Ragas

3K 195 0
                                    

Tok Mahmod duduk berteleku di sejadahnya. Dari isya hinggalah ke tengah malam dia masih lagi di sejadahnya. Panjang lamunannya malam ini. Puteri Malina tahu yang sesuatu telah terjadi. Tapi masanya belum sesuai untuk bertanya.

Puteri Malina berjalan perlahan-lahan menghampiri ayah angkatnya itu. Dulang berisi air kopi di letakkan di tepi Tok Mahmod.

"Minumannya,ayahnda."

Tok Mahmod mengangguk lalu mengangkat tangannya. Puteri Malina segera berlalu.

"Bismillah..." Air kopi dicicip perlahan lalu di letakkan semula. Serban di kepala di tanggalkan lalu di hampar di atas sejadah.
Tok Mahmod merebahkan diri di atas sejadah. Tangannya di letakkan diatas dahi.

♾♾♾♾♾♾♾♾

Sekumpulan anak muda sedang berlatih silat di hadapan sebuah rumah yang bercirikan Minangkabau. Obor api menghiasi empat penjuru tempat belajar silat itu. Sesekali terdengar ngauman seekor harimau di balik jeritan mereka. Perkara itu sudah menjadi kebiasaan bagi pelajar-pelajar di situ.

Seekor harimau yang terikat rantai di lehernya duduk di tepi tangga memerhati anak-anak muda belajar silat. Sesekali dia mengaum sama mengikut rentak suara anak-anak silat.

"Anggra!"

Anggra menoleh ke kirinya. Serta -merta dia bangun bila orang yang memanggilnya semakin menghampiri.

"Herrrr....." Anggra mengeram manja bila kepalanya di usap oleh Mahmod. Terpejam-pejam matanya melayan tangan Mahmod.

"Manjanya kau Anggra. Bagaimana aku boleh biarkan kau ke hutan jika kau terlalu manja begini?" Soal Mahmod.

Anggra memusingkan wajahnya ke lain. Mahmod ketawa.

"Kau merajukkah? Kalau kucing merajuk aku boleh lagi usap dagunya. Tapi kalau Anggra yang merajuk aku harus apa ya?"

Mahmod berpura-pura berfikir. Dagunya di urut-urut. Anggra perlahan-lahan memusingkan kepalanya kembali ke arah Mahmod. Kepalanya di geselkan di paha Mahmod. Mahmod masih lagi berpura-pura tidak faham.

"Hermmh...!"Anggra merengus geram. Mulutnya di buka lalu mengigit lengan Mahmod. Mahmod ketawa.

"Ya.ya...aku faham...lepaskan aku kalau kau mahu ikut aku ke rumah Arif." Kata Mahmod. Anggra segera melepaskan gigitannya. Beberapa orang pelajar ketawa kecil melihat telatah mereka berdua.

Rantai yang mengikat Anggra di tiang tangga di bukanya. Lalu mereka beriringan berjalan.

"Mahmod! Kau mahu kemana bersama Anggra?" Laung ayahnya dari celah-celah anak-anak silat.

"Rumah Arif ,ayahnda."

"Jangan terlalu lama di rumah orang. Malam-malam hari tak elok bertandang lama di rumah orang." Nasihat ayahnya. Mahmod hanya mengangguk.

Anggra sudah terlompat-lompat gembira. Kunang-kunang yang hinggap di lalang di terkam penuh teruja. Sengaja Mahmod biarkan Anggra tidak berantai. Rantai Anggra di sangkut di bahunya. Sudah lapan bulan dia menjaga Anggra. Semakin sayang dia pada Anggra. Anggra di temui ayahnya ketika sedang memburu rusa di luar kampung. Ibu Anggra hilang entah kemana meninggalkannya yang kebuluran merayau seorang diri di hutan.

"Anggra! Jangan terlalu jauh. Nanti kau di curi orang!" Laung Mahmod apabila melihat Anggra semakin jauh ke dalam semak. Tiba-tiba suasana menjadi sunyi. Tiada bunyi dari pergerakan Anggra. Mahmod cemas. Perlahan-lahan dia mendekati semak setinggi pinggangnya itu.

"Anggra?" Panggilnya. Tiada balasan mahupun pergerakan.

"Anggra?" Panggil Mahmod sekali lagi.

Baru sahaja Mahmod ingin melangkah ke dalam semak itu Anggra tiba-tiba menerkamnya. Berguling-guling mereka berdua diatas tanah.

