Lawan.

2.7K 200 0
                                    

Jugam tersedar setelah mendengar salakan anjing yang berada di luar pagar rumahnya. Perlahan-lahan dia bangun mendaki tangga.

Cermin yang tergantung di tiang rumah di tumbuk kuat. Retak seribu cermin itu. Wajahnya kini sudah berubah. Jugam menjerit marah. Sebelah tubuhnya bertukar hodoh. Hitam legam bagai arang. Kepalanya botak sebelah. Mata pula tersembul keluar. Dirinya sudah cacat. Kuku tangan kirinya menjadi panjang dan berubah hitam. Jugam menjerit lagi.

"Dasuri!" Jeritnya kuat.

"Dasuri woi.! " panggilnya lagi. Tiada sahutan. Sepi. Jugam memandang ke sekeliling rumahnya. Kosong.

"Dasuri."suara menjadi perlahan. Dia menapak ke bilik tidurnya.

KRAK!

Kakinya terpijak serpihan kaca di lantai. Jugam terkejut lalu segera mencabut kaca yang melekat di tapak kakinya. Dia mendesis kesakitan.

Serpihan kaca di tangan di amati lama.

"Dasuri! Tidak...! Dasuri.!" Jeritnya bagai orang gila. Serpihan kaca di lantai di kutip laju. Botol tempat menyimpan Dasuri pecah berderai. Bermakna Dasuri sudah pun berjaya di bunuh oleh Saifiyah dan Puteri Bayu.

Jugam menjerit dan mengongoi kesedihan.

"Dasuri....kenapa tinggalkan aku.... Dasuri..."  Jugam tersandar di muka pintu dengan kaca penuh di tangan.

Dasuri asalnya seorang wanita yang jelita dan menjadi kegilaan pemuda kampung. Jugam yang baru bermastautin di kampung itu berjaya menambat hati Dasuri dengan keramahannya. Malang bagi Dasuri cintanya di halang oleh keluarga. Dengan hati yang sedih dia melangkah menuju ke rumah Jugam. Tapi malangnya dia telah di culik oleh pemuda yang dengkikan hubungannya dan Jugam. Dasuri telah di rogol bergilir-gilir oleh tujuh pemuda itu. Dia telah di tinggalkan di tepi jalan dengan baju yang koyak rabak. Dengan hati yang sedih dan fikiran yang bercelaru dia telah menuju ke jalan besar dan sengaja melompat ke tengah jalan ketika lori sawit sedang di pandu laju. Tubuhnya hancur dengan sebahagian badan terperosok di celah-celah tayar lori. Otaknya tersembur ke jalan. Lalu pelbagai spekulasi yang timbul setelah kematiannya. Ada yang mengatakan dia mengandungkan anak Jugam. Lalu pemuda itu di halau tanpa soal siasat. Jugam berpindah ke kampung berhampiran. Dia yang memuja roh Dasuri agar menjadi khadamnya. Khadam yang paling di sayanginya.

Kini yang tersayang sudah di hapuskan oleh Saifiyah dan Puteri Bayu. Jugam bangun perlahan-lahan menuju ke almari bajunya. Sekeping gambar hitam putih di ambilnya lalu di tekapkan ke dada. Kain perca berwarna hitam juga di capai lemah. Dia melangkah longlai dengan mengheret kakinya yang luka akibat kaca itu. Cangkul yang tersadai di bawah tangga di heret lemah.

Botol kaca dan gambar hitam putih itu di tanam di bawah pokok mempelam. Dia tersandar kepenatan di bawah pokok. Luka di kaki di biarkan di hurung lalat.

♾♾♾♾♾♾♾

"Sekarang bagaimana? Semua sudah menjadi gelap,Saifiyah. Kita boleh melihat dalam gelap tapi Saifiyah tidak." Puteri Bayu melunjurkan kakinya.

Serban putih yang melekat di badan Dasuri kembali memutih warnanya berbanding tadi. Sedikit sebanyak dapat mencerahkan suasana pada ketika ini.

