Kuasa Allah

2.7K 208 7
                                    

Mazwan terjaga dari tidurnya. Sudah tiga kali dia bermimpi benda yang sama dalam minggu ini. Keningnya berkerut.

Apa yang ingin Allah tunjukkan padaku sebenarnya? Kenapa dengan Saifiyah? Kenapa semuanya hitam,gelap? Apa yang sebenarnya terjadi kat Saifiyah? Allahu....

Wajahnya di raup perlahan. Berdenyut kepalanya memikirkan mimpi tadi. Dia bangun melangkah ke  tandas. Mengambil wudhuk dan menunaikan solat hajat serta memohon petunjuk dari Allah. Jika apa yang di mimpinya itu merupakan sesuatu yang benar maka dia tak teragak-agak untuk menolong.

Selesai solat hajat dan berdoa, Mazwan bangun lalu melangkah ke meja tulisnya. Matanya di pejamkan. Nama Saifiyah di sebut dalam hatinya. Cuba untuk memeriksa keadaan gadis itu melalui deria ke enamnya.

"Allah!" Mazwan terkejut. Jadi memang benarlah apa yang di mimpinya itu. Saifiyah sedang bertarung di alam lain. Bagaimana dia ingin menolong? Jikalau pun dia ingin ke rumah Saifiyah ketika ini mungkin dia di tuduh gila. Sekarang baru pukul tiga pagi.

Dia teringatkan seseorang. Laju tangannya menggagau ke bawah bantal. Nombor talifon Ustaz Faiq di dail pantas.

"Hah. Assalamualaikum, Faiq.! Maaflah dah ganggu anta pagi-pagi buta ni. Ana ada benda nak minta tolong ni. Ishh....bukanlah. Mak ana tak jumpa lagi calon. Merepek ja anta ni. Astargfirullahalazim...bukanlah. baik anta pergi basuh muka dulu. Lagi lima minit ana call balik." Talian di matikan serta-merta. Kepalanya di gelengkan berserta ketawa kecil.

Orang dok serius dia boleh pikiq hal jodoh aku. Merepek apa aku nak call dia tengah malam buta tanya calon bini? Faiq.. Faiq...

Saddakni khalas...
Min..

"Hello!"  Talian di angkat cepat. Belum habis serangkap lagu Amr Diab di lagukan. Mazwan berdiri di tepi tingkap.

"Haa...ada apa yang mustahak sampai tak boleh tunggu esok ni?" Soal Faiq.

Mazwan tersenyum lega. Akhirnya kawannya sudah hilang mamai.

"Ana nak minta tolong anta scan budak ni sat. Ana dah try scan tadi. Ana cuma nak pastikan yang betul ka dak apa yang ana tengok tu." Jelas Mazwan.

"Budak mana? Bagi nama."

"Saifiyah binti Masruddin. Budak kelas ana. Ana dah tiga kali mimpi benda yang sama dalam minggu ni. Mungkin Allah nak ana tolong dia kot. Dia dalam susah kalau ikut apa yang adik ana cerita. Ada benda ni dok ikut dia."

"Ha? Habis tu? Benda apa? Saka ka?" Soal Faiq.

"Anta ingat dak Zarina? Budak yang kena rasuk kat kelas ana dua bulan lepas? Alah...yang anta pergi rumah dia tu.." Mazwan cuba untuk menjelaskan pada Faiq sebaik mungkin.

Faiq mendiamkan diri. Mungkin berfikir dan cuba untuk mengingati sesuatu.

"Ooh..Ragas tu? Oo..ok ingat-ingat. Ooo...jadi budak Saifiyah ni tuan si Ragas tu?" Soal Faiq.

"Bukan..Ragas ni yang cuba nak jadi khadam si Saifiyah ni.. anta boleh tolong  scan untuk ana dak? Kalau betul dia dalam susah ana wajib tolong dia,Faiq. Mungkin Allah bagi petunjuk kat ana melalui mimpi untuk tolong dia." Kata Mazwan. Matanya jatuh pada sesuatu yang sedang bertinggung di atas bumbung tempat menunggu bas. Setakat ini benda itu tidak pernah mengganggu sesiapa lagi. Mazwan melangkah duduk di katil.

"Hemm..kalau macam tu lagi sejam ana call anta balik. Ana cuba tengok dulu. Oklah. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." Talian di matikan.

Mazwan meletak talifon di atas meja. Terjemahan Al Quran di ambilnya lalu mula mencari tempat bacaannya.

"A'u zubillahi minasy syaitaanirrajim...
Bismillahirahmaanirrahim.."

PewarisWhere stories live. Discover now