Bab 35

2K 184 20
                                    

No new is a good news

-------------

Kami saling berpandangan. Orang disekeliling pula mula memandang. Tak tahu sama ada sebab aku yang hampir dilanggar atau wajah Dazrin yang seakan dikenali.

Adakah penyamaran akan terbongkar?

Masa seperti berjalan dengan cepat. Ada manusia makhluk planet pluto datang ke arah kami lalu disarung cepat-cepat cap dan glasses Dazrin.

Ya, dia seorang lelaki.

Lelaki itu hanya tunduk tersenyum kepada orang ramai yang memandang kami seraya berkata "maaf" kemudian dia mengajak kami pergi.

Aku yang masih terpinga-pinga hanya mengikuti. Siapa lelaki ni? Hantu atau buaya?

Masuk sahaja ke dalam kereta, satu nafas berat dilepaskan Dazrin.

Fuh.

Cap dan glassesnya dicabut. Wajahnya juga diraup kasar.

"Thanks bro, alhamdulillah nasib baik kau ada tadi tolong aku. Kalau tak, habis." katanya kepada lelaki itu. Lah kenal ke? Tapi siapa? Langsung tak familiar pada pandangan aku

"Takde hal lah. Hati-hati la lain kali. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? Luu pikir la sendiri kata abe Nabil" Sempat lelaki tu buat ayat gramatis. Huh, gramatis ke?

"Haa dah mula dah. Bukan ada cikgu pun boleh tambah markah karangan. Sorry sikit, bukan terlajak kata, aa apa ya perkataan yang sesuai? Terlajak tindakan?" Dazrin layan.

"boleh la tu, terlajak laris pun ok. Takde cikgu, tapi ada Allah untuk tambah pahala. Eh eh, sentap ke tak?" Gurau lelaki tu lagi. Dazrin aku lihat ketawa senang.

"Woo, gila sentap ah haha"

Err pehal conversation dorang ni sempoi gila? Macam tak sesuai pun ada, aku perhati je dari belakang

"Kan sentap kan"

"Idola ni, nak sign" makin galak masing-masing mengarut! Aku kat belakang ni woi

"Eh takde takde, vip je boleh. Kau tu golongan marhaen!" Terus dua-dua ketawa.

Aku sengaja berdehem, nak tunjuk yang aku masih dekat sini. Lelaki kawan Dazrin tu terus pandang aku. Tindakan refleks, aku terus menundukkan muka. Malu tiba-tiba!

"Eh lupa nak kenalkan" Dazrin tersengih. haa tahu takpa!

"Qaisara, kenalkan ni Hafiz. Kawan ustaz"

"Hafiz, kenalkan ni Qaisara, Zurin Qaisara. Isteri aku" sebutan terakhir membuat aku memandang Dazrin. Beraninya dia?

Hafiz hanya tersenyum dan mengangguk. Begitu juga aku.

"Jangan risau, saya tahu dah fasal awak dengan Dazrin" beritahunya tanpa dipinta. Mula aku berbentuk 'o'

Sekarang faham kenapa dia boleh tolong Dazrin.

"Kenapa kau ada dekat sini?"

"Kenapa kau ada dekat sini?"

Serentak mereka berdua menyoal. Daa aku pulak yang kegelian tengok drama diaorang. Macam pasangan fjsbs kau tahu

"Aku teman mak aku pergi check darah. Tak sangka pulak boleh terjumpa" Hafiz terlebih dahulu memberitahu. Dazrin mengangguk faham.

"Aku teman budak kecik ni haa, dia demam. Tak sihat" selamba Dazrin jawab seraya menunding ke arah aku. Budak kecik? Aku pandang dia tak puas hati.

"Laa demam ke? Kesian Zurin. Apa kau ni tak jaga isteri baik-baik" sakat Hafiz diirong dengan gelak ketawa.

Aku tak beri respon. Setiap kali dengar perkataan isteri either dari dia atau orang lain, mesti rasa berdebar-debar. Kenapa entah.

Bunga ImpianWhere stories live. Discover now