Mengungkap Sejarah.

2.9K 223 31
                                    

Toh Banjaran meneliti keris di tangannya. Keningnya sesekali berkerut-kerut.

"Patutlah namanya Keris Saka. Bisanya memang kuat." Toh Banjaran ketawa kecil. Keris Saka di letakkan kembali di atas kain kuning.

Wajah Razali dan Bustaman di tenung. Ibu jari kanan di tekan pada tapak kaki kanannya. Toh Banjaran menutup mata seketika.

PAP!

Tapak kakinya di tampar kuat.

"Ermmm... kita sudah melihat.. namanya Mersik?" Toh Banjaran menjegilkan matanya pada Bustaman.

"Ya. Ya." Bustaman tergagap-gagap.

"Asalnya dari darah wanita yang mati bunuh diri kerana marah.Semangat dendamnya kuat. Kerna itu siapa sahaja yang menjadi tempat menumpangnya akan menjadi tidak waras jika dia di keluarkan. Tapi!, jika orang itu tidak merelakannya dia akan menjadi lemah dengan sendirinya. Berkenaan dengan zuriat perempuan itu...akan ada zuriat perempuan dari keturunan kamu nanti. Tapi...yang pertama akan melalui hidup yang penuh sedih..dia juga bakal mewarisi Keris Saka ini. ..dia akan dalam bahaya.!" Lutut Bustaman di tepuknya.

Bustaman ternganga. Keturunannya yang akan menanggung semua ini nanti. Hatinya menjadi sedih.

"Nak...keturunan kamu punya seorang yang kuat agamanya.. tak mudah menyerah kalah.. anak-anakmu nanti seorang yang begitu patuh pada agama Allah..jangan bimbang.. keturunan kamu akan ada yang  menamatkannya nanti. Bersabarlah..." bahu Bustaman di gosok lembut. Matanya merenung tepat ke anak mata Bustaman. Anak muda itu terkebil-kebil.

"Razali...tentang anakmu Bustari itu...kita sudah tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Dia yang merelakannya. Dia terlalu lurus orangnya. Terlalu baik hati. Sifat ingin membantunya sangat tinggi. Kita minta maaf,Razali. Anakmu sudah pun melepaskannya dengan tiga titik darahnya sendiri. Jadi...walaupun Mersik di kurung... ianya masih lagi boleh meliar ke sana ke mari. Ianya sudah terkunci dalam tubuhnya." Toh Banjaran mengeluh dan menundukkan kepala. Tumit kanan di tekan berkali-kali.

"Kenapa,Toh?" Soal Mohsin. Dia tahu. Jika Toh Banjaran bersikap sedemikian tentu ada yang berat hendak di katakannya. Terbit rasa simpatinya pada Razali.

"Anakmu harus di kurung bersama-sama Mersik.!" Perlahan tapi cukup menyentak hati dua manusia di hadapannya.

Razali dan Bustaman ternganga. Air mata Bustaman bertakung  laju dan merembes keluar.

"Takkan tak ada cara lain,Toh.. kasihan adik saya. Dia baru sahaja ingin kenal dunia. Tolonglah,Toh." Bustaman mengelap air matanya tapi semakin galak pula ianya keluar. Wajah Toh Banjaran di pandang penuh harapan.

Toh Banjaran menggeleng lemah. Bustaman tersandar ke dinding. Lemah segala urat sendinya mendengar kata-kata itu.

"Sabarlah,Man..takdir Allah yang mahukan ianya jadi begini. Kita redha sahaja. Mungkin di kemudian hari ada bahagianya."pujuk Razali. Bustaman menangis teresak-esak.

"Keris ini harus berembun selama tujuh subuh berturut-turut. Kemudian rendamkan dalam arang agar hitam warnanya. Kemudian baru kita serahkan pada kamu semula nanti. Kain kuning ini kamu bakarkan sebaik sahaja keluar dari sini nanti. Bimbang semangatnya masih mengikuti kamu."kata Toh Banjaran.

Razali mengangguk faham. Kain kuning yang dihulurkan oleh Toh Banjaran di sambut lalu di lipat dan di masukkan ke dalam poketnya.

"Lagi satu....rumah kamu nanti...pagarkan dengan utuh. Agar Mersik tidak boleh masuk ke dalamnya. Bimbang sahaja ia mencari mangsa yang baharu."

"Tapi ,Toh...saya dah kurung Mersik dalam botol." Kata Bustaman. Dia sedikit pelik.

"Ianya akan mati jika orang yang memberi darah itu mati. Dan jika ia berjaya mencari waris baru sebelum adik kamu mati maka dia akan bebas sepenuhnya. Tapi harus ingat...jika orang itu tidak merelakannya...maka ianya akan lemah."Toh Banjaran merenung tanpa berkelip wajah dua manusia di hadapannya itu.

PewarisWhere stories live. Discover now