Ikut (Part 2)

3K 200 0
                                    

Mustafa berdiri di hadapan tandas. Dia bercekak pinggang. Pintu tandas di tolak kuat. Semuanya masih di tempat yang sama. Mesin basuh di tepi dinding. Sabun,baldi,cebok semuanya masih di tempat yang sama.

"Hermmm....angin kot." Mustafa melangut memerhati ke lubang angin di dinding tandas. Akhirnya dia melangkah keluar.

"Takdak apa aih...angin tu..." kata Mustafa. Maziah tidak berpuas hati. Dia melangkah masuk ke dalam tandas. Habis semua benda di periksanya. Tudung mesin basuh di angkatnya juga. Setelah berpuas hati dia melangkah keluar.

"Angin la kot abang.". Habis sahaja Maziah berkata-kata hujan turun dengan lebat.

"Angin kuat hari nak hujan kot tadi." Sambung Maziah lagi. Mustafa mengiakan sahaja.

♾♾♾♾♾♾♾♾

"Tok!" Laungan dari luar rumah mengejutkan Tok Mahmod yang sedang membaca Al Quran. Dia bangun lalu menyimpan Al Quran. Kepalanya di jengukkan ke luar tingkap.

Awira dan ayahnya sedang menunggunya di bawah.

"Tok. Pokok Pembuka Robi' bertukar merah,Tok." Awira terus memberitahu tanpa sempat Tok Mahmod menjejakkan kakinya ke tanah.

"Bila masanya kau sedar Awira?" Soal Tok Mahmod. Telinganya sudah memerah.

"Subuh tadi Tok. Semasa kita pergi mengambil ayam hutan di jerat. Seekor ayam hutan mati Tok. Badannya seperti dicakar seekor bintang buas." Terang Awira. Peluh memercik di dahi luasnya.

Tok Mahmod semakin terkejut.

"Mari pergi ke sana.!" Tok Mahmod terus bergerak.

Awira dan ayahnya mengikut di belakang.

Pokok Pembuka Rabi' di usap perlahan-lahan. Tok Mahmod memerhati lama pada setiap dahannya. Lekuk air yang terjadi di batang pokok di pandangnya. Perlahan-lahan tapak tangannya di celup ke dalam itu. Panas. Tok Mahmod menarik kembali tangannya.

Tapak tangannya di pandang lama. Air yang merah warnanya itu masih lagi melekat di tapak tangannya. Tergerak hatinya untuk menghidu bau air itu.

Hanyir. Darah?!

Mata Tok Mahmod terbeliak.

"Kurang ajar!". Bentaknya tiba-tiba. Marahnya semakin memuncak.

Awira dan ayahnya terkejut. Tidak pernah mereka berdua mendengar lelaki tua itu mengeluarkan kata-kata sebegitu.

"Dimana bangkai ayam hutan itu,Awira?" Soal Tok Mahmod.

Awira menunjuk ke kirinya.

"Dalam semak itu,Tok." Tok Mahmod melangkah menghampiri. Bangkai ayam yang terobek perutnya di pandang lama. Tali jerat masih lagi mengikat kakinya.

Tok Mahmod teringatkan Gangsa. Kesan cakarannya sama. Tiga garisan. Tok Mahmod terperasan akan sesuatu.

"Awira. Tolong angkat bangkai ni." Arah Tok Mahmod.

Awira menurut. Dia pelik. Tiada setitik darah pun yang mengalir keluar dari tubuh bangkai ayam itu. Bangkai itu di pusing-pusing.

"Ya..darahnya sudah disedut." Tok Mahmod berkata seakan-akan tahu apa yang bermain di fikiran anak muda itu.

"Benar ,Tok. Tanahnya juga kering. Tiada setitis darah pun disini." Adnan memeriksa tanah tempat bangkai ayam tadi. Jarinya menekan-nekan tanah.

Tok Mahmod bangun secara tiba-tiba dan melepaskan penumbuk angin ke kirinya.

"Roarggghhhh!!" Bunyi sesuatu mengaum dan berlari dalam semak mengejutkan Awira dan Adnan.

Tok Mahmod masih lagi terkumat kamit membaca sesuatu.

PewarisWhere stories live. Discover now