Kembali ( Part 4)

2.7K 205 6
                                    

Andika memerhati kesan cakar panjang di belakang Saifiyah. Panjangnya lebih kurang dua jengkal. Andika cuba untuk menyentuhnya. Belum pun jarinya sempat menyentuh calar itu Saifiyah sudah meraung kesakitan.

"Sakit,Tok Ngah.... tak mau pegang.. sakit.." Saifiyah merintih kesakitan.

Masruddin juga sudah di beritahu akan kejadian ini. Terkejut sakan abangnya mendengar cerita darinya.

"Toriq. Bawakan air suam segelas." Kata Andika. Maziah segera bangun untuk menolong tapi di tegah Andika.

"Biar Toriq yang buatkan,Maziah. Kau rehatlah." Kata Andika. Maziah hanya mengangguk kehairanan.

Toriq berlalu ke dapur. Jag berisi sir masak di atas meja di ambilnya. Dia berpusing untuk mencari gelas.

"Allahu Akhbar!" Toriq terkejut besar. Matanya terbeliak ke arah pintu tandas. Lembaga hitam dengan tubuh berbulu lebat sedang merenung tajam ke arahnya.

Toriq berundur setapak ke belakang. Jag berisi air di tangannya di pegang kemas. Mulutnya terkumat-kamit membaca Ayatul Kursi. Lalu di hembusnya ke dalam jag air.

"Jadi kau pendamping baru itu ,ya?" Lembaga itu menunjuk ke arah Toriq.

"Pendamping apa?" Soal Toriq. Dia tidak tahu apa yang di katakan oleh lembaga itu.

"Pendamping Saka!!" Lembaga itu menjerkah.

Toriq bersedia dengan langkahnya. Tangannya memegang kemas jag air.  Air yang sudah di baca ayat suci itu menjadi senjatanya saat ini.

"Kenapa kau cederakan saudaraku?" Toriq merenung tajam. Tiada riak takut di wajahnya.

"Dia menghalang jalanku. Aku tidak mensasarkan padanya." Kata lembaga itu.

"Aku tahu kau tidak berseorangan. Siapa yang kau bawa bersama? Tunjukkan diri.! Jangan hanya berani menyerang ketika lawanmu lemah. Tunjukkan diri kau!" Toriq bersuara keras. Matanya dapat menangkap kelibat yang lain di belakang lembaga itu.

"Hahahahahahahaha....hahahahahaha.....ku fikir si gadis yang paling kuat. Rupanya kau boleh tahan juga ya!" Seorang lelaki tua melangkah keluar dari bayang-bayang hitam di belakang lembaga itu.

"Siapa kau?? Apa tujuan kau mengganggu keluarga aku?!" Toriq mula meneliti segenap tubuh lelaki tua di hadapannya itu.

"Aku Jugam. Datangku hanya untuk melangsaikan hutang  dengan keturunanmu.!"

"Kami tidak pernah berhutang dengan keturunan terkutuk seperti kau!" Andika muncul tiba-tiba dari belakang.

"Kau Andika, bukan?" Soal Jugam. Matanya di kecilkan ke arah Andika. Seolah-olah terlalu benci dengan wajah itu.

"Ya. Aku Andika. Apa mahumu?" Soal Andika.

Jugam tersenyum sinis.

"Kau kenal Ragas?" Jugam mengetap giginya. Bunyi gigi berlaga mengeluarkan bunyi yang mengilukan. Andika membaca selawat pelindung diri.

"Apa kaitan kau dengannya?" Toriq kehairanan.

"Aku anak muridnya yang mewarisi semua ilmunya. Dan aku di amanahkan untuk membalas dendam kepada kau.!" Serentak itu Jugam menendang ke arah Andika.

Andika melompat dan melepaskan sepakan ke arah kepala Jugam. Si tua terhentak ke dinding.

"Tuan!" Lembaga hitam meraung di pintu tandas.

"Jangan masuk campur. Ini masa untuk aku. Hutang nyawa di balas dengan nyawa!! Hah.!" Jugam menerpa ke arah Andika. Bahu Andika di cengkam kuat dari belakang.

Andika berpusing dan menendang perut Jugam.

"Pergi ke depan keluarkan semua orang.!" Arah Andika pada anaknya.

Jugam ketawa kuat. Terpamer giginya yang hitam berkarat.

"Kenapa? Kau takut pewaris seterusnya mati?" Jugam berjalan perlahan-lahan dis ekeliling Andika. Andika bersiap-sedia dengan langkah silatnya.

"Ragas memang berhak untuk mati. Dia yang memulakan perang ini dahulu. Kau hanya mengikut dengan membuta tuli sahaja. " kata Andika.

Ketawa Jugam mati serta merta.

"Argh!! Penipu!" Jerkah Jugam.

"Ragas yang mula mengganggu kami. Aku berkata benar. Demi Allah.!!" Andika memandang kaki Jugam. Jika Ragas kelemahannya di kaki. Jugam mungkin tidak sama. Dia harus cepat.

Jugam tahu maksud pandangan Andika. Dia tersenyum sinis.

"Apa yang kau cari? Kelemahanku? Aku tidak punya kelemahan seperti Ragas. Aku kuat. Lebih kuat darinya.Hahahahah" Jugam ketawa berdekah-dekah.

"Kau sepatutnya malu dengan diri kau sendiri. Bersekutukan syaitan tidak membawa apa-apa faedah padamu. Kembali ke jalan Allah. Kau masih punya waktu untuk bertaubat." Kata Andika. Dia cuba untuk berlembut.

"Huh. Kau tidak tahu apa-apa tentang aku dan Ragas. Kau sudah hapuskan satu-satunya orang yang aku sayang! Aku mesti membalas dendam!!" Jerit Jugam berserta penumbuknya.

Andika pantas mengelak. Dia harus melengahkan masa sebanyak mungkin untuk mencari kelemahan Jugam. Setiap tindakannya di rancang terlebih dahulu. Andika tidak memandang rendah pada lawannya. Bangga diri memakan diri baginya.

"Pernah kau tanya apa yang Ragas mahu?" Andika menahan tujahan tangan Jugam. Lengan Jugam di kunci rapat. Jugam meronta seketika.

"Pernah kau tanya apa yang Ragas tamakkan pada keturunanku?!" Andika mengeraskan suaranya. Jugam mendengus marah.

"Pernah dia ceritakan apa yang terjadi sebenarnya di antara dia dan keturunanku? Pernah?"

Andika menolak kasar tubuh tua itu. Juga mendiamkan diri. Wajahnya yang bengis semakin mengendur. Dia tampak keliru.

"Jika kau sudi untuk bertenang aku akan ceritakan semuanya. Tiada yang tertinggal. Kemudian kau buatlah keputusan kau. Terserah pada kau saja. Aku tidak memaksa." Andika menutup langkahnya setelah merasakan Jugam tidak lagi ancaman baginya.

"Tuan! Jangan terpengaruh dengan hasutannya,Tuan.! Ingat apa sumpah kita pada Tok Guru.!" Si lembaga hitam menjerit di hadapan tandas. Dia ingin bergerak tapi tubuhnya seolah-olah terhalang oleh sesuatu. Mata merahnya merenung tajam wajah Jugam.

PewarisWhere stories live. Discover now