Ceroboh ( Part 3)

2.8K 194 2
                                    

Puteri Malina terjaga apabila terdengar azan subuh. Bahu suaminya di goyang lembut. Tiada balasan. Pipi suaminya di sentuh. Sejuk. Puteri Malina terkejut. Hatinya mula berdebar-debar. Bahu Tradmizi di goyang lagi. Tapi sedikit kuat.

"Kanda? Kanda? Subuh,kanda." Suara Puteri Malina sedikit bergetar. Mindanya cuba berfikiran positif. Bahu suaminya di goncang lagi. Tiada balasan. Puteri Malina terkedu.

"Dang Misiah!" Panggilnya.

Dang Misiah yang baru bangun terkejut mendengar jeritan Puteri Malina. Kelam kabut dia bangun dan menuju ke bilik hadapan.

Puteri Malina teresak-esak menangis di dada Tardmizi. Dang Misiah kehairanan.

"Dang......tolong kita...kanda tidak mahu bangun...." tangan Dang Misiah di goncangnya.

Perlahan-lahan Dang Misiah meletakkan jari telunjuknya di hidung Tardmizi. Dang Misiah terkejut besar. Matanya memandang sayu ibu muda dihadapannya.

"Tidak...tolong katakan tidak,Dang. Tolonglah.." tangisan Puteri Malina mengejutkan Puteri Bayu. Anak itu turut menangis sama. Seolah-olah mengerti yang dia kehilangan seorang ayah. Puteri Malina rebah di tepi jasad suaminya. Kejutan yang tidak tertanggung membuatkan dia pitam.

Dang Misiah turut menangis. Sahabat karibnya sudah pergi menghadap Ilahi. Tubuh Tardmizi di tutup menggunakan kain . Puteri Bayu yang sedang menangis di ambilnya lalu melangkah keluar rumah. Dia harus mencari Tok Mahmod. Dalam hatinya berdoa supaya Tok Mahmod masih lagi bernyawa.

Sesampainya Dang Misiah di hadapan rumah Tok Mahmod dia terkejut besar. Rumah yang dahulunya gah berdiri kini menyembah bumi. Tiada satu tiang pun yang masih terpacak. Semuanya rata di tanah.

"Ya Allah! Apa yang sudah berlaku disini.?" Dang Misiah tercari-cari akan seseorang. Kesan darah jelas di tanah. Tapi jasadnya tiada.

"Kemana semua orang,sayang?" Dang Misiah berkata kepada Puteri Bayu. Bayi yang sedang tidur itu di pegang erat. Tangannya sedikit menggeletar.

"Dang?" Adnan muncul dari belakangnya. Dang Misiah terkejut.

"Ke mana semua orang,kanda ?" Soal Dang Misiah.

"Semua ada di rumah Tok Rusydan. Mari." Adnan mengorak langkah. Dang Misiah mengangguk.

"Bayi siapa di kendongmu, Dang?" Soal Adnan.

"Bayi Tardmizi,kanda." Serentak itu air mata membasahi wajahnya. Berat dugaan buat ibu muda itu.

♾♾♾♾♾♾♾♾

Tok Mahmod membuka tali tasbihnya. Sebijik butir tasbih di ambilnya lalu di bacakan sesuatu.

"Allahu Akhbar!" Biji tasbih dilemparkan ke arah Ragas. Cengkamannya pada Puteri Malina terlepas. Tardmizi menyasarkan penumbuk anginnya ke arah tubuh Ragas. Si tua itu tercampak ke luar rumah.

Pemuda yang berada di luar rumah mula menyerang Ragas.

"Bunuh mereka Badik!" Jerit Ragas dari bawah. Si harimau mengaum kuat. Tubuh Puteri Malina yang tertiarap di lantai di pandang penuh benci.

"Jangan kau cuba-cuba untuk sentuh isteriku syaitan!" Jerkah Tardmizi. Dia melangkah ke hadapan. Cuba untuk menghampiri isterinya. Rumah sedikit bergoyang apabila Badik bergerak. Tubuhnya tiga kali ganda lebih besar dari Anggra.

Badik menundukkan badannya.

"Jaga-jaga!" Kata Tok Mahmod. Badik menerkam ke arah Puteri Malina. Tardmizi dengan pantas menendang kepala Badik. Si harimau jelmaan terpelanting ke tepi. Kepalanya di goyangkan.

Badik mengaum marah. Tardmizi mencempung tubuh isterinya lalu di letakkan ke tepi dinding. Dia bangun semula melangkah ke tengah rumah.

"Aku lawanmu syaitan!" Kata Tardmizi.

