaimana sekarang, Dika?" Soal Tok Mahmod.

"Kita kena report polis ni,Pak Ngah." Kata Masruddin. Sehelai kain tuala kecik di tekup di hidungnya. Bau busuk membuatkan tekaknya meloya. 

"Kita kena habiskan kerja kita dahulu baru kita panggil polis. Lagipun kalau polis sudah masuk campur susah kita nak masuk rumah ni nanti."balas Andika.

Semua yang ada menutup hidung menggunakan kain. Ustaz Zul menggunakan serbannya. Cuma Tok Arif dan Tok Mahmod sahaja yang kelihatan tenang dan tak terganggu dengan bau busuk itu.

"Kita mulakan dengan bahagian luar dahulu. Satu kumpulan di belakang rumah dan satu lagi di hadapan ni." Kata Andika. Semua mengangguk setuju.

"Kalau begitu..biar kita ke belakang." Pinta Tok Arif. Memang dari tadi dia mengesan sesuatu di belakang rumah itu. Bahkan di pagar rumah juga di letakkan "penjaganya". Tok Arif memerhati wajah anak muda di hadapannya. Matanya jatuh pada Helmi dan Zuhail.

"Mahukah..."

"Boleh!" Potong Helmi sebelum sempat Tok Arif menghabiskan ayatnya. Tok Arif ketawa kecil.

"Mari." Tok Arif melangkah berhati-hati ke tepi rumah. Matanya tajam memerhati segenap ruang bawah rumah itu. Ada sesuatu yang gelap di situ.

"Kita nak cari apa dulu,Tok?" Soal Zuhail.

Dia sengaja berjalan rapat dengan Tok Arif kerana bau wangi lelaki tua itu.Helmi dan Toriq hanya mengikut sahaja kemana langkah Tok Arif.

"Berhenti.!" Tok Arif berkata tegas. Helmi terkejut kerana dadanya di tahan oleh Tok Arif. Terpinga-pinga dirinya di perlakukan sedemikian.

"Kenapa,Tok?" Soalnya. Kepalanya berpusing ke kiri dan kanan. Tiada apa-apa yang pelik.

"Anak hampir merempuh sesuatu. Buka matamu. Lihat dengan betul-betul,nak. Bahaya di mana-mana sahaja. Lebih-lebih lagi dengan manusia yang sudah sesat seperti Jugam ini." Kata Tok Arif. Belakang tengkuk Helmi di tepuk tiga kali. Helmi tersentak kerana hijabnya di buka oleh Tok Arif.

"Kamu?" Soalnya pada Toriq. Toriq tersenyum sambil mengangkat tangannya.

"Sudah. Dari rumah tadi saya sudah bukanya." Jawab Toriq. Tok Arif angguk faham.

"Mana seorang lagi? Zuhail?" Soal Tok Arif. Kepalanya tercangak-cangak ke belakang Toriq.

"Dia ikut kita ka tadi?" Soal Toriq ada Helmi. Helmi mengangkat bahu. Bibirnya dicebikkan.

"Sodd!!"

Dengan tiba-tiba Tok Arif menjerit lalu melibas serbannya ke sebelah kanan.

"Argh!" Suara lelaki mengerang jelas kedengaran. Semua mencari puncanya.

"Allah! Zuhail?!" Helmi terjerit melihat kawannya yang terperosok di bawah rumah. Toriq dan Helmi berusaha menariknya keluar. Zuhail tercungap-cungap mencari nafas.

PewarisWhere stories live. Discover now