Bab 37

1.8K 155 21
                                    

You stole my whole heart and that is the biggers wrong

-----------------

"I love him!!" Terus aku menghamburkan tangis semula

"You what?" Khuzaifa seakan tidak percaya. Wajah pucat Zurin dipandang, cuba untuk ditafsir

Ala ala dia ni pura-pura dengar ke meamang tak dengar? Aku malu lah nak cakap benda tu balik. Jatuh ego!

"Kau dengar kan" aku mencebik sambil teresak-esak. Khuzaifa kelihatan tak percaya sebelum terangguk-angguk. Senyumannya disembunyikan

"Tsk tsk, kau kenapa senyum? Suka tengok aku sedih?" Aku merajuk. Ingat aku tak nampak? Mata aku ni mata helang tau

"tak ada apa" jawabnya seraya menarik aku ke dalam pelukan. Bahunya dibiar basah dek air mata aku, fuh susah weh nak cari kawan yang biar hingus kawan dia meleleh kat bahu sendiri.

"Woi woi, lamanya nangis? Dah laa, tak mo nangis2, tak gentle. Lagipun muka kau buruk ya amat kalau nangis, macam monyet bontot merah!" Dia pujuk kasar bhaii

Aku mencebik sebelum mengangkat kepala, air mata dan hingus yang masih bersisa aku lap. Khuzaifa kegelian

"Jap ah aku nak tukar baju" belum sempat aku melangkah dia mencelah

"Tukar baju kau je? Baju aku ni haa penuh dengan sisa2 hingus kau?" Dia tak puas hati,Aku terus ambik sehelai baju yang lain kemudian mencampakkan baju itu ke muka dia HAHAHA padan muka. Khuzaifa berdecit

Selepas menukar baju, aku kembali menghenyakkan punggung di birai katil

"Puas dah? Tenang? Ada rasa nak nangis lagi?" Soalnya dengan wajah serius

"Em takde" belum sempat aku nak cakap thanks tiba-tiba dia gelak

"HAHAHAHAHAHAHAHAHA" Tawa Khuzai memenuhi ruang bilik aku. Aku hairan, asal? Apa yang kelakar sangat, buah nangka jatuh ke cane

"Asal kau gelak" aku menyoal geram, dia macam mentertawakan aku

"Dulu sembang kencang dengan aku, kata takkan jatuh cinta dengan dia la apa la. Dia tu poyo la, suka buat aku sakit hati la, But now?" Khuzaifa menggigit bibir menahan tawa. Lawak ke sial? Haa astaghfirullah alazim! Kan dah mencarut

"Mana la aku tahu, cinta hadir tanpa diduga. Kadang, dengan orang yang kita benci pun kita boleh jatuh suka dekat dia. Lagipun, aku tak mintak pun semua ni. Aku tak mintak pun nak ada perasaan kat dia, dia yang buat aku ceni, dia yang buat aku cair. Kau sekarang boleh lah gelak, tunggu la turn kau nanti" mulut aku memuncung geram

"Hahahaha atoto yela"

"Cane kau boleh tersuka dia ni?"

"Tak tahulah, sedar-sedar dah suka. Mula tu, aku pun tak percaya, apatah lagi terima. Aku ingat perasaan tu perasaan biasa je. Tapi lama-lama.. Pastu cara dia caring dengan aku, tolong aku, buat perasaan tu makin bertambah kau tahu tak. Sebab tu aku selalu jahat dengan dia, aku nak dia benci aku, aku taknak dia baik dengan aku. Tapi, lagi jahat aku buat, lagi dia baik. Macam mana hati aku tak cair weh? Kau tanyala mana-mana perempuan, siapa je tak jatuh suka"

Perempuan mana je tak suka? Mula-mula memang la kata benci, geli, menyampah padahal dalam hati dah berbunga-bunga. Dalam hati dah ada taman. Kadang, bila si lelaki dah stop kacau, stop caring. Kita yang akan sedih, kita yang akan terasa, kita yang akan tercari-cari dia walaupun dekat luar kita cakap kita tak kisah, kita lagi suka. Bahaya.

"Kau rasa dia suka kau?" Soalan bintang emas daripada Khuzaifa! Aku terdiam kejap kemudian aku tersenyum.

"I think so.. Because, the way he look at me, they way he talk, the way he cares, like im the one. I can feel that. And disebabkan aku punya perasan ss yang meninggi ni la, suka aku kat dia makin mendalam" lantak pi la orang nak kata aku ss ke apa, tapi ni apa yang aku rasa. Tapi, jap jap baca dulu conversation kami

Bunga ImpianWhere stories live. Discover now