Bab 24

2.1K 148 9
                                    

Isn't it kind of silly to think that tearing someone else down builds you up?

-------------

"Kau ingat kau Yuka kinoshita ke order makanan banyak2 ni?" Khuzaifa memandang aku tidak percaya selepas melihat makanan yang dipesan oleh aku sebentar tadi.

"Tak ingat" jawab aku pendek sambil menekan simbol kamera untuk mengambil gambar makanan berkenaan. Biasalah, budak2 baru nak up. Batak makanan sekejap , sabar jelah kan. Khuzaifa yang pada awalnya tidak mengerti mencerlungkan matanya.

"Asap kau tak lawak la sengal! Betul-betul boleh tak" Khuzaifa tidak puas hati. Amboi2 sedapnya mulut dia kata aku sengal. Kalau aku sengal dia apa? Bungol? Kalau aku asap? Dia? Jerebu asap? Lagi teruk!

"aku tak main-main la gila" haa baik sangat lah ayat aku tu

"ehhh kau , kalau aku gila, kau apa?" aih Khuz ni macam faham2 je otak aku ada cakap macam tu tadi

"of course lah genius!"

Belum sempat dia mahu membantah aku mencelah

"dah2 jangan banyak cakap , kau taknak makan kau balik. Banyak pulak songeh. Dah la aku yang belanja" gerutu aku , aiskrim kat depan ni pun dah nak cair dah, nak cakap je lah nak!

"Ok2 fine, tak banyak cakap dah. terima kasih awak!" Khuzaifa mempamerkan barisan giginya yang tak berapa nak putih. Cantik sangat la tu.

Tepat jam 1800 petang aku pulang ke rumah selepas 'menge'date dengan Khuzaifa . Gembira tu tak payah cakap lah,aku rasa dekat kedai ABC tu kitaorang je yang kecoh . haih, tak sedar lagi tu SPM lagi berapa bulan.

Bunyi WhatsApp masuk mematikan senyuman aku . Serta merta aku menekan kekunci skrin untuk melihat gerangan yang mewasap aku melalui notifikasi .

 Langau : Hai sayang saya :) -Now

Baran saja hati aku melihat isi mesej itu. Dia dah buat taik dengan aku sekarang selamba badak air dia je wasap aku? Sakit hati aku dengan dia ni dah la tak hilang lagi! Kawan bangang lah katakan. Kau nak tahu apa dia buat? Macam ni ceritanya (sambil awan muncul di atas kepala)

2:00 am

Bunyi suara Meghan Trainor sedang membuat konsert tidak berbayar menyentakkan aku dari tidur. Dengan lemah aku mengambil telefon tersebut lalu menolak panggilan itu tanpa melihat gerangannya , ahh aku tak kira , aku nak tidur dan tak ada sesiapa boleh ganggu

Konsert itu berbunyi sekali lagi untuk kali yang entah ke berapa aku tak tahu ,

"ya Allah , tak faham lagi rupanya orang ni!" gerutu aku sambil mengusutkan rambutku yang sudah sedia kusut. Dengan rasa terpaksa aku menjawab panggilan itu dengan kasar , butang speaker aku tekan 

"Kau ni tak ada kerja ke call orang pagi-pagi buta?" Marah aku dalam keadaan mamai

*Senyap

Eh eh dia ni, main-main dengan aku nampak?  Kebangangan apakah ini?! Belum sempat aku ingin bersuara tiba-tiba muncul satu suara yang menggetarkan tulang rusukku selain berjumpa dengan mamat handsome

"hii hii hiii hiiiii! Zurin~" 

gulp! Mata yang tadinya kuyu terus segar. Mulut yang tadi lincah nak bersuara kini bagai terkunci. Aku terlalu terkejut sehingga tidak dapat mengalihkan telefon ini dari telingaku, betul ke apa yang aku dengar ni? Badan aku mula menggigil , aku dah la pantang sikit dengan makhluk Allah yang satu ni. Kemudian suara itu sekali lagi berbunyi tetapi kali ini lebih kuat dan nyaring.

Bunga ImpianWhere stories live. Discover now