Pewaris

4.1K 246 2
                                    

"Hahahahhaha"
"Hahahahahahah"
"Hahahaha"
"Hahahahaha.....ko nampak tak tangan dia macam mana? Eeee...."

Cekmi mengajuk penumbuk hazwani. Bezanya agak besar sedikit.kerana tangan cekmi agak comel. Mereka berempat ketawa geli hati.

"Okay2....sudah2... sakit dah perut aku ni. Jom tidur. Esok nak start awal. Ingatt...! Khemah mana yang paling awal sampai akan dapat 5 mata tau."

Kecik mengangkat tangannya. Mereka sedang baring.

"Sudah2 la dengan markah ko tu kecik....aku rasa kita takkan menang la..aku tengok khemah maisarah lg power..". Ayong seakan2 hilang semangatnya. Kecik diam tidak menyahut. Cekmi pun diam. Ayong duduk.

"Ceh,dah tidur rupanya. Cepat gila...". Tangannya laju menarik selimut supaya menutupi mereka berempat. Ayong kembali baring. Sekejap sahaja dia sudah pun berlayar ke alam mimpi.

Safiyah terjaga dari tidurnya. Dia memandang ke kiri dan kanannya. Cekmi sudah bangun rupanya.

"Awal gila cekmi bangun. Tak gerak orang pulak tu.hummm". Safiyah bercakap sendiri. Lantas tangannya mencapai tudungnya yang di letakkan dihujung bantal. Safiyah keluar dari khemah.

"Mak aii....sejuknya....gelap pulak tu. Mana la cekmi pergi ni. Berani sungguh.". Leternya lagi. Dia memandang ke sekeliling tempat. Kenapa sunyi sangat ni? Takkan ustazah pun tak bangun lagi? Dah pukul berapa ni? Bisik hatinya. Matanya dilarikan ke arah jam tangannya. Terkejut dan terbeliak.

"Pukul 2 pagi? Biar betul?patutlah sunyi.." bisiknya seorang diri. Hatinya mula risaukan cekmi. Lantas dia masuk semula ke dalam khemah. Alangkah terkejutnya safiyah apabila terpandangkan tubuh cekmi yang sedang tidur nyenyak. Safiyah teragak2 melangkah merapati cekmi. Disentuhnya tangan cekmi. Sejuk. Pipi cekmi. Sejuk. Safiyah semakin takut.

"Mi? Mi?" Safiyah menggongcang lengan cekmi.

"Ko buat apa peah?" Cekmi datang dari belakang. Safiyah terkejut yang amat. Lantas dia menoleh kebelakang. Cekmi sedang membuka tudungnya.

"Ko buat apa peah? Mengigau ke?" Soalnya lagi. Safiyah menggeleng.

"Em..em..Mi?ko..ko tengok belakang aku ni jap.ada apa2 tak?" Safiyah gagap. Cekmi menurut saja.

"Tak da apa pun? Bantal je..kenapa? Ada lipas ke?" Soal cekmi hairan.

Safiyah semakin terkejut. Laju saja tangannya menyentuh dahi cekmi. Panas. Yang tadi sejuk macam ais batu. Air liurnya terasa pahit. Cekmi sudah kembali baring di sebelahnya.

"Mi,ko pergi mana tadi?" Soalnya ingin tahu.

"Aku pergi tandas...aku tak tahan la sejuk2 macam ni..rasa nak terkencing je."

"Ko pergi sorang ke?" Soalnya lagi. Cekmi tergelak.

"Gila kau aku nak pergi sorang. Aku ajak pengawas la..kan diorang berjaga ..kebetulan kak aiman lalu depan khemah tadi..aku bangun la..terus ajak dia pergi tandas."

"Oooo....hehehe...okaylah...aku tidur dulu. Tapi kalau ko nak terkencing lagi ko bagitahu la aku dulu...jangan hilang2 mengejut macam ni..risau aku." Safiyah memeluk lengan berlemak cekmi.

"Yela2 ....nanti tak ada orang nak tolong masak untuk korang kan..huh" cekmi memuncungkan mulutnya. Safiyah tersengeh.

"Betul tu...heheh."

PewarisWhere stories live. Discover now