Tok Mahmod terjun ke bawah melalui tingkap. Tendangannnya di halakan ke arah tubuh Ragas.

"Buk!!" Terpelanting Ragas akibat serangan yang tidak terduga itu.

"Tak guna kau....!" Kata Ragas. Sabit hitam yang terselit di pinggangnya di ambil lalu di hayunkan ke arah Tok Mahmod. Tok Mahmod mengelak dengan pantas. Sabit yang terbang kembali kepada Ragas.

"Aku takkan menyerahkan keris Saka walau apa yang terjadi sekalipun!!" Kata Tok Mahmod keras. Wajah Ragas yang sudah di mamah usia dipandang tajam.

Adnan, Awira dan Musleh cuba menyerang Ragas. Setiap serangan di tepis pantas. Begitu juga ketiga-tiga mereka.

Tardmizi membuka serbannya. Dengan pantas serban itu di libas ke arah Badik. Mengaum kesakitan si harimau jelmaan. Tubuhnya calar akibat libasan serban Tardmizi. Badik melompat cuba untuk menerkam. Tardmizi menanti dengan langkah yang sudah disiapkan. Serban di tangan di buka dan di hampar di hadapannya dengan pantas. Badik tidak dapat mengelak dari terpijak serban di lantai. Tubuhnya terbakar. Meraung-raung si harimau jadian penuh terseksa. Tardmizi membaca sesuatu di hadapan Badik. Api semaki marak. Tapi api hanya berada didalam lingkungan kain serban sahaja. Badik berusaha untuk melepaska dirinya. Tapi kakinya seperti di melekat pada kain serban itu.

Ragas terkejut mendengar ngauman Badik. Sabit hitam di baling ke atas lalu terbang masuk ke dalam rumah.

"Allah!" Jeritan Tardmizi kedengaran. Adnan melompat naik melalui tingkap. Tardmizi terduduk memegang bahunya. Kesan hitam jelas di bajunya.

"Badik!" Laung Ragas dari bawah. Tiada sahutan.

Badik sudah tidak meronta lagi. Kaku terbakar di atas serban yang putih. Nyawanya sudah tiada lagi.

Ragas menjadi marah. Sabit hitam di baling lagi. Ragas menendang dan menumbuk sesiapa sahaja yang menyerangnya. Sabit terbang masuk ke dalam rumah. Adnan yang perasan sabit hitan menuju ke arah Tardmizi segera memesongkannya. Sabit hitam membelah tubub Badik.

"Badikkk!!" Jerit Ragas dari bawah. Tidak disangka sabit hitamnya mengenai khadam kesayangannya. Ragas berhenti berlawan. Dia menyeru sesuatu.

"Kau takkan berjaya!!" Jerit Tok Mahmod berserta tendangan angin. Terpelanting tubuh tua Ragas lalu mengenai sebatang pokok. Awira dan Itqan berlari menuju kearah Ragas. Menyerang Ragas bertubi-tubi.

Tardmizi terbatuk-batuk. Darah merah mengalir keluar dari mulutnya. Setiap kali dia batuk darah akan tersembur keluar. Luka di bahu bertukar hitam. Racun menular ke bahagian badannya. Puteri Malina mengesot mendekati suaminya.

"Adnan. Mari turun. Rumah ini tidak selamat lagi. Ianya akan roboh." Kata Tardmizi apabila terdengar sesuatu yang patah dari bawah rumah. Adnan mengangguk.

"Mari."kata Tardmizi kepada isterinya. Tubuh isterinya di papah.

"Kamu semua akan mati!" Jerit Ragas berserta tendangan ke arah tiang rumah Tok Mahmod.

"Prak!!! BUMM!!!!" Rumah Tok Mahmod perlahan-lahan menyembah tanah.

Tardmizi segera mendukung isterinya lalu terjun melalui tingkap. Adnan menurut sama. Ketiga -tiganya terpelanting ke tepi. Tardmizi semakin lemah. Adnan terbatuk-batuk akibat terhentak di tanah. Puteri Malina terkulai tidak jauh dari suaminya. Tardmizi gagahkan diri untuk bangun. Ada sesuatu yang menangkap pandangannya. Tardmizi menghampiri tubuh isterinya. Cecair yang meleleh di paha isterinya di sentuh.

"Air ketuban?" Lalu dengan pantas tubuh isterinya di cempung menuju ke rumah Dang Misiah. Sakit di badannya tidak dirasai lagi.

#Bunyi rumah runtuh tu pandai2 la korang imagine...hehehehe

PewarisWhere stories live. Discover now