Pewaris

9.3K 344 28
                                    

Safiyah pulang kerumah dengan hati yang gembira. Dia tahu paklongnya akan setuju dengan kem motivasi itu. Lagipun hazwani bukan suka jika dia selalu berada dirumah. Menyampah. Safiyah masuk ke dalam rumah setelah salamnya dijawab. Surat kebenaran untuk pergi ke kem motivasi disuakan kepada maklongnya. Maklongnya membaca sekilas lalu kemudian mengiakan saja.

"Ermm...nanti paklong sain. Pergi makan dulu." Maklong berlalu pergi ke biliknya. Safiyah tersenyum gembira.

"Yes!". Tangannya dijulang ke langit. Bernyanyi2 safiyah masuk kebilik. Selesai tukar baju dia keluar semula menuju ke dapur. Perutnya terasa semakin lapar apabila tercium bau gulai ikan talang maklongnya. Sedap yang tiada tandingannya lagi setakat ini.

Safiyah mengemas bajunya dengan kasar. Sakit hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Tak sangka Hazwani pun ikut sama ke kem motivasi itu. Selalunya Hazwani akan mengelak seboleh yang mungkin untuk ke kem motivasi. Entah kenapa dia beriya2 mahu pergi kali ini. Mungkinkah sebab tempatnya yang dekat dengan air terjun? Ataupun Hazwani sengaja nak sakitkan hatinya?. Dalam melayani amarahnya akhirnya siap semua barang yang ingin dibawa. Semuanya dimasukkan dengan cara kasar. Safiyah membawa 2 buah beg. Satu beg baju dah satu lagi beg berisi telekung dah buku nota. Mana tahu disana nanti ada aktiviti yang memerlukan buku tulis. Tapi sudah semestinya ada kan?hehehe. Keluar sahaja dari bilik tidur mata Safiyah terus terpandang ke tubuh Hazwani.

"Mak aii...banyaknya beg ko..sampai 3 bijik.." kening Safiyah berkerut.

Hazwani masih lagi membetulkan tudungnya di cermin. Mulutnya dimuncungkan. Dia diam tidak membalas kata2 Safiyah. Bunyi hon kedengaran diluar rumah. Paklong sudah siap menunggu di dalam kereta. Maklong terkocoh2 keluar dari biliknya.

"Cepat la wani...abah hon dah tu...". Cepat sahaja tangan maklong mencapai beg baju Hazwani. Yang paling besar pulak tu. Safiyah geleng kepala. Hazwani hanya mencebik geram. Tudungnya masih lagi senget.

Selesai sesi taklimat Safiyah segera naik bas. Dia suka duduk tepi tingkap. Jamilah ataupun cekmi mengambil tempat disebelahnya. Tempat duduk mereka dibelakang pemandu bas. Cekmi yang pilih sebab nak tengok tv katanya. Safiyah ikut saja. Asalkan ada tempat duduk.

"Mi,kecik dengan ayong mana?". Safiyah hairan kerana puas menunggu masih juga tak muncul. Cekmi angkat bahu.

"Bas sebelah kot. Buka tirai tu.". Tirai yang tertutup ditarik ketepi.kelihatan mardiyah dah khairiah sedang duduk makan kuaci. Safiyah melambai2 tapi sayang sahabatnya begitu asyik dengan kuaci. Safiyah tutup kembali tirai.

"Alaa....sampai nanti jumpa la tu...doakan semoga selamat sampai je." Pujuk cekmi. Safiyah mengangguk.

"Yela mi...nasib ada ko..kalo tak sapa la yang nak jadi bantal aku ni?hihihi..." tangannya menepuk2 lengan cekmi. Cekmi bam bam. Cekmi hanya menjeling. Laju tangannya membuka keropok ikan yang di goreng oleh umminya pagi tadi.

PewarisWhere stories live. Discover now