Sembunyi.

2.6K 212 5
                                    

Saifiyah tercengang. Tubuhnya kaku. Tingkap yang terbuka luas di hadapannya di tutup pantas lalu terus berlari menuju ke biliknya.Nafasnya tercungap-cungap. Saifiyah menutup seluruh tubuhnya dengan selimut.

"Aku kat mana ni? Aku kat mana sebenarnya ni?Ya Allah... aku dah mati ka?" Saifiyah memandang sekelilingnya. Matanya terbeliak besar apabila dia membuka tingkap tingkat atas. Rumah paklongnya berada ditengah-tengah padang yang luas. Tiada lagi kelihatan rumah jiran di kiri kanan. Kosong. Waima sebatang pokok pun tiada.

"Ya Allah. Ampunilah dosaku Ya Allah. Aku hamba yang penuh dengan dosa. Ampuni aku Ya Allah." Saifiyah menangis teresak-esak.

*****

Andika perasa ada genangan air mata di hujung mata Saifiyah yang terpejam itu. Lantas air mata yang mahu menitik itu di sapunya dengan jari telunjuk. Andika mengamati wajah Saifiyah.

Ada sesuatu yang tak kena. Ada sesuatu yang terjadi!

Andika pelik. Wajah Saifiyah pucat. Seolah-olah takut akan sesuatu. Keningnya berkerut-kerut. Tapi matanya tetap terpejam.

"Toriq. Bawakan Saka kemari." Kata Andika tiba-tiba. Toriq mengangguk dan melangkah keluar dari bilik.

"Eh.. awat sejuk sangat tapak tangan Peah ni?" Maziah memicit-micit tapak tangan Saifiyah.

"Terlentangkan dia." Kata Andika. Maziah,Mustafa dan Hazwani hairan.

"Tapi Tok. Luka belakang Peah tak lega lagi. Sat gi dia sakit."kata Hazwani. Terbit rasa kasihan dia melihat wajah sepupunya ketika ini.

"Tak pa. Kita bagi terlentang sekejap ja." Kata Andika. 

Tubuh Saifiyah di lentangkan dengan cermat.

******
Saifiyah masih cuba mencerna apa yang sedang berlaku. Apa yang di ingatinya hanyalah dia memandang ke arah wajah Jugam yang sedang bercerita kepada Tok Ngahnya. Kemudian dia terasa begitu mengantuk dan terus terlelap. Dan tak semana-mena Hazwani mengheretnya menjauhi dinding tapi dia terpelanting ke arah almari dan tersedar dengan keadaan yang sunyi ini. Saifiyah kebingungan.

"Kau dah sedar??"

Saifiyah terkejut.

"Kau dah sedar ke budak??" Suara itu kedenfaran lagi. Perlahan-lahan selimut di selaknya lalu merenung segenap kawasan bilik.

"Siapa?" Soal Saifiyah.

"Hahahahaha.....kita baru sahaja bertemu budak!" Suara kedenfaran di hadapan biliknya.

Saifiyah teringatkan seseorang.

Jugam?!

"Kau Jugam?" Soal Saifiyah.

"Yaa....hahahahaha.....aku ingat kau dah lupakan aku." Jugam ketawa besar.

"Mana yang lain? "Saifiyah terasa pelik. Takkanlah hanya dia dan lelaki itu sahaja di dalam rumah ini.

Ketawa Jugam semakin kuat. Saifiyah menutup telinganya.

"Jasad kau bersama yang lain. Jiwa kau bersama aku!! Hahahahahaha...."

Saifiyah terkedu. Sekarang barulah dia mengerti kenapa hanya dia sahaja yang ada di dalam rumah ini. Ini semua hanya ilusi.! Dia sudah di kurung didalam sesuatu tempat. Air mata mengalir deras. Saifiyah teresak-esak menangis.

"Menangislah!! Memang itu yang aku mahu!! Lemah!!" Jugam meludah pintu di hadapannya. Sekelip mata tubuhnya hilang dari situ.

******

Andika meletakkan keris Saka di tapak tangan Saifiyah. Keris itu bergetar kuat. Tapak tangan Saifiyah menjadi merah setelah di letakkan Keris Saka. Tapak tangan yang sejuk menjadi panas kembali.

"Ada sesuatu dah berlaku tanpa kita sedar. Pergi ambik wudhu dan naskah Yasin. Kita bacakan buat menolong Peah. Semoga Allah memberi kekuatan kepadanya. " kata Andika. Setiap wajah yang sedang terkejut  di hadapnnya ditenung satu persatu.

"Ayah nak keluar sekejap. Kau jaga rumah ni. " kata Andika tiba-tiba. Toriq mengangguk faham.

"Tolong jagakan Saka.! Jangan biarkan sesiapa pun menyentuhnya! Faham.?!" Suara Andika keras di pendengarannya. Toriq sedikit terkejut. Bulat matanya merenung wajah Andika.

"Kenapa,Ayah?" Soalnya pelik.

"Kita sudah terpedaya dengan lakonannya. Hati-hati!" Bahu Toriq di tepuk sebelum dia melangkah keluar. Setelah bayang ayahnya menghilang barulah Toriq mengangguk. Keris Saka di tangannya di pandang lama.

"Saka. Begitu hebatkan diri kau sampaikan keturunan kami terpaksa berdepan bahaya begini??" Keris di tangannya di tenung lama.

Adakah aku yang akan menamatkan semua ni? Ataupun Peah yang akan menjadi penamatnya? Apa-apa pun ... semoga Allah membantu kami.

Saifiyah yang terbaring lemah di pandang sejenak. Pandangannya jatuh pada mata Saifiyah. Ada air mata yang mengalir keluar.

Jangan-jangan roh dia terkunci oleh syaitan tadi?? Astargfirullahal azim....

Toriq meraup mukanya. Kesal kerana terlambat untuk sedar. Kini nyawa Saifiyah sudah menjadi taruhan permainan ini.

PewarisWhere stories live. Discover now