Bab 31

2.6K 169 28
                                    

Loneliness forced me to be my own best friend

---------

Hujan jangan disangka tiada panas,
Ribut jangan disangka tiada taufan

Nasib malang menimpa aku apabila..

Motor rosak!

HAHA

Lawaknya

Duhai, masa macam nilah benda ni tak mahu hidup, guane ni? Aku pandang sekeliling, semua orang dah balik, hanya skuter aku saja yang berada di sini.

Tidak berputus asa, aku cuba sekali lagi menghidupkan skuter aku,namun masih tidak berjaya, check minyak, banyak je lagi.

Heish, dahlah sorang je, tadi pulak ada orang hendap aku.. Kalau jadi apa-apa macam mana? Fobia doh, aku takut kena macam dekat restoran Ayam Terbang tu lagi. Andwae.. Syiroyo.. Ani.. Aniyo.. Ottokae?

Aku buntu, mati akal, kering idea, skru otak tercabut semua ada. Dalam otak cuma ada satu je, aku nak balik huaa!

Sedang sibuk aku memasang skru pada otak biar dapat fikir, datang seorang lelaki menaiki motor 125 berwarna merah hitam ke arah aku. Mulanya aku tak nampak sangat sebab matahari terik, so lelaki tu macam bercahaya gitu

Dekat punya dekat.. Rupanya Shahrul Iman!

Alhamdulillah, hati yang tadinya gundah gulana terus bertukar tenang selepas melihat Iman. Kira dia ni macam orang harapan aku la nak balik

"Rin, buat apa dok tercongok kat sini? Tak balik ke?" Iman bernada risau,

"Dua tiga kucing berlari, mana nak sama dengan si belang, dua tiga macam mana nak balik, bila si skuter rosak macam bangang" ok ok aku tahu pantun aku tak kena, aku tahu! Huhu siapalah aku nak dibandingkan dengan author ken..

Kahkahkah 😌

"Hak elah berpantun pulak dia, macam mana boleh rosak ni?" Iman sudah turun dari motor, barangkali mahu acah-acah macho konon nak tolong tengokkan skuter aku

"Kau ni tanya soalan macam 'eh kenapa kau ni cantik sangat Zurin?' , agaknya kau ingat aku tahu ke jawapannnya apa? Tak tahu kan" aku jeling. Iman tergelak dengan jawapan aku

"Yela Zurin"

"Rosak ni, kau punya wayar ni macam ada orang potong" dengar perkataan potong tu mulanya aku nak marah, tapi bila fikir balik. Tak perlu kot. Biar, biar orang tu puas

"Hm lantak la orang potong ke apa, so apa nak buat sekarang?" Soal aku terus, bukan tahu pun bab2 motor ni

"Hantar kedai la sayang" meleret suara Iman, err geli geliman!

"Tapinya kau kena balik dengan aku lah. Motor kau ni nanti aku mintak member aku hantar bengkel" kata Iman.

"Aku naik dengan kau?" Itu yang menjadi persoalan aku berbanding dengan skuter, rasa lain pulak

"Macam tak pernah"

"Em ya tak ya jugak. Haa oklah. Alhamdulillah, thanks weh. Nasib baik kau datang" ucap aku ikhlas dengan senyuman

Iman senyum senang hati "always be my pleasure" ungkap Iman penuh makna

                                   🐒🐒🐒

"Thank you again sebab dah tolong" kata aku lagi bila sudah sampai di rumah. Ekceli tadi dia ada ajak makan abc tapi aku tolak sebab aku nak makan kat rumah, lagi sedap. Kat kedai abc tu bukan ada nasi/spaghetti pun, mana nak kenyang.

Bunga ImpianWhere stories live. Discover now