Bab 17

2.3K 130 6
                                    

I love you to the moon and never comeback!!

----------------------

Selesai solat Zuhur secara berjemaah yang diimamkan oleh Dazrin , kami semua turun ke bawah berkumpul di ruang tamu .

Lagu Meghan Trainor tiba-tiba menyalak dalam poket seluar menyebabkan niat Ummi untuk bersuara tergendala

I think its so sweet
And I think its so cute
How you let you friend encourage you to try and talk to me
But let me stop you there oh
Before you speak~

Nah to the I to the No no no!

My name is No!
My sign is No!
My number is No!

Aku sengaja membiarkan lagu itu terpasang lama , hisy Khucai ni sabar boleh tak , sehari tak call aku tak sah .

"Siapa call tu Rin?" Tanya Kak Mar

"Khuzaifa ni haa" jawab aku

"Dah tu kenapa tak angkat?" Tanya Kak Mar lagi

"Aa nak angkat la ni" aku lambat2 tekan Answer call

"ala dah termati la Kak , tak sempat nak jawab" dalih aku . Bukan apa , aku malas nak jawab sebab nanti mesti Khuzaifa membebel-bebel cakap bila nak balik bla bla and so on. Aku kalau boleh nak masalah ni selesai cepat . Ni ha , Ummi cakap nak bincang apa tah .

Kak Mar hanya menggeleng kepalanya melihat aku .

"Zurin--"

I think its so sweet
And I think its so cute
How you let your friend encourage you to try and talk to me
But let me stop you there oh
Before you speak~

Niat Ummi sekali lagi tergendala. Aku mengetap bibir , Khuzaifa ni kan -.- eii . Semua dah pandang aku minta aku jawab call tu cepat2.

"Jap eh" Aku meminta diri ke dapur sebentar . Butang Answer aku tekan.

"Ye sahabat ku yang sorang ni , awak nak apa?" Sengaja aku berkata seperti itu

"Zurin! Kau kat mana?! Aku call kau banyak kali tak berangkat, weh kau ada masalah besar ni" Soal Khuzaifa cemas . Dahi aku berkerut , kenapa Khuzaifa ni? Masalah besar? Hati aku mula tidak enak

"Masalah apa? Weh kau jangan main2 siaa" marah aku , mungkin Khuzaifa main2 je kot . Dia ni kira Drama Queen macam aku jugak .

"I feel so sorry to tell but your family..." Khuzaifa tidak jadi meneruskan katanya . Aku bertambah pelik . Family aku ada je dekat sini? And so?

"Kenapa dengan family aku? Diaorang ada je kat sini kau pahal do aku lempang karang" aku semakin risau

"Hah? Apa kau merepek ni Zurin? Family kau , diaorang.. Excident! Tapi yang peliknya da'i Wan Dazrin pun ada sekali dalam kemalangan tu . Zurin kau kat mana semua orang tengah cari kau ni pihak polis nak minta keterangan" beritahu Khuzaifa dengan rasa simpati bin pelik . Pelik kerana Da'i Wan boleh terlibat sekali.

Bunga ImpianWhere stories live. Discover now