Bab 2

3.3K 183 17
                                    

Nasi goreng kampung disuap perlahan ke dalam mulut, buat apa nak laju-laju. Bukan sekolah tu lari pun

Hari ini Zurin terpaksa masak sendiri kerana ummi perlu bergegas ke butiknya sebab tak tahu sebab apa malas nak ambil tahu . Cari orang gaji ? Ummi kata membazir , derr bukan duit ummi banyak ke? Entah lah .

Pagi tadi, sempat juga Zurin ulangkaji dan solat subuh . Tapi kali ini ummi tak paksa tau! Hatinya yang memaksa!

Zurin membawa pinggan yang kosong ke dalam sinki lalu dicuci . Selesai mengemas apa yang patut dia menggalas pula beg dan mula mengunci rumah dan pagar .

Moto Skuter Novo milik Zurin dihidupkan lalu terus berangkat ke sekolah sambil menyanyi lagu zaman P.Ramlee . Ala lagunya macam ni

"Saat yang bahagia datang sekejap saja" ok , itu je yang dia tahu . Tapi , dia suka ulang-ulang sebab ayatnya makan dalam . tah apa yang makan dalam tah

Sampai sahaja di sekolah, Zurin terus menuju ke kelas, beg telekung diambil kemudian mengatur langkah ke musolla pula

Smk Intelek , mengadakan bacaan yassin dan solat sunat dhuha pada setiap hari Jumaat . Baik kan? Hm sekolahnya aja , pelajarnya macam nokharom sebab tu lah kot buat bacaan yassin dengan solat sunat dhuha , bagi lembut sikit hati pelajar-pelajar sekolah kat sini . Termasuk Zurin!

Sedang leka berjalan, langkah Zurin terus terhenti apabila mendengar satu suara yang menyesak fikirannya. Siapa lagi kalau bukan..

"Zubir!! Wait for me"terkocoh-kocoh Khuzaifa aka bestie Zurin berlari mendapatkan Zurin. Zurin mencebik, tak guna panggil aku Zubir

"Hisy lambat betul la kau ni daun Khucai!" balas Zurin

"Weh kau tahu kan fasal penceramah luar nak datang?" Tanya Khuzaifa yang termengah-mengah .

Penceramah luar?

"Siapa?" Soal Zurin bingung, Khuzaifa terus menjuling mata bila mendengar respon Zurin

"Yang da'i Dazrin tulah"

"Ohh, tahu je" balas Zurin pendek

"Weh, tak sabarnya nak--"

"Nak tengok muka dia yang konon hensem tu? Ohmygod, Khuz. Kau ni nak jadi macam Lisa tu ke apa?" Zurin tidak percaya

"Ishh kau ni mana ada , tak sabar nak dengar dia berdakwah la . Aku bukan macam Lisa tu okay! Eii mulut kau ni, aku cili karang baru tahu" Khuzaifa bengang

"Ohh hehe sorry. Mana la tahu, kau ni bukan betul pun kadang-kadang,dah jom. Nanti boleh dapat tempat depan" ajak Zurin, belum sempat Khuzaifa mahu memarah Zurin kerana mengatanya tidak betul, Zurin sudah memotong

"Haa marah. Gurau sikit pun tak boleh"

Khuzaifa merengus "nasiblah dapat kawan macam kau ni Rin"

Bacaan yassin dan solat sunat dhuha berjalan seperti biasa , dan kini tiba masanya menunggu kedatangan da'i apatah tu . Zurin mengeluh pendek , 'menyesal pula duduk dekat barisan hadapan ni ,lupa pulak susah nak tidur . Haih , tulah acah acah senior sangat tadi kan?'

Kedatangan yang ditunggu akhirnya sampai , semua pelajar terjenguk-jenguk untuk melihat gerangan da'i itu . Zurin hanya menongkat dagu dan memejamkan mata. Buang masa, ceramah sangat mengantukkan!

Tak sampai 10 minit Zurin melelap mata, bahunya sudah dicuit-cuit oleh Khuzaifa.

"Zurin , Zurin bangun . Da'i Dazrin dah sampai" terang Khuzaifa , kedengarannya seakan teragak-agak .

"Apa benda kau ni, kalau datang pun kenapa?" Zurin memandang Khuzaifa bengang. Khuzaifa tidak membalas, matanya membuntang suruh memandang kehadapan. Dah kenapa--

Bunga ImpianWhere stories live. Discover now