Bab 22

2K 129 2
                                    

Even if someone breaks your heart , there is always someone willing to mend it.

--------------

Seminggu sudah berlalu , lebih seminggu sebenarnya , nak dekat 2 minggu jugak lah. rutin harian aku berjalan seperti biasa . Makan , tidur , pergi sekolah , belajar , balik sekolah , makan, belajar , tidur, ulang balik semua tu.

Denda cuci tandas pun dah lama selesai , rungut2 pun tak boleh jugak en. Em apa lagi nak cakap eh? Yang penting , setakat ni tak ada lagi la masalah besar yang menimpa aku . Ohh haa lupa , fasal ustaz tu.. Aku langsung tak dapat khabar berita fasal dia. Tapi takpelah , tak kisah pun . Buat la apa dia nak buat , aku dengan dia bukan kenal pun .

Ok dah2 ni je throwback aku. Sikit tak sikit.

"Rin nak pergi mana lepas ni" Ummi memecahkan kesunyian setelah lama kami berdiam , tengah makan la katakan~

"Nak pergi study group dengan kawan dekat library" jawab aku sambil mengunyah nasi dalam mulut

"Dengan siapa?" Soal Ummi prihatin

"Macam biasa je Mi , Khuz ,Nora,Qisya dengan Iman" Ummi mengangguk faham .

"Jaga diri nanti , terutama dengan Iman tu . Walau dia baik macam mana sekalipun , tapi dia tetap lelaki" nasihat Ummi . Aku ketawa perlahan. aik? tak pernah2 Ummi tegur macam ni , dah la berkaitan dengan Iman pulak tu. Pelik aku.

"Ya Ummi Zurin jaga diri"

Bunyi ringtone membatalkan perbualan kami , segera aku mengambil telefon yang tidak jauh berada dari sisiku

Unknown is calling you .

Keluhan halus terlepas di bibirku , dah berkali-kali nombor ni telefon , tah bangla sesat mana tah . Simbol decline aku tolak dengan kasar , aku memang tak angkat telefon dari orang yang aku tak kenal , tak biasa.

"Siapa tu Rin? Daripada tadi Ummi dengar ada konsert tak berbayar , kenapa tak angkat?" Ummi menyoal aku yang sedang berkerut memandang telefon itu .

"Bangla mana tah yang call , tak kenal. Malas Rin nak angkat" aku menyambung makan semula .

"Angkat laa mana tahu penting ke , kan dah banyak kali orang tu call" suruh Ummi seraya menggeleng , suka hati je panggil bangla

"Ye laa nanti Rin angkat kalau dia call lagi" aku mengiyakan sahaja apa yang Ummi cakap.

Kepala aku sudah mula tersengguk-sengguk . Suasana yang sunyi dan kurang oksigen itu membuat mata aku seperti dibuai laju, buku dihadapanku ini sudah seperti bantal aku lihat. Aku mula memandang rakan-rakan dihadapanku , ya Allah macam mana dorang boleh concentrate belajar ni , tak ngantuk ke dari tadi dok perhati je buku tu?

"Weh korang ni hisap dadah ke apa ha sampai boleh concentrate macam ni?" Soal aku tak puas hati apabila melihat mereka tekun membuat latihan , dah la addmath pulak tu. Gila.

"Haa?" Soal mereka hampir serentak

"Ye lah , dari tadi tak angkat kepala tu , tekun je buat kerja. Takkan tak ngantuk langsung weh , aku dah macam hape dah ni" kata aku perlahan , takut didengari oleh penjaga library

"Dah kau tu kejap2 termenung , kejap2 buat kerja . Bila tak tahu , termenung lagi , macam mana tak ngantuk. Air masak tu aku tengok penuh je dari tadi tak terusik langsung" bebel Iman sambil menyelak muka surat yang seterusnya

Mata aku mengecil memandang Iman. Aku.. Termenung? Serius tak ingat.

"Yelah , aku kan---"

Percakapan aku terus terhenti bila ada orang membuat konsert yang secara tiba2 . Aku merengus kasar , segera aku mengambil telefon yang berada di kocekku kemudian melihat gerangan tersebut . What? Bangla ni lagi? Heiii

Bunga ImpianWhere stories live. Discover now