Pinjam (Part 2)

3.1K 195 10
                                    

Hujan lebat mencurah-curah dari langit malam. Bunyi bising hujan menimpa bumbung membingitkan telinga. Saifiyah,Syuhada dan Hazwani sudah terlena tanpa menghiraukan siapa-siapa lagi. Diruang tamu Andika dan Manisah mengambil tempat di hadapan tv.

Toriq masih lagi terkebil-kebil seorang diri di atas sofa. Fikirannya menerawang pada kejadian kelmarin. Semasa dia berada di dalam liang lahad untuk menyambut Toksunya. Matanya secara tak sengaja terpandang pada semak di tepi kubur. Seekor harimau sedang mengintai mereka didalam semak. Namun bila matanya terkelip harimau itu menghilang.

Perlahan-lahan matanya melayu dan terus pejam. Toriq sudah memasuki alam mimpinya.

♾♾♾♾♾♾♾♾

Murad ketawa berdekah-dekah di hadapan tv. Tidak di pedulikan jelingan Maisarah yang sedang membuat kerja sekolah di meja di tepinya.

"Hahahahaha.....lawak gila,Dik!"

Murad menepuk-nepuk lantai.

"Ha'ah...yang lawak tu Mr.Bean. Yang gilanya tu hang!" Jegil Maisarah geram.

"Aku memang gila pun....tau lama dah kan...."Cebik Murad. Sengaja mengapi-apikan adiknya. Maisarah segera mengemas buku-buku sekolahnya dan masuk ke bilik. Kaki di hentak sekuat hati tanda protes.

Murad menguatkan tawanya bila pintu bilik Maisarah di hempas kuat.

"Tanggal pintu tu aku repot kat abah yang hang pi dating dengan Zul kat tepi sungai hari tu!"

Laung Murad. Ayah dan ibunya tiada di rumah kerana menghadiri kenduri tahlil rumah Pak cik Masruddin.

"Sebok ja!! Suka hati aku la!!"

Jerit Maisarah dari dalam bilik. Murad pekakkan telinga.

Bantal peluk di atas katil di tikam-tikam dengan pensil. Sengaja dia membayangkan wajah abangnya di bantal tersebut. Puas hati.

"Prak!"

"Aaaa.....adui.....sakitnya....!" Jerit Maisarah. Pensil 2b sudah patah setengah dan menusuk ke tangannya. Kelam kabut dia berlari keluar.

"Waaa....abang...tolong..."

Murad tang sedang terlentang di depan tv terkejut beruk bila Maisarah tiba-tiba menyuakan tangannya yang tertusuk pensil.

"Woi!!! Hang pasai pa? Hang bunuh diri ka dalam bilik ?"

Pensil 2b di tangan Maisarah di pandang penuh hairan. Murad bangun mencari sesuatu di dapur. Maisarah meraung-raung menangis sambil menghentakkan kakinya.

"Sakitnya,Mak.....makk....."

Dettol pencuci luka dan sehelai kain perca di ambil dari almari dapur. Murad menuju ke ruang tamu semula. Darah menitik-nitik di lantai ruang tamu membuatkan Murad sedikit geli.

"Maih sini. Hang tokak kain ni. Aku cabut."

Belum sempat Maisarah nak menjawab kain perca terus di sumbatnya dalam mulut Maisarah.

"Pejam mata!" Arahnya lagi. Sedangkan tangannya sendiri sudah menggigil.

"Bismillahirrahmaanirrahim!"

Sekali rentap pensil yang mencacak di tapak tangan Maisarah berjaya di cabut.

"Hahik ha hoho!" Jerit Maisarah.

"Hang diam!" Marah Murad. Peluh menitik di dahinya. Perlahan-lahan dettol di sapu pada tempat luka. Darah masih lagi keluar tanpa henti. Murad menggaru kepala.

Kain perca di mulut adiknya di ambil lalu di balut pada luka.

"Wuuu....sakitnya...." Maisarah menangis teresak-esak.

PewarisWhere stories live. Discover now