Kembali (Part 2)

2.7K 195 1
                                    

Mazwan menghidupkan enjin motorsikalnya. Amala yang sedang menyarung kasut bergegas ke arah abangnya dengan terhencot-hencot tangan di kasut.

"Ish. Tak senonoh betul. Pakai la bagi elok dulu baru la nak naik pun..." kata Mazwan. Amala menjelirkan lidahnya.

"Jom cepat. !Nanti habis pulak ikan yang fresh-fresh kat pasar tu." Amala terus duduk tanpa menghiraukan abangnya.

"Belakang sikit. Abang sepatutnya naik dulu la..kau tu penumpang. Naik lambat sikit. Tak sabar-sabar langsung.!" Marah Mazwan. Amala membekukan dirinya. Sengaja ingin menambah sakit hati abangnya.

"Lain kali kau Pm je tokey jual ikan tu. Huh!" Mazwan menjeling geram melihat riaksi adiknya. Sengaja mencari fasal di pagi hari.

"Cepatlah.....lambat nanti..." rengek Amala. Mazwan mendengus geram.

♾♾♾♾♾♾♾♾

Saifiyah termenung merenung kalendar. Tarikh lapan bulan tiga di bulat berkali-kali tanpa sedar. Akhirnya satu keluhan berat dilepaskannya. Tak lama lagi umurnya genap enam belas tahun. Ada sesuatu yang mengganggunya.

Mimpi yang sering menjengah di alam tidurnya berputar kembali. Keris itu terbang ke tangan seseorang yang di kenalinya. Toriq!. Tapi wajah itu seperti tidak bersedia untuk menggenggamnya. Lalu keris itu jatuh ke tanah. Entah dari mana datangnya angin lalu menyambar keris itu. Tapi akhirnya angin bertukar menjadi api dan menghilang meninggalkan keris lalu terpelanting tepat ke hujung kakinya. Saifiyah tersentak.

Kalendar sudah terkoyak. Saifiyah tergamam. Dia langsung tidak sedar akan itu. Sejak bila kalendar itu terkoyak. Pen! Pen di tangannya hilang. Saifiyah berpusing-pusing di kerusi belajarnya. Tiada sesiapa di situ melainkan dia seorang diri. Bagaimana kalendar ini boleh terkoyak rabak sebegini sekali sedangkan kalendar ini berada di hadapan matanya.

Saifiyah tunduk ke bawah meja mencari pen biru yang di gunanya tadi. Tiada. Langsung tiada apa-apa di bawah meja. Dagu yang tidak gatal di garu kasar.

"Ajaib nih!" Kata Saifiyah lalu berdiri terpacak di tengah-tengah bilik. Dia bercekak pinggang mengaru kepala yang tidak gatal.

TIK! TIK! TIK! TIK!

Bunyi pen di tekan berkali-kali mengejutkan Saifiyah. Matanya melilau ke sekeliling bilik. Tergerak hatinya untuk melangut ke atas. Baru sahaja hendak melangut satu bayang-bayang hitam melintas di hadapannya sekelip mata. Saifiyah terundur ke belakang akibat terkejut.

"Hahahahahaha" . Suara garau memecah kesunyian bilik. Saifiyah merengus geram.

Setan ni nak apa lagi? Tak faham bahasa ka aku kata aku tak mau bela dia???? Memang dasar setan terkutuk betoi la.....!!!!

Jerit Saifiyah dalam hati. Tanpa mempedulikan suara yang galak ketawa di sekelilingnya Saifiyah mengambil Al-Quran dan bersila di tengah-tengah bilik. Tempat yang sudah di selit penanda di selaknya laju.

"Auzubillahi minasyaitaa nirrajimmm!!" Saifiyah membaca dengan sekuat hatinya. Semakin kuat suara ketawa itu semakin kuat juga suaranya.

*****

"Amboi...baca ka melalak tu,Bang?" Maziah yang sedang menonton tv terkejut. Mustafa juga kelihatan pelik. Dia bangun dan melangkah ke bilik anaknya yang turut di kongsi bersama Saifiyah.

"Peah?!" Mustafa memanggil kuat memandangkan suara Saifiyah yang kian membesar.

"Peah??!!! Oooiiii.....baca ka melalak?" Mustafa mengetuk-ngetuk pintu bilik.

BAMMM!!

Pintu di tendang dari dalam. Suara Saifiyah turut terhenti.

"Hoi!!! Kau jangan nak kacau Paklong aku!! Hal kau cuma dengan aku!"

Mustafa terkejut besar. Sah! Bayangan wanita tua yang membuat perutnya sakit dulu terimbas kembali. Mustafa menjadi kalut. Dia berlari ke biliknya dan mengambil sesuatu. Lada yang sudah di gaul dengan garam dan sudah di baca dengan ayat ruqyah di bawany keluar dari bilik dan menuju ke bilik anaknya.

"Allahu Akhbar!" Mustafa membaling lada ke arah pintu bilik. Tiada bunyi yang kedengaran. Maziah hanya memerhati dari jauh. Takut untuk mendekat. Cukupnlah sekali dia melihatnya.

"Jangan ganggu urusan aku dan dia!!!" Jerkah suara itu dari dalam.

"Pergi kau dari rumah aku ni!!! Kau tak berhak nak masuk dalam ni! Keluar.!" Satu balingan lada bercampur garam di baling tinggi dan melepasi alang lalu masuk ke bilik Hazwani.

"Aaaaaaaaargghhhhhh!!!" Suara raungan jelas kedengaran. Mustafa tersenyum puasa hati.

PewarisWhere stories live. Discover now