Mati (Part 2)

2.6K 206 7
                                    

Jugam memerhati rumah dua tingkat di hadapannya. Dia merasakannya. Tapi dia tidak dapat mengesan di mana benda itu sebenarnya. Nafasnya di hembus deras. Rasa tidak puas hati memuncak dalam dirinya. Kalau di ikutkan hatinya mahu sahaja dia tamatkan riwayat gadis itu. Tapi dia masih ada rancangan yang ingin di laksanakan. Jugam mengusap cincin di jari kelingkingnya.

"Aku mahu kau berjaga di sini. Khabarkan pada aku jika berlaku apa-apa.!" Katanya pada lembaga yang sedang tunduk melutut di hadapannya.

"Baik,Tuan." Lembaga itu menjawab kemudian terus menghilang.

♾♾♾♾♾♾♾

Masruddin terkejut mendapat berita dari abangnya. Saifiyah tidak sedarkan diri akibat di serang Jugam. Masruddin sendiri tidak tahu siapa Jugam. Abangnya hanya meminta dia segera datang ke rumah.

"Tehah.." Masruddin memandang wajah isterinya. Bibirnya terkunci. Serba salah untuk memberitahu berita yang baru di terimanya.

Fatihah yang sedang melipat baju hanya memandang sekilas wajah suaminya. Syuhada dan Syafiq leka di hadapan tv tidak mempedulikan kedua ibu bapanya.

"Mai sini sat. Abang ada benda nak bincang." Masruddin bangun menuju ke bilik tidur.

Berkerut kening Fatihah dengan perangai suaminya.

Eh?? Malam jumaat ka malam ni? Laki aku ni pasaipa?

Fatihah bangun juga melangkah ke bilik tidurnya.

Masruddin sedang duduk di kerusi di pandang pelik. Wajah suaminya seperti menanggung beban yang berat. Fatihah melabuhkan punggung di sebelah suaminya.

"Kenapa,bang? Sapa yang call tadi?" Fatihah mula bertanya.

"Along call..dia bagi tau Piyah tak sihat. Kita kena pi rumah dia hari ni jugak. " kata Masruddin. Wajah isterinya tidak di pandang.

"Sakit teruk ka,bang?" Fatihah mula di serang risau. Wajah anak keduanya terbayang-bayang di mata. Terbit rasa bersalah dalam dirinya. Dia sudah lama tidak menelefon anak gadisnya itu. Fikirnya semua baik-baik saja. Tak sangka pula anaknya sakit begini.

"Cepat siap. Bawak baju juga. Mana tau kena bermalam." Kata Masruddin. Dia melangkah keluar meninggalkan Fatihah yang masih bingung.

******

"Abang,adik. Pi siap cepat. Bawak baju jugak. Kita nak pi rumah Paklong. Kak Piyah sakit." Kata Masruddin kepada kedua anaknya.

"Sakit teruk ka,abah?" Tanya Syafiq.

"Ya. Tak boleh nak bangun." Jawab Masruddin.

"Cepat siap! Abah nak panaskan kereta." Masruddin mencapai kunci kereta lalu melangkah keluar.

Fatehah termenung di penjuru katil. Air mata mengalir di pipi di biarkan menitis. Dia di terpa bayangan mimpinya. Dalam mimpi itu Saifiyah di seksa sehingga lembik. Apa yang dia mampu hanya menjerit supaya tangan itu tidak mengasari anaknya lagi. Tapi sia-sia. Saifiyah akhirnya terkulai layu di hadapan matanya. Fatehah menangis tersedu-sedu.

"Mak dah si..." Syuhada muncul di muka pintu. Ayatnya tidak di habiskan apabila melihat ibunya tengah bersedih berair mata.

"Pasaipa ni,Mak? "Syuhada mengusap bahu ibunya.

"Mak rasa bersalah kat kak hang.. mak lama dah tak call dia. Mak lupa kat dia." Fatehah menangis tersedu-sedu.

Syuhada turut sedih. Dia juga turut di landa rasa bersalah. Dia langsung tidak pernah menalifon kakaknya selama kakaknya di rumah paklongnya. Baginya Saifiyah seorang yang lasak dan berani. Jadi dia tidak terlalu bimbang akan sesuatu.

"Dah siap ka?? Jom cepat.!" Masruddin melaung dari luar rumah.

Syafiq tergopoh-gapah keluar.

"Abang dah kunci semua tingkap dengan pintu ka? Tu kepala gas dah cabut?" Soal Masruddin kepada Syafiq.

Syafiq tersengeh dan berlari ke dalam semula. Masruddin menggeleng kepala. Fatehah dan Syuhada muncul di muka pintu dengan mata bengkak.

"Pasaipa ni?" Masruddin pelik.

"Risau kat Piyah bang." Jawab Fatehah lalu melabuhkan punggung di tempat duduk belakang. Syuhada berpusing-pusing mencari Syafiq. Apabila dia ternampak abangnya muncul di muka pintu dia segera masuk dan duduk di tempat sebelah pemandu.

"Wehhh!!!" Syafiq menjerit tidak puas hati. Syuhada pula pantas menutup pintu dan terus menguncinya sekali. Dia menjelir lidah pada Syafiq.

"Kuajjaq!!" Syafiq masuk dalam kereta dan terus menarik tudung Syuhada.

"Abang!" Fatehah melarang apabila Syafiq cuba lagi untuk menarik tudung adiknya.

*****
Saifiyah menyelongkar semua barang di atas mejanya. Pen Al Quran dan naskah surah Yasin tidak di temuinya. Dia berlari ke bilik paklongnya. Semua barang di selongkarnya. Tiada juga menemukan naskah Yasin.

Saifiyah melangkah ke sofa. Dia tersenyum seorang diri.

Huh! Kalau dah pandai sangat meniru awat tak tiru sampai habis? Mesti tak reti kan nak tiru Yasin. Mesti panas kan?? Setan sungguh la..hahaha.

Saifiyah ketawa dalam hati. Senyuman masih lagi terukir di bibirnya. Senyum mengejek.

Mangut yang dari tadi memerhati tingkah laku Saifiyah di landa hairan.

Kenapa boleh tersenyum dalam kesusahan? Anak ini ada apa sebenarnya?

Mangut terasa sedikit gerun. Dia teringat pada Ragas. Bagaimana Ragas boleh maut di tangan moyang Saifiyah.

Tentu keturunan ini bukan calang-calang orangnya. Aku akan tunaikan amanah Ragas tak kira bagaimanapun!!

Mangut menghilang meninggalkan asap hitam.

Saifiyah mencebik melihat asap hitam itu.

"Nak spy-spy orang pulak..kurung orang pastu nak spy-spy. Apa kes?? Macam jebon ja. Tuih!!" Saifiyah meludah ke lantai.

PewarisWhere stories live. Discover now