Kebetulan

2.6K 204 10
                                    

Mangut menderam marah. Dadanya terasa sakit akibat libasan sabit hitam Jugam. Sabit itu milik Ragas tapi di turunkan kepada Jugam di saat nyawanya semakin di penghujungnya. Mangut semakin benci pada Jugam. Ingin saja dia membunuh Jugam. Tapi dia juga perlukan Jugam untuk membalas dendam.

"Kau akan mati di tangan aku Jugam!" Mangut menjerit kuat.

♾♾♾♾♾♾

"Bagaimana kamu boleh sampai ke sini? Puteri Malina memandang penuh hairan wajah Saifiyah yang sedang bersimpuh di hadapannya.

"Saya pun tak tau ,mak cik. Saya bangun pun sebab Bayu tolak saya. Yang saya ingat saya penat sangat saya naik katil lepas tu terus pejam mata. Sedar-sedar nampak muka Bayu." Saifiyah menunjuk ke arah Puteri Bayu.

"Mustahil. Kamu datang bersama siapa?" Soal Puteri Malina lagi. Ketiadaan Tok Mahmod membuatkan dia lebih berhati-hati. Tambah-tambah lagi dengan kejadian beberapa Pokok Pembuka yang di ganggu itu. Puteri Malina agak susah untuk mempercayai Saifiyah. Dan yang paling menguatkan tasa tidak percaya itu ialah Pokok Pembuka tidak akan menerima perempuan!. Hanya dia yang terakhir.!

"Demi Allah,Makcik. Saya tak tipu." Saifiyah mengangkat tapak tangannya seolah-olah orang yang sedang mengangkat sumpah.

Puteri Malina terdiam. Wajahnya memerah tiba-tiba. Puteri Bayu yang mengesan marah bondanya segera menggenggam jari bondanya. Dia faham benar yang bondanya benci jika ada sesiapa menggunakan nama Tuhan untuk meyakinkan ayat.

"Bonda. Mungkin ada hikmahnya." Kata Puteri Bayu.

Mengeluh bondanya seketika.

"Apa yang terjadi padamu sebenarnya,nak?" Puteri Malina melembutkan suaranya.

Saifiyah tunduk memandang lantai. Patutkah dia menceritakan cerita yang dia sendiri susah untuk mempercayainya. Sehingga kini dia susah untuk mempercayai adakah ini realiti atau cuma sebahagian dunia rekaan Jugam untuknya.

"Bismillah.!" Saifiyah membaca surah Al Ilkhlas sebelum memulakan bicara.

"Saya minta maaf dulu kalau saya buat makcik marah tadi. Saya sendiri pun tak tahu macam mana saya boleh sampai kat sini. Mungkin Allah nak tolong saya agaknya. Saya sebenarnya di kurung Jugam. Dia dengan Mangut mai serang rumah paklong saya kelmarin. Sebenarnya belakang saya ni ada luka kena cakar. Tapi dah hilang. Saya pun tak tahu nak cerita macam mana,mak cik. Macam tak masuk akal pun ada. Tok Ngah saya dia lawan dengan Jugam. Lepas tu Jugam tiba-tiba jadi baik nak dengar kata. Tok Ngah pun cerita apa yang jadi antara dia dengan Ragas kat Jugam. Lepas tu..."

"Ragas?!" Puteri Malina terkejut besar.

"Kamu anak siapa?" Soal Puteri Malina. Saifiyah tercengang. Begitu juga Puteri Bayu.

"Anak Masruddin. Kenapa,makcik?" Kening Saifiyah berkerut-kerut.

"Masruddin bin?" Puteri Malina bertanya lagi.

"Masruddin bin Ardiman." Jawab Saifiyah.

Puteri Malina menutup mulutnya yang ternganga itu.

"Allahu Akhbar!. Kebetulan apa ini Ya Allah.." Puteri Malina menangis.

"Saifiyah. Kita adik bongsu Ardiman. Saifiyah cucu kita." Kata Puteri Malina sambil mengelap air matanya. Wajah Saifiyah yang sedang terkejut itu di pandang lama.

"Apa betul,bonda?" Puteri Bayu juga turut di landa rasa terkejut. Saifiyah rupanya anak saudaranya.