Dasuri sudah menghilang menjadi debu. Kini hanya tinggal mencari cara untuk mengalahkan Jugam sahaja.

Mangut yang dari tadi memerhati pertarungan itu semakin bercelaru fikirannya. Terasa sesuatu yang tak kena pada dirinya. Memang dia yang menyamar menjadi Ragas bagi menakutkan Saifiyah dahulu. Dia juga yang di suruh Jugam untuk mencari Keris Saka di kampung Setanggi. Dialah yang mencederakan Pokok-pokok Pembuka. Semua itu atas arahan Jugam kecuali ini. Dia sedang menghendap Saifiyah sepanjang  gadis itu menjadi tawanan Jugam. Entah bagaimana dia merasakan sesuatu tarikan pada gadis itu. Adakah kata-kata mainannya pada Saifiyah kini meracun fikirannya.

"Satu hari nanti kau pasti akan terima aku jadi khadam kau!"

Mangut merengus perlahan. Tak mungkin dia akan berpaling dari tuannya. Ragas takkan menyerahkannya pada Jugam andai lelaki itu lemah. Mangut menghilangkan diri. Semakin lama dia memerhati kedua gadis itu semakin bercelaru fikirannya. Sebaiknya dia menghindarkan diri.

♾♾♾♾♾♾♾

Tok Mahmod kembali ke kampung Setanggi setelah keadaan Saifiyah semakin elok. Dia berharap agar cucunya berjaya untuk membantu gadis itu.

Puteri Malina sedang berteleku di sejadah saat dia melangkah ke dalam rumah.

"Assalamualaikum." Sapa Tok Mahmod.

Puteri Malina terkejut segera menoleh ke belakangnya. Tasbih di tangan hampir tercampak ketika dia berdiri dan mendapatkan ayahnya.

"Ayahnda.!" Tubuh tua itu di peluk erat. Puteri Malina menangis teresak-esak di bahu Tok Mahmod.

"Basahlah baju ayahnda nanti." Kata Tok Mahmod dengan tawa kecil.

Puteri Malina melepaskan pelukannya dan mengelap air matanya. Dia turut ketawa kecil mendengar gurauan ayahnya.

"Ayahnda sihat? Bagaimana mereka di sana? Bayu?" Soal Puteri Malina.

Tok Mahmod tersenyum. Kepalanya di gelengakan.

"Air ayahnda mana? Ayahnda baru sampai sudah di tanya pelbagai soalan. Berilah masa untuk melepas lelah dahulu.." kata Tok Mahmod lembut. Puteri Malina tersenyum malu.

♾♾♾♾♾♾♾

Zikir memuji Ilahi tak pernah putus dari bibir ke dua gadis itu. Hanya itu sahaja yang menjadi penguat buat mereka ketika ini.

Keduanya saling menyandar di belakang sesama sendiri. Pegangan tangan tak pernah di lepaskan. Kata-kata Tok Mahmod di turut sepenuh hati. Mereka hanya menanti kemunculan Jugam sahaja kini. Jika Jugam memunculkan diri ini bermakna mereka berdua terpaksa berlawan berhabis-habisan untuk keluar dari sangkar ini.

"Saifiyah." Panggil Puteri Bayu tiba-tiba.

"Emm?" Saifiyah menjawab sambil mata di pejamkan.

"Bukankah ada dua makhluk yang menjadi khadam Si Jugam itu. Tapi kenapa hanya satu sahaja yang muncul? Di mana yang satu lagi?"

Soalan dari Puteri Bayu menyentak Saifiyah. Sungguh dia terlupa pada Mangut. Saifiyah terdiam.

"Saifiyah?" Panggil Puteri Bayu.

"Aku tak tahu,Bayu. Aku cuma berdoa semoga dia tidak mengganggu keluargaku di sana." Saifiyah menunduk. Wajah-wajah insan tersayang bermain di mata.

PewarisWhere stories live. Discover now