Bab 10

2.5K 130 8
                                    

Sometimes , you have to realize some people can stay in your heart , but not in your life

**********

Dazrin menarik dalam nafasnya

"Please behave and put some respect here especially my mom" dengan sakali nafas ayat itu terpacul keluar dari mulut Dazrin .

"Huh? What did i do?" Tanya Zurin hairan .

"When you are talking to my mom and my siblings , please dont ever hurts them with your words , remember that when my mom ask you for sleeping with me right? I know you didnt like it but please , your word . Cant you just say it slowly and cool?" Luah Dazrin dengan tenang

"Sorry kalau terkesan tapi niat bukan nak mengajar , cuma mengingatkan" ujar Dazrin lagi , dia tak tahu kenapa tapi Dazrin langsung tidak berkenan melihat cara gadis itu yang terkadang agak keterlaluan

Zurin tergamam , slowly? So maknanya dia kurang ajar la ni? Bila masa dia tengking puan Shahira? Bila masa dia tengking ika atau kak Midah? bila masa dia tinggikan suara? bila masa pukul berapa dekat mana dengan siapa?

Zurin geram, tak sangka yang dia akan dituduh sampai macam tu, jari telunjuk Zurin tepat menikam mata Dazrin

"You---" belum sempat Zurin menghabiskan ayatnya , datang seseorang menegur mereka .

"Ehem buat apa tu , berdua je ke?" tegur puan Shahira sambil tersengih tanpa perasan persengketaan yang hampir berlaku sebentar tadi .

Terus pandangan mereka dihalakan ke arah puan Shahira yang sedang tersengih memandang mereka . Tangan Zurin terus diturunkan .

"Ha ah ma , ni ha saja2 je sembang2 dengan Zurin sebab terserempak tadi" jawab Dazrin lemah lembut , naik meluat Zurin dengar , sakit hatinya atas tuduhan tadi masih tidak hilang

Tanpa menunggu sebarang respon daripada mereka , Zurin terus masuk ke dalam dengan perasaan yang sebal .

"Err ma maafkan Zurin ya , dia tengah sedih lagi sebenarnya fasal ummi dia , tu yang dia terus masuk dalam tu , maafkan dia ya ma , biasalah orang tengah sedih" bohong Dazrin , bibirnya diketap . Rasa sangat bersalah kerana telah membohongi mamanya .

" takpe mama faham , bukan senang tu dia nak terima , lagipun dia budak lagi . Mama tak ambil hati pun" terang puan Shahira sambil tersenyum ke arah anak sulungnya itu .

"Along kena ingat , along je lah harapan mama . Mungkin permintaan mama ni agak berat , tapi mama harap along kekalkan perkahwinan ni . Along tahu kan apa benda yang halal tapi sangat dibenci Allah? Rasa cinta tu boleh dipupuk , cuma perlu bersabar sikit je" ucap puan Shahira dengan muka penuh pengharapan .

Kepalanya ditundukkan "Insha Allah ma , kalau jodoh masih panjang . Ehm , along masuk tidur dulu tau ma . Penat sikit hari ni , Assalamualaikum , sleep tight" ujar Dazrin sambil tersenyum sebelum mengucup ubun-ubun mamanya dengan penuh rasa kasih . Puan Shahira mengangguk tersenyum lalu menghadiahi sebuah kucupan di dahi anaknya sebelum beredar .

"Maafkan Along , hanya dia seorang wanita yang bertakhta di hati Along selain mama , Midah dan Ika . Tiada yang lain" tutur Dazrin perlahan sesudah memasuki bilik . Dan malam itu , bersaksikan bulan dan bintang , air mata lelakinya tumpah kerana seorang perempuan . Ya , dia .

Zurin geram, Dazrin tu sama je macam Ummi! Suka menuduh!

Kenapa? Kenapa aku selalu salah dimata orang?

Zurin memejam rapat matanya, dia penat. Penat pura-pura kuat, penat tutup kesedihan. Mungkin diluar dia nampak seperti kuat, tapi dalamannya hanya Allah yang tahu.

Bunga ImpianWhere stories live. Discover now