"Betul ka?kalau macam tu makcik ni adik Tok Ngah Dika jugak la?" Soalan lucu Saifiyah di sahut dengan ketawa kecil.

Puteri Malina meraih tubuh itu kedalam pelukannya.

"Sudah lama kita berhajat ingin bertemu dengan anak cucu Ardiman. Rupanya kamu yang terpilih. Alhamdulillah.. Allah makbulkan doa kita." Pipi Saifiyah di belai lembut.
Pipi Saifiyah di cium kiri kanan.

Puteri Bayu juga tersenyum gembira.

♾♾♾♾♾♾♾♾

Tok Mahmod mengenggam jari Saifiyah. Cincin berbatu hijau lumut menjadi terang warnanya. Tok Mahmod sedikit terkejut.

"Dika." Tok Mahmod menoleh ke arah Andika. Hanya dia Andika dan Toriq sahaja ada di dalam bilik itu.

"Ya,Tok."Andika melangkah lalu berdiri di sebelah Tok Mahmod.

Tok Mahmod menunjuk ke arah cincin di jari Saifiyah. Andika terkejut.

"Ya. Cincin itu sudah bertemu pasangannya.! Kita harus sedarkan dia. " kata Tok Mahmod.

"Tapi bagaimana,Tok? Saya sendiri tidak tahu di mana Jugam menyembunyikan Saifiyah. Saya tak tahu kelemahan Jugam." Andika buntu. Dia rasa bersalah. Sepatutnya dia tidak bertolak ansur dengan manusia yang bersahabat dengan Syaitan itu. Akibatnya nyawa Saifiyah menjadi taruhan.

"Ayahnda..." suara Puteri Malina muncul tiba-tiba.

"Ada apa,Malina?" Tok Mahmod menjawab tenang.

"Saifiyah di sini. Di hadapan mata kita. Dia muncul tiba-tiba di dalam bilik Bayu." Kata-kata Puteri Malina mengejutkan Tok Mahmod,Andika dan Toriq.

"Tapi bagaimana? Mustahil!" Tok Mahmod kehairanan.

"Saya pun tak tahu macam mana ,Tok." Suara Saifiyah pula kedengaran.

"Saifiyah??"Andika terkejut.

"Ya,Tok Ngah. Peah ni. Tolong Peah,Tok Ngah. Jugam tu gila. Dia nak curi Keris Saka tu. Dia suruh Peah guna Keris tu lawan dia. Dia kata Peah dah ada keris tu. Peah berani sumpah Tok. Peah tak tau apa-apa pun pasal keris tu."

"Cincin kat jari Peah ada tak?" Soal Andika.

"Ada,Tok."

"Bagus. Sekarang Bayu dan Saifiyah dengar baik-baik ya. Kami di sini amat berharap pada kamu berdua. Kuatkan semangat kalian berdua ya,nak. Jangan sesekali alpa dengan mainan syaitan." Kata Tok Mahmod.

"Bayu juga?" Soal Puteri Bayu. Dia sedikit kehairanan.

"Bayu..cincinmu sudah menemukan pasangannya. Cuba lihat. Bersinarkan?" Kata Tok Mahmod.

Sunyi.

"Bayu.?" Tok Mahmod dilanda resah.

"Ya.. ianya bersinar. " Puteri Bayu menjawab lambat. Mungkin masih lagi terkejut dengan apa yang berlaku di jarinya.

"Pegang tangan bersama dan bayangkan tempat yang ingin di tuju. Baca empat Qul. Di setiap perkataan Qul kuatkan suara kalian. Ini sahaja cara untuk membawa pulang Saifiyah ke alam manusia Bayu." Tok Mahmod berkata penuh harapan.

"Tapi ayahnda. Bayu belum pernah melepasi Pokok Pembuka." Puteri Malina sedikit menegah.

"Dia sudah melepasinya saat dia menemukan Saifiyah pada kali pertama." Kata Tok Mahmod.

Puteri Bayu sedikit terkejut bagaimana datuknya boleh mengetahui rahsia dia dan bondanya. Dia termalu sendiri. Sungguh dia terlupa yang datuknya ialah ketua kampung Setanggi.

"Kalau begitu kami akan mencuba. Jika itu caranya." Puteri Malina menjawab lemah. Ada sedikit kerisauan di hatinya.

PewarisWhere stories live. Discover now