Membuka Cerita.

3K 202 7
                                    

Kampung Setanggi seperti biasa hari itu. Semua dengan kerja-kerja rutin harian mereka. Ada yang mengemas rumah,mencabut rumput, dan ada yang melukis batik. Kaum lelaki pula kebanyakannya sedang membuat bubu dan mengasah rotan. Ada juga yang sedang membuat jeurat ayam.

Angin lembut bertiup mesra menyapa sesiapa sahaja yang di sentuhnya. Beberapa orang kanak-kanak berlari riang.

Bunyi beduk dari masjid di tengah-tengah kampung menghentikan segala kerja-kerja kaum lelaki. Ada yang terus meletak ke tapi parang yang di asahnya lalu segera mencapai ketayap dan terus melangkah ke masjid. Begitulah keadaan mereka semua. Beribadat pada yang Maha Esa. Hidup aman dan bahgia.

Malam menjelang tiba. Sekumpulan anak muda mula keluar dari rumah selepas Isya'. Masing-masing membawa pelita dari buluh. Melangkah penuh gembira menuju ke sebuah rumah yang paling besar di kampung itu. Mereka berkumpul untuk belajar silat.

"Bonda, ayahnda di mana?" Mahmod muncul dari ruang tamu.

"Eh? Bukankah ayahnda kamu sudah turun mengajar?" Dang Fatimah pelik. Suaminya sudah pun turun ke bawah tadi. Anak-anak silat pun sudah memulakan pengajian mereka.

Mahmod menggeleng kepala.

"Ayahnda tiada di bawah,bonda. Hanya ada Rusydan dan Adam sahaja." Kata Mahmod lagi.

"Mungkin ayahndamu ada hal yang hendak diuruskan. Pergilah ke bawah. Gantikan tempat ayahndamu sebentar." Dang Fatimah memberikan senyuman manisnya.

Mahmod memuncungkan bibirnya seketika kemudian melangkah turun.

♾♾♾♾♾♾

Mohsin melipat lengan bajunya hingga ke siku. Matanya tidak lepas dari memandang Pokok Pembuka Wahid. Di tepuk-tepuknya batang pokok itu.

"Kita mendapat alamat. Jika dia berniat baik.. izinkan sahaja. Tugasmu ialah melindungi kampung dari makhluk yang berniat jahat. Bantulah hamba Allah itu jika dia datang kelak. Kita pulang dahulu. Assalamualaikum."

Batang pokok di tepuk tiga kali. Mohsin terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi.

♾♾♾♾♾♾♾

Razali mundar-mandir di bawah pokok kelapa. Mimpi malam tadi berulang tayang semula. Berkali-kali dia cuba memahami mimpi itu. Tapi semuanya bagaikan tidak masuk akal. Razali merebahkan badan di atas pangkin di bawah pokok mempelam. Angin pagi itu terasa sungguh lembut.

"Hemmmhhh!" Keluhan panjang terbit dari mulutnya.

"Termenung apa,bang? " talam berisi sepinggan pulut berserta ikan masin dan dua cawan kopi pekat di letakkan di hadapan suaminya.

Razali tersenyum. Wajah Saleha yang kemerahan itu di pandang penuh kasih.

"Ke mari." Talam di tolak ke tepi. Tubuh Saleha di raih dalam pelukannya. Perlahan-lahan Razali meletakkan tangannya di atas perut Saleha.

"Ish,abang ni.." Saleha menolak laju tangan suaminya.

"Hehehehe..."Razali tersengih-sengih.

"Abang dah kenapa? Buang tabiat ke apa? Pagi-pagi dah buat perangai ni? Ni kalau Bustaman nampak kan malu Leha." Saleha menjarakkan sedikit dirinya. Wajahnya sudah merah padam. Suaminya ketawa geli hati.

"Leha...abang dapat mimpi pelik malam tadi." Razali mencubit sedikit pulut dah sedikit ikan masin. Di kepal-kepalnya lalu di suapkan ke mulut.

"Mimpi apa,bang?" Tanya Saleha.

"Mimpi Leha mengandung." Razali tersenyum-senyum.

"Eh,abang ni..apa abang lupa ka apa yang bidan Siah kata? Leha ni dah tak boleh mengandung..sarung rahim Leha dah tak kuat. Kalau mengandung pun tak ada peluang nak menjadi." Saleha mengerutkan keningnya. Wajahnya bertukar keruh.

PewarisWhere stories live. Discover now