Bab 18

2.1K 138 3
                                    

The worst feeling is when someone makes you feel special , then leaves you hanging and you have to act like you dont care at all. In a blink of an eye, everythings changed

---------------

Pagi itu , selepas solat subuh berjemaah , Ummi turun ke bawah untuk menyediakan sarapan manakala aku pula sedang bersiap-siap.

Hari ini , aku. Zurin Qaisara binti Che Mustafa akan pulang semula ke kampung halamanku . Tak adalah kampung sangat . Boleh la lagi dipanggil pekan . Pekan Intelek Selangor Darul Ehsan . Huh , glamor betul nama en.

Outfit aku biasa je . Aku mengenakan blaus berwarna ungu cair dengan seluar hitam , kepala aku lilitkan pula dengan shawl berwarna hitam bercorak floral . Hm , not bad jugak aku ni .hehe. Sebenarnya , ni kali pertama aku pakai baju macam ni . Yelah , sebelumnya baju aku semuanya agak ketat. Sekarang , tak tahu la kenapa tergerak hati nak pakai.

Aku mengambil bedak talkum kemudian aku tepek2 sikit dekat muka . Lips aloevera pula aku capai dan aku oleskan sedikit , aku kemamkan bibir dan siap!

Malas mahu melengahkan masa , aku segera mengambil beg luggage aku yang berwarna biru muda untuk keluar dari bilik itu , sebelum keluar aku sempat melihat dulu sekeliling bilik itu , i will miss this kinda bedroom. Gumam aku sabil tersenyum. Walau macam manapun pahit pun rasa semalam , aku tetap harus tersenyum .

Selepas aku méñütup pintu dan berura ura mahu turun , aku terlanggar satu figura yang berbadan tegap.

"Mak kau terbalik!!" Aku sudah melatah terkejut bila terlanggar sesuatu . Gila tak terkejut weh , dah la tengah sorang2 .

Aku dongakkan kepala untuk memandang 'benda' tersebut .

Lahh dia rupanya!

"Hisy ustaz ni! Buat terkejut je" bebel aku tak puas hati . Dah la suasana gelap , aku fikir aku dah terlanggar benda lain tadi . Tapi , tak adalah gelap sangat , dapat lah jugak nampak muka dia ni .

Tiada sahutan daripada ustaz , eh biasanya ada je mulut dia potpet potpet . Aku pandang dia semula , aku tengok dia tengah pandang aku tanpa berkelip .

Erk.

"Ustaz kenapa pandang saya macamtu? Tahu la saya cantik" Soal aku dalam masa yang sama masuk kereta tolak sendiri . Cantik lah sangat.

Dazrin kelihatan tersedar kemudian beristighfar

"Err tak ada apa . Awak nampak lain hari ni" kata Dazrin tergagap , matanya sekejap ke arah lain , sekejap curi2 pandang aku .

"Kenapa? Pelik eh saya pakai baju ni?" Soal aku sambil membelek-belek pakaian aku .

"Tak adalah , okay je" jawab Dazrin menyembunyikan perasaan .

Okay je dia cakap? Cis , tahulah sebenarnya lawo .

"Meh la beg awak ustaz tolong bawakan" pinta Dazrin kemudian mengambil beg luggage aku tanpa sempat aku berkata apa2 . Mukanya ditundukkan ketika lalu di hadapan aku.

Aku mengangkat bahu dan mengikutnya turun dari belakang. Beg luggage aku dia letakkan di ruang tamu . "Jom Qaisara kita makan dulu sebelum berangkat .Ummi awak dah sediakan breakfast tu" ajak Dazrin dengan lembut.

Aku terasa nak muntah , kenapa pagi ni dia baik gila dengan aku? Ergh geli mak! Biasanya mesti dia akan bergurau2 tapi kali ni?

Ok aku tahu mungkin sebab aku dah nak pergi kot

Tapi tapi tapi

Dia tak ajak pun aku akan tetap pergi dapur lah.

Aku hanya mengangguk kemudian mengikutinya masuk ke dapur . Terselit pula malu , ye lah sepatutnya aku pun kena ada dekat dapur sekali sediakan breakfast.huhu. Langsung tak ada ciri2 isteri Mithali. Eh , sejak bila kau kisah ni? Brrr

Bunga ImpianWhere stories live. Discover now