Bab 6

2.8K 139 7
                                    

Peluh di dahi dikesat kasar , tubuh Fakhrul dari tadi menggeletar ketika dalam perjalanan menuju ke gudang lama untuk bertemu dengan Abang Chai . Tahu kerana apa? Kerana dia gagal menyempurnakan kerjanya .

Rasa menyesal kerana terima kerja ini tanpa berfikir apa2 . Kerja yang melibatkan pembunuhan , sudahlah dia tidak pernah membunuh orang! Apakan daya usahanya gagal pula .

Tapi dia sempat juga menggunakan alternatif lain , part tu nanti cerita . Sekarang tiba masanya untuk berdepan dengan taiko besar . Fuh .

Pintu dikuak perlahan , perlahan lahan langkah kakinya menuju ke arah abang Chai yang sedang membelakangi Fakhrul .

"Ya atau tak" tanya abang Chai straight to the point .

"Abang Chai saya boleh terangkan...."

"Aku kata ya atau tak!!" Suaranya sudah menaik kepada satu oktaf . Berang dengan Fakhrul yang cuba untuk serkap jarang .

"tak tapi saya..."

"Apa?!?! Kau cakap apa tadi?!" Chai terus menoleh ke belakang , Fakhrul dipandang tajam . Pistol di tangan juga digenggam , tunggu masa saja peluru itu akan mengenai tubuh Fakhrul .

"Saya kata tak tapi.."

*bang!!!

Sekali lagi percakapan Fakhrul dipintas , tetapi kali ini dengan bunyi das tembakan yang dilepaskan ke atas . Fakhrul menarik nafas dalam2 , dia ni tak boleh nak dengar aku habis cakap dulu ke? Desis hati Fakhrul geram .

"Aku pantang betul orang buat kerja aku tak siap!!" Kolar baju Fakhrul ditarik kasar . Amarahnya semakin menggunung .

"Memang tak jadi tapi saya dah buat cara lain" Fakhrul terus mengeluarkan pita rakaman video lalu diserahkan kepada Abang Chai .

Kolar baju Fakrul dilepaskan , dia mengambil pita itu , keningnya dinaikkan sebelah meminta Fakhrul untuk menjelaskan perkara sebenar .

Fakhrul tersenyum lega lalu terus membisik rancangannya dekat telinga
Abang Chai .
_________________________

"Buat apa lagi kat atas tu dik oii!! Cepatlah , kita lan nak pergi tengok Ummi" nyaring suara Marissa dari luar

Zurin semakin melambatkan langkahnya , bukan tak mahu jumpa ummi tapi entahlah dia rasa tidak sedap hati . Bila Along cakap yang ummi dah sedar hatinya bertambah resah , ummi ni bukan boleh bawak main sangat . Kalau dah marah , marah habis .

Dengan perlahan Zurin masuk ke dalam perut kereta , pergerakannya semua perlahan , daripada bilik sehinggalah masuk ke dalam kereta . Dah macam cerita sinetron dah , semua benda nak lambat

Marhani mula menayangkan muka tidak puas hati , hari ini dia dengan suaminya perlu pulang awal kerana ada kerja yang perlu dibuat dan Zurin pula sengaja menghadkan masa mereka di situ

"Senyumlah adik akak ni, Zurin jangan risau. ummi mesti percaya cakap Zurin punya" pujuk kak Mar

"Bukti?"

"Zurin kan anak dia, mesti lah dia percaya, takkan dia nak percaya orang lain"

"Bukti?"

"Because she loved you so much"

"Harap yelah" keluh Zurin

"Zurin tak ingat ke, negative thing will come after negative thinking and---"

"Positive thing will come after positive thinking" sambung Zurin

Bunga ImpianWhere stories live. Discover now