Bab 9

2.6K 161 7
                                    

Kenapa dia ni suka sangat buat benda tak bincang dulu hah? Sesedap prego 123 je dia pergi setuju nak bawak aku datang sini! Hisy seramlah , aku tak tahu kenapa aku takut sangat nak datang sini , manalah tahu kena kecam ke nanti , en en . Ehm rumah mak mertua? Gadddd peliknya bunyi! Rasa pelik tu macam bila kau nampak lelaki tengah mengandung , pelik tak? Pelik kan.

"Asap betul punya malaun" Marah Zurin tanpa sengaja tetapi sempat ditangkap oleh Dazrin . Dazrin sempat memandangnya dari cermin belakang tapi Zurin buat tak kisah

"Qaisara cakap apa tadi?" Soal Hamidah , sangkanya Qaisara sedang bercakap dengannya.

Hah seorang telinga gajah seorang telinga lintah , padahal si Midah ni sebelah dia je kot

"Hah? Zurin mana ada cakap apa2 , akak salah dengar kot" dalih Zurin . Ayat cliche .

"Ehm , ye kot"

"Yeay , dah sampai!" Teruja Hamidah . Dia ni memang jenis yang terlebih ceria kot , padahal baru semalam jumpa mak dia .

"Along , angah masuk dulu tau , nanti along dengan Qaisara usul ye" beritahu Hamidah lalu keluar meninggalkan mereka berdua di situ .

Sebaik sahaja kelibat Hamidah hilang dari radar MH370 , Zurin terus menempelak Dazrin

"Suka sangat buat apa2 tak bagitahu dulu , lain kali bincang la , tanya aku suka ke tak . Ni tak , main bawak je ikut suka hati . Kau ingat aku ni apa?" Haa tudiaa , ahkak dah marah

"Atoto janganlah marah , sorry sangat lupa nak bagitahu . Diorang nak jumpa je bukan nak buat apa2 pun . Lek lek je ok , lagipun tak salah kan , Zurin bukannya orang asing" Balas Dazrin .

"But for me , still foreign" matanya tajam menikam mata Dazrin , saja nak cari fasal , geram .

Haih dia ni . Dazrin terus keluar dari perut kereta lalu membuka pintu untuk Zurin .

"Kalau macam tu anggap je Qaisara ni tetamu nak datang beraya okay? Dah jom" ajak Dazrin dengan lembut .

Amboi senangnya dia bercakap , tahu la mulut tu dapat free

"Tak nak" Zurin protes

"Serious la taknak?" Dazrin mendekatkan wajahnya . Sebenarnya tak ada niat pun nak buat apa2 , tapi nanti Zurin taknak masuk

Ni kalau Zurin toleh confirm tercium ustaz tu .

Zurin masih lagi diam tidak berkutik , alah takkannya dia berani buat .

"Serious?" Mukanya yang tadi berada di tepi kini berada di hadapannya , Zurin sudah mula tidak keruan plus omg . Dia ni biar betul!

Pap!! dahi Dazrin ditepuk kuat

Haaa , padan muka.

"Amboi! Sedapnya tangan tu hinggap" Dazrin menggosok-gosok dahinya dek tamparan Zurin , sakit woo.

"Buat lagi macam tu!" Marah Zurin geram , dah lah kelemahan perempuan bila kena macam tu

"Kalau tak nak jom lah keluar cepat , jumpa mak ustaz je pun . Cepat laa cepat laa" rengek Dazrin menggedik .

Euww geli mak -.-

"Hisy" Zurin mendengus geram lalu keluar dari perut kereta .

"Ya Allah korang ni , apa lagi yang dok bincangkan tu? Cepatlah umi dah tunggu lama ni" sampuk Hamidah dari jauh lalu terus mendapatkan Zurin dan terus menariknya .

"Eh akak , kejap kejap!" Halang Zurin tetapi sudah terlambat kerana dia sudah pun 'dimasukkan' ke dalam rumah . Grr .

Suasana be like krik krik krik~

Bunga ImpianWhere stories live. Discover now