Bukan Lawan

2.9K 215 5
                                    

Mahmod termengah-mengah mencari nafas.  Rantai milik Anggra tidak dilepaskan walaupun Anggra meronta kuat.

"Roarrr!!!! Herghhhhh!"

Anggra menerkam lagi. Kali ini Ragas tersenyum. Sabit hitam di tangannya di genggam kuat. Langkah kakinya di susun kemas untuk menerima serangan dari harimau jantan itu.

Anggra berlari lalu melompat ke arah Ragas.  Rantai di lehernya terputus akibat hentakan yang kuat.

Ragas tersenyum. Langkahnya di buka untuk menyerang. Anggra yang tidak berantai menjadi tumpuannya. Tidak dipedulikan Mahmod yang sedang memandang marah padanya.

Anggra berjalan perlahan-lahan dengan kepala yang menunduk. Taringnya di tunjukkan bagi menakutkan lawan. Sesekali dia mengaum marah.

"Anggra!! " panggil Mahmod.

Anggra tidak mengendahkannya. Ekornya meliuk perlahan.

"Hiah!" Ragas menyerang. Sabit hitam di hayun tepat ke leher Anggra. Anggra melompat. Sabit hanya melibas tanah.

"Hehehehe...boleh tahan juga kau ya." Kata Ragas.

Ragas menyerang lagi. Sabit di libas laju ke arah Anggra. Anggra hanya mengundur dan mengelak. Mahmod cemas. Matanya melilau ke atas tanah. Mencari sesuatu yang boleh di gunakan untuk melawan Ragas.

Batu di tanah di kutipnya laju. Tiga biji batu di dalam genggaman kanannya di bawa ke mulut. Terkumat -kamit dia membaca sesuatu lalu di hembus dalam tapak tangannya.

"Allahu Akhbar!" Laung Mahmod serentak itu dia membaling batu ke arah Ragas.

Tiga biji batu terkena belakang Ragas. Dia tertunduk kesakitan.

"Kau?!" Jerkah Ragas. Kesaktiannya sedikit hilang. Matanya mencerlung ke arah anak muda di hadapannya.

"Berpaksi pada syaitan takkan membawa faedah!" Jerkah Mahmod.

"Hah! Kau jangan cuba berlagak pandai anak muda. Kau belum tahu aku siapa?!" Ragas terkumat kamit membaca sesuatu.

"Tiada yang dapat kau seru jika di alam aku,manusia. Seeloknya kau fikir dahulu jika ingin mencuba!"

Ragas meludah ke tanah. Sabit hitam di genggam erat.

"Walaupun khadam aku tak bisa menembusinya tapi aku tetap inginkan anak harimau itu.!"

"Apa kau tidak faham manusia? Ianya bukan milik kau. Keluarlah sebelum kau aku usir dengan kasar." Mahmod berkata tenang.

Ragas tersentak. Tidak pernah seumur hidupnya ada orang yang berani melawan kata-katanya. Apatah lagi anak muda seperti Mahmod.

"Aku tak peduli.! Apa yang aku mahu! Aku akan dapat!" Jerit Ragas sebelum menerkam ke arah Anggra.

Mahmod yang sudah menduga langkah Ragas turut bertindak. Cincin hijau lumut di jarinya di pusing ke dalam genggam.

"Kaff haa yaa a'inn soddd!" Perlahan tapi keras bunyinya. Satu tumbukan angin dilepaskan ke arah Ragas. Tubuh tua itu terpelanting jauh.

"Haa mimm a'inn sinn khaf!" Penumbuk di buka bermula dari jari kelingking. Mahmod menutup langkah. Kakinya di rapatkan.

Ragas terlentang di tanah merah. Bibirnya pecah dan berdarah. Kepalanya terasa berpusing. Dia memejamkan mata. Mencari kakuatan semula.

Mahmod menghampiri Anggra. Kepala Anggra di usap lembut.

"Sudahlah dengan marahmu Anggra. Marah itu hasutan syaitan. Tenangkan dirimu. Berzikir denganku. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu akhbar"

"Herghhh...!" Anggra menderam. Telinganya kembali seperti sediakala. Dirinya terasa selamat di belai Mahmod. Rantai yang putus di ikat kembali di lehernya.

