Bab 29

2.2K 143 25
                                    

It will never rain roses,when we want to have more roses, we must plant more trees

--------

Aku meneguk liur, di hadapanku kini ada aiskrim Baskin Robbins dengan pelbagai perisa yang kesemuanya kegemaran aku. 5 scoop dia bantai pulak tu!

"Nah" hulur Dazrin, mata aku bersinar-sinar memandang Dazrin, biar betul ni?

"For me?" Malu tapi mahu sangat!

"Of course" jawab Dazrin dengan senyuman manis di bibir sampai aku rasa senyuman tu lagi manis daripada aiskrim ni.

Hahaha, tak, tu typo ok, typo

Aku sambut aiskrim itu dengan hati yang teruja"Ustaz punya aiskrim mana?"

"Ustaz beli satu je"

Hati aku tiba-tiba terbit rasa bersalah,sedap aiskrim ni. Takkan aku nak makan sorang

"Ustaz nak? Kalau nak pergi ambil sudu, kita kongsi" pelawa aku ramah

"Kongsi satu sudu tak boleh? Tak pun Qaisara suapkan ustaz ke.. Sudu tu jauh, malas nak ambil" Dazrin sengaja, aku menjeling. Mengada-ngada betul

"Kalau macam tu, tak payah" tutur aku kemudian memakan aiskrim itu dihadapan Dazrin

"Dah tak merajuk kan?" Soal Dazrin tiba-tiba, lah fikir lagi pasal hal tu, aku dah lama lupa. Ceh, kau lupa bila dapat aiskrim je ok!

"Tak hee" tutur aku dengan senyuman. Dazrin kelihatan terkejut kemudian tiba-tiba dia gelak

"First time nampak Qaisara senyum macam tu kat ustaz" jujur Dazrin, tak pernah dia nampak senyuman seikhlas ini. Buang tabiat apa Qaisara ni

"Hahaha ye latu" jawab aku malas

"Ustaz, aaaaa" aku mencedok sesudu aiskrim lalu disuakan ke arah mulut Dazrin, Dazrin tergelak tidak percaya

"Biar betul ni? Haha ustaz gurau je lah tadi Qaisara ni" tolak Dazrin, terasa malu pula lagi-lagi bila mendapat perhatian daripada orang sekeliling

"Ala, tadi beria sangat. Cepat lah" aku masih berdegil mahu menyuapkan dia

"Orang pandang lah, malu" Dazrin masih lagi menolak. Eii geram pulak aku, degil betul!

"Ala makan la, cepat lah. Ustaz lebih rela ke tengok saya lagi malu bila ustaz tak bagi respon? Cepat la cepatla" aku sudah separuh merayu. HAHAHA gedik gedik gedik!

Dengan terpaksa Dazrin membuka mulutnya untuk menerima suapan aku. Namun namun namun, hampir saja sudu itu mahu masuk ke dalam mulut Dazrin, tangan aku tiba-tiba melencong lalu berpatah balik ke arah aku dan

"Aumm! Dapnyaa" kata aku teruja apabila aiskrim itu selamat mendarat ke dalam mulut aku. Melihatkan muka Dazrin yang merah padam, ketawa aku terus meletus. Lawak lawak lawak!

"HAHAHAHA lek ustaz lek. Saya gurau je hehe. Jangan marah. Ustaz tak hensem la kalau marah hahahaha" pujuk aku masih berbaki sisa tawa. Cian diaa!😂

Dazrin yang pada awalnya masam turut ketawa selepas itu. Ada ada je Qaisara ni

                                   🐒🐒🐒

Kereta Honda Accord kelabu milik Dazrin masuk ke dalam perkarangan rumah aku tepat pukul 6 petang. Lambat jugak kami balik

"Eh awal pulak Ummi balik" kata aku apabila melihat kereta Vios berwarna putih metalik Ummi sudah ada di rumah, biasanya pukul 7 baru Ummi balik. Balik balik balik.

Bunga ImpianWhere stories live. Discover now