Bab 4

3.1K 158 6
                                    

In this pain , i don't showed my weakness and still pretend like I don't care at all .. Even I don't
-Zurin

------------------------

Segalanya berjalan lancar , percaya atau tak yang Zurin sudah dinikahkan dengan Wan Dazrin! , hm lancar weh lancar sangat .

"Wan Dazrin Damiel Bin Wan Din , aku nikahkan dikau dengan Zurin Qaisara binti Che Mustafa dengan mas kahwin 150 Ringgit tunai! "

Arghhh!!! Ucapan keparat itu masih terngiang-ngiang di kotak fikiran Zurin , air matanya yang memberontak hendak turun ditahannya. Zurin memang tidak pernah menangia sejak kematian arwah abahnya.

Jangan sangka semudah itu Zurin dinikahkan , yup , this is Zurin okay! Sepanjang proses perbincangan, perbincangan sangat. Zurin tidak henti-henti memprotes dan mematahkan segala hujah daripada ustaz Khairizman , sampai satu tahap dia mengamuk dan menengking ustaz sekolahnya , peduli apa dia masa tu , ni soal hidup dan mati takkan dia nak biarkan begitu sahaja .

Lagipun diaorang ni macam orang tak waras, dah la tak ada bukti tapi cakap macam-macam!

Tetapi dramanya berhenti di takat situ saja selepas diberi sentapan oleh Ustaz 'suami', serious lah memang sentap habis masa tu sampai terdiam , perkataan yang dikeluarkan oleh ustaz itu biar dia sajalah yang tahu , seram nak cakap balik .

Ustaz khairizman juga terdiam dan tidak dapat berkata-kata lagi selepas mendengar penjelasan daripada ustaz 'suami' , ya dekat situ nampak sangat yang kami tak bersalah . Segala masalah hampir diselesaikan sehingga datang malaun mana tah mengaku yang dia nampak segalanya , siap ada perakam suara lagi! Eiii akak marah betul la .

Tapi entahlah memang tak masuk akal langsung , apa bukti pasal perakam suara tu? Yang peliknya orang dekat situ semua percaya , termasuk JAIS yang datang secara mengejut , Zurin yang sedari tadi diam memang tak boleh nak kata apa dah , termasuk ustaz Dazrin , sebab tentangan demi tentangan yang diterima oleh mereka apabila mereka hendak bersuara .

Tapi masalah itu tidak berhenti takat situ sahaja , semasa kata putus yang memutuskan mereka akan dinikahkan hari ini juga , Zurin sekali lagi memberontak . Sungguh , dia sudah tidak tahan lagi , segala jenis barang dalam stor dia selerakkan , sampai ugut nak bunuh diri lagi . Hahahaha!

"Zurin , baik awak berhenti sekarang! Semua bukti dah ada depan mata , apa lagi tak cukup?! Kalau awak teruskan jugak niat awak , senang masalah benda ni settle kat balai polis , biar mereka yang uruskan , biar masalah jadi tambah rumit! Fikir sikit pasal mak awak , apa perasaan dia nanti!"

"Zurin dah lah tu , takpe kita nikah dulu , ustaz janji ustaz akan selesaikan masalah ni , sekarang memang dah tak boleh nak buat apa dah"

"Ustaz tahu kamu tak boleh terima , ya ustaz lagilah nak telan pun tak sanggup"

"Allah tu maha besar , maha agung , dia tahu yang kita tak salah . Zurin ambil semua benda ni sebagai ujian dan sabar , mana tahu Allah nak tunjuk sesuatu ke? Please Zurin jangan rumitkan lagi keadaan"

Dan bla bla ,

Ustaz 'suami' tu senang lah dia cakap , kalau dia tak setuju , perkara ni akan disebarkan kat seluruh Malaysia . Tapi , lagi haru kalau macam tu pulak . Ustaz tu jugak cakap ada orang nak sabotaj dia bla bla tu yang dia yakin dia dapat selesaikan segala benda alah ni , so macam tulah kan. As you alls know, we are getting marriage!

Ingat masalah berhenti sampai situ je? Tak tak tak

Puan Asmida, Ummi Zurin sedang berada di dalam hospital! Kerana terkejut dengan peristiwa yang disampaikan usyaz Khairizman, Ummi ni tekanan darah dia memang cepat meninggi bila terkejut.

Bunga ImpianWhere stories live. Discover now