Keris Saka

2.8K 205 5
                                    

Toriq memerhati Keris Saka di tangannya. Perasaan teruja dan takut menghantui dirinya. Bulan mengambang di langit di renung lama.

Puteri Bayu memerhati gelagat sepupunya dari dalam rumah. Perlahan-lahan dia menapak ke sebelah Toriq.

"Ekhem!!"

Toriq menoleh ke kanannya. Puteri Bayu sudah tersenyum manis.

"Ehh....sejak bila Bayu duduk di sebelah kita ni?" Toriq pelik. Puteri Bayu ketawa kecil.

"Rindu pada orang di sanakah sehinggakan Bayu duduk di sebelah pun tidak perasan." Puteri Bayu menjungkit keningnya.

Toriq malu sendiri. Belakang kepalanya di gosok lembut.

"Ish. Mana ada...Siapa laa yang nakkan bujang terlajak macam kita ni." Toriq mencebik bibirnya. Pura-pura sedih.

"Hahahaha...ada-ada saja. Bayu juga mendengarnya tadi.. anak perempuan ya?" Puteri Bayu ketawa geli hati melihat wajah Toriq yang sudah memerah. Toriq memuncungkan mulutnya.

"Haihhh.... rupanya telinga Bayu boleh tahan lebarnya ya. Tak manis tau mencuri dengar begitu." Kata Toriq. Wajahnya yang memerah itu di palingkan ke lain.

"Bukan salah Bayu.. Bayu mahu hidangkan air lalu terdengar. Itu namanya rezeki tahu?" Balas Puteri Bayu. Dia masih tersengeh-sengeh.

"Budak kecil kena masuk tidur awal. Dah. Dah. Pergi tidur." Toriq mengibas-ngibas tangannya ke arah Puteri Bayu. Mengekek-ngekek Puteri Bayu berlari masuk ke dalam rumah.

"Haih..sapa la yang nak jadi bini aku ni? Hurmmm..." Toriq menongkat dagu. Bulan kembali di pandang.

♾♾♾♾♾♾♾♾

"Betoi,mak....orang tak tipu... memang bunyi pasu mak pecah kat luaq malam tu..." Hazwani mengangkat tangan seperti orang sedang berikrar. Wajah ibunya yang berkerut-kerut itu di pandang penuh yakin. Saifiyah pula hanya menjadi Pak Angguk mengiakan cerita Hazwani.

Mustafa bangun lalu melangkah keluar rumah. Pasu-pasu bunga milik isterinya masih lagi tersusun kemas. Tiada yang terusik. Satu pun tak pecah seperti yang di ceritakan anaknya. Mustafa bingung.

"Apa yang dah jadi sebenaqnya ni?" Mustafa bercekak pinggang seorang diri di luar rumah. Dia harus memberitahu abangnya akan hal ini. Saifiyah di rasakan tidak selamat bersamanya. Mustafa melangkah ke dalam semula.

"Ada yang pecah dak,bang?" Soal Maziah dari dapur. Mustafa menggeleng sahaja.

"Habis tu muka macam pelik ja ni pasaipa?" Soal Maziah lagi.

"Abang nak call Din. Peah kena kacau kat rumah kita. Takut Peah tak selamat kat sini. Saka Toksu pun Pak Ngah tak sempat kurung. Dia lari. " jawab Mustafa. Maziah telan air liur.Beku terasa tubuhnya ketika itu.

♾♾♾♾♾♾♾

Toriq bangun awal pagi itu. Tubuhnya terasa segar. Seusai menunaikan solat subuh dia turun ke bawah. Puteri Malina sedang menyediakan makanan di dapur menghadiahkan senyuman manis kepadanya.

"Maksu." Panggilnya. Puteri Malina menoleh sebentar sebelum tertumpu kepada kerja dapurnya semula.

"Bagai ada sesuatu yang berat di fikiranmu,Toriq. Beritahulah pada kita. Insya Allah kita boleh tolong." Puteri Malina tersenyum.

Toriq tertunduk. Sedikit malu apabila Maksunya berjaya membaca wajahnya. Nampak sangat wajahnya yang panasaran itu.

"Sebenarnya Toriq mahu tahu tentang Keris Saka.. dari mana datangnya.. di buat dari apa.."