"Anggra!" Kedua-dua kaki hadapan Anggra di tahannya. Anggra menjilat dahi Mahmod.

"Cis! Kau kenakan aku ya.?" Marah Mahmod. Separuh nyawanya seakan-akan melayang sebentar tadi akibat terkaman Anggra yang tiba-tiba.

"Aummm...armmmm...hurmmm...." Anggra mengomel sendirian.

Mahmod kegeraman. Lantas tangannya menarik telinga anak harimau lalu memecut lari. Anggra mengaum kuat. Tubuh Mahmod di kejar. Kedua-duanya berlari dengan riang.

Namun keriangan tak selalunya berkekalan.
Semasa dalam perjalanan pulang dari rumah Arif,Anggra dan Mahmod telah di sergah sesuatu.

Anggra mula menunjukkan sifat bengisnya. Rantai yang mengikat Anggra di pegang kejap. Mahmod tidak pernah melihat lelaki tua di hadapannya sebelum ini. Cincin penuh di setiap jarinya. Bermisai panjang melentik. Bulu kening yang tebal. Mahmod dapat merasakan sesuatu yang buruk bakal terjadi. Tambahan pula Anggra seperti dapat melihat sesuatu pada lelaki tua itu.

"Hahahaha....nasib ku memang baik malam ini." Lelaki itu berkata dengan tiba-tiba.

"Kau siapa? Apa yang kau mahu?" Soal Mahmod. Hatinya menjadi tidak enak apabila matanya melihat tumpuan lelaki itu lebih terarah kepada Anggra.

"Aku mahukan anak harimau itu." Katanya.

Terkejut Mahmod. Anggra mendengus marah.

"Tidak. Dia milikku. Kau tak boleh mengambilnya tanpa izinku.!" Tegas Mahmod.

"Aku Ragas! Bomoh handalan dari kampung bawah sana. Kampung manusia. Aku tahu kau apa. Aku cuma perlukan anak harimau ini saja. Berikan padaku dengan cara elok atau aku terpaksa merampasnya." Mata Ragas sesekali terkejip-kejip.

Mahmod menggeleng kepala. Rantai yang mengikat leher Anggra di genggam erat. Kepala Anggra di usap lembut.

"Tenang ,Anggra!" Ucap Mahmod apabila Anggra semakin agresif. Telinga Anggra semakin meruncing kebelakang. Perasaan terancam menguasai dirinya. Anggra menderam marah.

"Serahkan saja dia padaku. Dan kau boleh pulang tanpa kekerasan."

"Tidak. Aku takkan sesekali menyerahkannya dia milik aku!" Jerkah Mahmod.

Mahmod mula memasang langkah apabila Ragas mengeluarkan sabit hitam dari celah pinggangnya. Sabit di hayun-hayun untuk menaikkan amarah Anggra.

"Grrrr..!!!!" Anggra merendahkan badannya. Bersedia untuk menerkam.

"Mari anak muda! Kita beradu kekuatan!"

Ragas ketawa mengejek.

♾♾♾♾♾♾♾♾

Mohsin terkejut apabila terlihat satu pancaran kilat putih di langit. Dia membekukan diri dan memejamkan mata. Firasatnya menyatakan ada sesuatu yang buruk akan terjadi. Bayang-bayang Anggra bermain di matanya.

"Adam, Rusydan!" Laung Mohsin di tangga.

Adam dan Rusydan pelajar yang paling dipercayainya. Kedua-duanya membantunya menguruskan anak-anak silat. Berlari-lari anak mereka berdua memdapatkan Mohsin.

"Ya,Tok."

"Kumpulkan anak-anak dalam rumah. Aku mahu mencari Anggra dan Mahmod."

Tercengang kedua-duanya mendengar arahan dari Mohsin.

"Tapi Tok. Pengajian baru saja bermula." Kata Rusydan.

"Aku dapat rasakan sesuatu yang tak elok akan berlaku. Jikalau aku belum pulang setelah beberapa lama kau panggilkan Tok Ghani mencari aku ya."

Rusydan dan Adam terkejut. Baru dua langkah berjalan Mohsin berpusing semula.

"Ingat! Walau apa pun yang terjadi jangan sesekali kamu menjejakkan kaki ke tanah. Faham?!" Pesan Mohsin lagi.

"Baik,Tok!" Serentak keduanya menjawab.

Dengan lafaz Bismillah Mohsin memulakan langkahnya bertemankan sebatang obor api di tangan. Setiap langkahnya di susuli selawat.

PewarisWhere stories live. Discover now