Dari jauh Mahmod melihat Ragas bersusah payah untuk bangun. Terketar-ketar tubuh lelaki tua itu akibat tumbukan angin Mahmod. Dia sama sekali tidak menduga akan kekuatan anak muda itu. Terlalu memandang rendah akan pihak lawan hingga terasa dirinya terlalu kuat. Dan dengan hanya satu pukulan dia melayang dan tersungkur seperti tong yang tidak di perlukan lagi. Ragas dilanda malu.

"Pulanglah ke tempat asalmu. Pergi dengan aman dan jangan kembali lagi.!" Ucap Mahmod sebaik sahaja di tiba di tepi Ragas. Jarak di ambil bagi mengelakkan sesuatu yang tak terduga terjadi. Berhadapan dengan orang yang baru di kalahkan haruslah berhati-hati. Kerana mereka sukar diduga.

Ragas tersenyum sinis.

"Aku takkan berhenti selagi apa yang aku hajati tak tercapai. Selama setahun aku cuba menjejaki harimau ini dan hari ini aku temukannya. Ya! Aku akan pergi. Tapi aku akan kembali lagi dengan kekuatan yang lebih dari ini. Kau persiapkanlah diri kau nanti anak muda! Dia akan aku tuntut! Dan akan jadi milik aku satu hari nanti! Kau akan jadi khadam aku!" Jarinya menunjuk ke arah Anggra.

Anggra menunjukkan taringnya. Dia mengaum marah.

"Tenang Anggra! Dia takkan dapat mengapa-apakan kau! Selagi aku hidup aku akan lindungi kau!" Pujuk Mahmod. Rantai di tangan di tarik kuat apabila Anggra mula berjalan untuk menghampiri Ragas.

Ragas ketawa sinis. Suka dia melihat harimau itu marah. Marah membuatkan seseorang itu kuat baginya. Dengan terhencot-hencot dia melangkah pergi. Masuk ke dalam hutan semula.

"Mahmod!" Laungan dari belakang mngejutkannya. Mahmod menoleh.

"Ayahnda?" Mahmod hairan.

"Ya Allah. Kenapa kau seorang diri disini? " Mohsin bertanya cemas. Tubuh anaknya di tilik dari atas ke bawah.

"Ini kenapa luka? Baju kau terkoyak kenapa?" Siku Mahmod dipegang lembut.

"Anggra?" Mohsin memandang Anggra. Kedua-duanya hanya membisu. Baik Anggra mahupun Mahmod.

"Mari pulang. Dirumah nanti kau ceritakan." Ajak Mohsin. Mahmod hanya mengangguk. Anggra terhencot-hencot berjalan di sebelah Mahmod.

"Kau pun tercedera Anggra?" Mohsin berhenti berjalan. Kaki kiri Anggra di pegangnya.

"Aku betulkan ya.. cuma terseliuh sahaja." Kata Mohsin. Anggra diam dan memerhati. Mula-mula kakinya di urut lembut oleh Mohsin dan tiba-tiba...

"Kruk! Krak!"

"Rarghhh!" Anggra menjerit. Tubuh Mohsin di sondol dengan kepalanya. Jatuh terlentang Mohsin yang sedang mencangkung.

"Ayahnda! Hish kau ni Anggra. Ayahnda cuma betulkan tulang kau sahaja.." Mahmod membantu ayahnya bangun. Mohsin ketawa.

Anggra memalingkan mukanya ke lain. Merajuk di tegur Mahmod. Mohsin dan Mahmod sambung berjalan. Anggra masih lagi membatukan diri. Merajuk

"Anggra? Apa kau tak mahu pulang?" Soal Mohsin.

Diam.

"Tinggalkan sahaja ayahnda. Nanti jika si tua tadi datang biar sahaja dia di ambil oleh si tua itu." Kata Mahmod.

Telinga Anggra tegak berdiri. Laju-laju dia menyaingi langkah kedua tuannya.

"Arh...herhh...mmm...murhh....." Anggra mengomel seorang diri. Mahmod dan Mohsin menggeleng kepala sahaja.

PewarisWhere stories live. Discover now