"Ooh...itu kita tak tahu.. yang kita tahu..ianya dari seseorang yang bukan beragama islam. Moyang Toriq yang menemukannya. Tapi ianya tak sesuai di gunakan di alam manusia. Kerana boleh menjadi tarikan makhluk halus. Saka itu boleh membunuh makhluk halus. Jadi jika jatuh ke tangan yang jahat maka ianya seperti seseorang yang boleh menakluk dua alam." Jelas Puteri Malina panjang lebar.

Toriq ternganga. Tiba-tiba fikirannya teringat kepada cerita tentang kampung Setanggi di serang dahulu.

Patutlah Ragas beriya-iya nak keris tu. Ish! Bahaya ni.

Kepalanya di gelengkan.

"Kenapa? Toriq sakit kepalakah?" Soal Puteri Malina.

"Eh,taklah,Maksu. Terkejut dengar keris tu bahayanya sampai macam tu sekali." Toriq melangkah ke tingkap. Suasana pagi di kampung Setanggi sungguh nyaman. Bau wangi semerbak memberi rasa tenang. Toriq memejamkan matanya. Angin lembut berbau wangi menyapa ke wajahnya.

"Toriq. Panggilkan ayahmu dan Tok makan sekali,boleh?" Puteri Malina sedang menyusun pinggan tersenyum manis. Toriq mengangguk dan berlalu.

Sampainya dia di bilik Tok Mahmod salam di berikan sebelum dia melangkah masuk. Ayahnya dan Tok Mahmod sedang berbincang tentang sesuatu. Wajah keduanya kelihatan serius. Wajah Tok Mahmod memerah seperti sedang marahkan sesuatu. Toriq kehairanan.

"Ayah,Tok.. Maksu panggil makan." Kata Toriq. Dia hanya berdiri di muka pintu. Tak berani untuk mencelah lagi melihat suasana tegang itu.

"Duduk dulu,nak." Kata Tok Mahmod tiba-tiba. Toriq memandang wajah ayahnya. Andika mengangguk.

Tok Mahmod memegang bahu Toriq.

"Anak punya tanggungjawab yang besar selepas ini,nak. Ayahmu tidak mampu lagi untuk melawannya. Kami berharap padamu,nak." Kata Tok Mahmod sambil mengusap bahu Toriq. Toriq kehairanan.

"Tanggungjawab apa,Tok?" Soal Toriq. Hatinya berdebar-debar.

"Anak dan Saka harus menghapuskan Mersik!."

Toriq ternganga.Wajah ayahnya dan Tok Mahmod di pandang lama.

"Tapi bukankah Mersik dah di tangkap dan di kurung semula,ayah?" Soal Toriq kepada Andika. Wajah ayahnya di pandang penuh tanda tanya. Andika menggeleng.

"Ayah tak sempat nak kurung. Mersik ni makhluk yang penuh muslihat Toriq. Ayah cuba cari malam lepas kita kembumikan Toksu. Tapi ayah tak jumpa. Kain kuning yang jadi rumah dia selama ni pun dah di bakar Din. Ayah dah tak tahu nak cari macam mana dah." Jelas Andika. Keluhan berat di lepaskannya. Dia terlambat.

Mersik memang sudah menjangka semua ini akan terjadi. Dia sudah pun mempunyai rumah yang baharu semasa dia bersama Bustari. Syaitan yang penuh tipu daya.!

Toriq merenung lantai. Terasa berat nafasnya ketika ini. Besar tanggungjawabnya setelah menerima Keris Saka. Nampaknya dia akan pergi jauh bersama Keris Saka.

"Satu lagi ,nak." Tok Mahmod memandang tepat ke anak matanya.

"Tolong hapuskan makhluk bernama Ragas juga. Awas dengannya,nak. Dia makhluk yang licik. Dia akan berusaha sedaya upaya untuk mencuri Saka darimu,nak. Jagalah Saka seperti nyawamu,nak. Kamu adalah orang ketiga yang dipilihnya setelah ayahmu dan datukmu. Kami berharap padamu,nak." Tok Mahmod kelihatan marah ketika menyebut nama Ragas. Terbit rasa benci ketika dia menuturkan ayat. Ragaslah yang menyebabkan Tok Mahmod kehilangan satu-satunya anak lelakinya.

Toriq terpaku. Dia bagaikan di dunia lain. Semuanya begitu mengejutkan baginya. Dia harus mengejar dua makhluk yang begitu licik dan berbahaya. Dalam masa yang sama nyawanya juga terancam.

PewarisWhere stories live. Discover now