Bab 12

2.3K 145 1
                                    

You can't have a better tomorrow if you don't stop thinking about yesterday -Dazrin

🌸🌸🌸

Tepat jam 8:00 pm aku sampai di rumah Dazrin, masing-masing senyap semasa dalam perjalanan menuju ke sini.

"Boleh Qaisara bukakan pintu, ustaz nak ambil barang kejap" minta Dazrin lembut, aku hanya sekadar mengangguk, kunci bertukar tangan

"Assalam--" salam aku terbantut bila terpijak sesuatu, something yang macam berbulu dan sederhana besar. Tiba-tiba bulu itu bergerak. Tak perlu tunggu part muka sinetron terkejut terus aku menjerit tapi sempat ditekup oleh seseorang

"Mmak-- mmphh!!"

"Shh, jangan bising, takut ada jiran luar dengar" kata Dazrin perlahan, tekupannya dilepaskan

"Ustaz, saya terpijak something!" Kata aku cemas, aku menyorok di belakang Dazrin, bajunya aku pegang

"Apa benda?"

"Tak tahu, tapi berbulu!!" Kata aku lagi,dah la suasana gelap gelita

Pintu dikunci rapat, kemudian Dazrin membuka lampu

"Laa, Mueeza rupanya" kata Dazrin. Hah, Mueeza? Apa benda tu? Sejak bila dalam rumah ni ada manusia selain aku dengan dia?

"Apa tu?" Soal aku lagi, masih menyorok dibelakangnya

"Kucing lah awak" Dazrin tersenyum, aku terus melepaskan pegangan, Mueeza diambil Dazrin lalu dibelai. Tapi kenapa aku tak pernah perasan kehadiran si Mueeza ni? Soal aku, tapi dalam hati jelah. Malas la aku nak soal lebih-lebih

"Ohh, ehem!" Aku berdehem sekejap bagi menghilangkan rasa gugup. Aku tertanya-tanya, kenapa namanya Mueeza? Sedap tapi unik, tapi hanya dipendamkan dalam hati, yelah. Aku dengan dia kan tengah gaduh

Malas mahu meneruskan perbualan aku terus mengangkat beg yang berisi baju untuk dibawa masuk ke dalam bilik

"Qaisara" panggil Dazrin

"Apa?"

"Kejap lagi lepas letak beg, turun bawah boleh?" Tanpa menoleh aku terus mengangkat simbol 'ok'

"Ada apa ustaz mintak saya turun bawah?" Aku melabuhkan punggung dihadapan Dazrin

"Pasal pagi tadi.. Selagi ustaz minta maaf. Ustaz akui, ustaz terlalu ikutkan emosi, ustaz terlalu tertekan kebelakangan ni sampai Qaisara jadi mangsa. Ustaz minta maaf, ya?" Pinta Dazrin bersungguh-sungguh

"Kalau ustaz dah cakap macam tu takpela. Tapi lain kali jangan buat lagi. Saya je boleh marah-marah ustaz, ustaz tak boleh" tutur aku, Dazrin tergelak kecil

"Mana adil.."

------

Aku menuruni tangga dengan agak laju,tak sabar nak makan. Tadi dekat rumah mama Dazrin aku jamah sikit je sebab aku tak ada mood, yelah dahla tengah sakit hati dengan dia. Lepastu disuruh pulak duduk serumah

"Ustaz saya-- mak!!" Belum sempat aku menghabiskan kata, aku terpijak lantai licin yang menyebabkan aku terjatuh, tapi aku sempat memegang Dazrin yang kebetulan berasa berdekatan dengan aku.

Tapi, disebabkan badan aku yang berat macam anak gajah, Dazrin turut terjatuh

"Arghh"

Dazrin terjerit kecil sambil muka dia berkerut-kerut menahan kesakitan . Ok yang ni pelik sebab dia menjerit bukan sebab jatuh , tapi sebab aku pegang kuat tangan dia . Aku yang sedar akan hal itu terus meleraikan pegangan .

"Errr , ustaz ... Are you okay? Sorryyy , saya tak sengaja" tanya aku sambil meminta maaf kepadanya dengan muka bersalah , Zurin kenapalah kau ni cuai sangat?

Bunga ImpianWhere stories live. Discover now