Bab 1

4.1K 202 12
                                    

Skuter Novo miliknya ditongkat . Dengan keadaan yang tidak bermaya Zurin melangkah masuk ke dalam rumah, dalam otak dah mind set, masuk bilik. Tidur!

Masuk sahaja ke dalam bilik, Zurin terus menghempaskan badannya di atas katil, dengan stokin dan baju tak dibukak, haih apa nak jadi anak dara sorang ni

Jam dinding Doraemon dikerling sekilas

0545 pm

Inilah akibatnya apabila menghadiri kelas tusyen tak henti2! Balik selalu lambat! Stress hakak tahu tak

Mata Zurin yang hampir terlelap terus terjaga apabila teringat akan pesan Umminya,

"Solat dulu, baru tidur!!"

"Nanti lah solat , tidur dulu lagipun ummi belum balik lagi" gumam Zurin kemudian terus melelapkan mata. Apa nak jadi, jadi.

Sedar tidak sedar , sudah satu jam setengah dia dibuai mimpi sehingga kehadiran ummi pun dia tidak perasan .

Ummi yang baru pulang dari rumah menggeleng perlahan . Tidak pelik dengan kesepian rumah itu .

"Haih mesti tengah membongkang lagi Zurin ni" puan Asmida berbisik perlahan . Tidak perlu tunggu jawapan , jawapannya mesti ya punya .

"Hah kan dah agak" puan Asmida yang sudah berada di bilik puteri bongsunya menggeleng .

"Woii budak , bangun!!" Pipi anaknya digoncang kuat

Tersentak Zurin dibuatnya , niatnya mahu marah terbatal apabila melihat wajah puan Asmida yang dah macam kucing nak terberanak.

"Ummi ni , tak ada cara lain nak kejutkan ke?" Tanya Zurin geram

"Ada , menangis pulak Zurin nanti" ugut Puan Asmida

"What ever la ummi" tutur Zurin

"Asal tidur maghrib ni? Tak elok tahu tak . Ni dah solat asar ke belum?" Puan Asmida menyoal tegas, masih dengan sikap prihatinnya, biarpun anaknya bersikap endah tidak endah,

"Belum, baru balik tuition tadi , penat sangat tu yang sampai tertidur tu" jawab Zurin tiada nada

"Ya Allah budak bertuah ni! Belum solat lagi? Dah maghrib dah ni haa , lain kali solat dulu baru tidur , dah pergi solat sekarang!" Marah Puan Asmida,kecewa betul dia, sudah berapa kali Zurin dinasihatkan

Pheww , ummi dah start dah .

"Hisy yelah!" Zurin bingkas bangun menuju ke bilik air .

"Apa nak jadilah dengan kau ni Zurin , dah besar panjang dah kau tu . Takkan itu pun ummi nak suruh? Ubah lah sikap tu , nanti nak kahwin macam mana lah nanti" bebel puan Asmida

Zurin diam membatu, kahwin? Err, jauh sangat tu. Umur baru 17 kot, nak fikir pasal kahwin apadahal

Bebelan Ummi di luar bilik langsung tidak dihiraukan, dia sudah biasa. Ummi, rasanya tak pernah dia sebaik ini sejak kematian abah. Aku yang menjauh, aku yang merenggang. Entahla, selama ni bukan rapat sangat pun, bila abah dah meninggal baru terhegeh nak manjakan aku. Banyak cantik

Usai solat dan mandi , Zurin merenung dirinya di hadapan cermin. Kosong. Satu perasaan aneh muncul kembali.

Sampai bila kau nak macam ni dengan Ummi?

Dulu kau yang dambakan kasih sayang dia, tapi lepas dia dah cuba bagi, kau tolak kasih tu.

Bunga ImpianWhere stories live. Discover now