Bab 5

3.4K 163 15
                                    

Satu perkara yang buat kita matang ialah masalah , satu perkara yang buat kita lemah ialah mengalah  -Dazrin

----------------------------------------------

Jam sudah menginjak pukul 0900 p.m.  satu keluhan dilepaskan oleh Zurin , dari tadi dia mundar-mandir dihadapan wad puan Asmida , perasaan tidak sedap hati mula menyelubungi diri .

Akhirnya dia buat keputusan untuk duduk , tangannya disilangkan , muka dimasamkan , hatinya dipanaskan dengan larva dari gunung berapi yang menggelegak. Marah ni

Sebenarnya dia sedang menunggu gerangan 'suami tanpa cinta' . Dia langsung tak nampak kelibat manusia itu sejak dia pulang dari Kedai Pak Mat Glamour , tempat makannya sebentar tadi, walaupun tadi ada cuba cari. Zurin mula resah, jangan-jangan betul tak dia lari? Waduh-waduh, mengapa kau begini wahai ustaz yang kononnya warak! Kau nak lepas tanggungjawab ke macam mana?!

Berani kau nak lari ustaz? Kau tak kenal aku siapa! Kalau aku jumpa kau satu hari nanti, kat situ jugak aku sekeh-sekeh kepala kau nanti! Jerit Zurin dalam hati.

Hatinya benar-benar panas sekarang ni, Zurin yakin pasti takkan menyesal yang ustaz tu dah larikan diri

Tiba-tiba Zurin teringat sesuatu, ha ah la kereta dia!

Zurin sudah berkira-kira mahu pergi ke tempat parking untuk mencari kereta Dazrin, bangun sahaja dia dari kerusi menunggu terus terpacak Dazrin di hadapannya

"Mak kau gedik!!" Terlatah Zurin melihatkan sosok tubuh dihadapannya itu.

"Awak ni memang suka melatah ya? Haha apalah" tegur Dazrin yang baru pulang dari musolla

Zurin kehilangan kata-kata, jujur dia rasa lega sangat sekarang ni nampak Dazrin, sebab sekarang ni Dazrin je yang boleh tolong Zurin untuk menjadi backup untuknya nanti

"Eee, ustaz pergi mana hah?! Puas saya cari tahu tak! Saya ingatkan ustaz lari la tadi. Lain kali cakap la dulu kalau nak pergi mana-mana. Huh, menyusahkan aku betul!" Marah Zurin

"Zurin janganlah marah-marah. Ustaz minta maaf ya, ingatkan Zurin lama dalam wad tu. Sebab tu ustaz decide nak pergi musolla kejap, tapi dah alang-alang tu, ustaz tunggu lah sampai isyak sekali. Alah rindu cakap"

Terjegil mata Zurin mendengarkan bicara Dazrin yang terakhir itu.

Apahal dia cakap tak macam ustaz ha? orang serius dia nak main main pulak . Rindu? Pengsan akak dengar

"Rindu? Huh tak terfikir dek akal saya langsung okay! Tadi tu, apa tu. Musolla tu apa?" Soal Zurin dingin

"Musolla tu surau" jawab Dazrin tenang

"Ohh, ustaz jangan ingat saya tak tahu ye. Lupa je musolla tu apa"

"Tak ada, ustaz tak ingat pun yang awak tak tahu." gurau Dazrin. Zurin hanya menjeling, malas nak layan, Ke tak tahu nak cakap apa?

"Zurin dah solat?" Tanya Dazrin , cermin mata hitamnya diturunkan sedikit untuk melihat gadis itu dengan lebih jelas

"Dah" Zurin tipu!

"Zurin nak tahu tak tips cara nak tahu orang yang menipu?" Soal Dazrin tiba-tiba

"Tah" dia ni nak perli aku ke apa?

"Orang yang tengah menipu ni kan, setiap kali dia bercakap, dia takkan sesekali pandang mata kita, lepas tu mesti sentuh telinga. Dan ciri-ciri tu ada dekat Zurin masa Zurin cakap dah solat tadi" tutur Dazrin

"Ohmygod, tips apa ustaz dapat ni? Daripada internet ya? Kelakar lah ustaz ni! Mana ada dah orang percaya benda karut marut tu!" Zurin pura-pura gelak. Sangat menjengkelkan!

Bunga ImpianWhere stories live. Discover now