Minisode : Hanie

5.1K 370 3
                                    

"Erh..." Hanie mengeluh apabila terlihat sebuah dewan besar di hadapannya. Harapannya untuk tinggal di akademi pada hari raya terbantut apabila dia terpaksa mengikut keluarganya pergi ke kenduri kahwin sahabat ibunya.

Mereka sekeluarga menuju ke sebuah meja kosong. Muka masam Hanie tayangkan. Dia berasa bosan apabila tiada sahabat di sisi.

"Ya Allah! Bosannya bila tak ada Aineen, Aisyah, Yazmin, Niysa dan lain-lain..." Gumamnya seorang diri. Mata ditumpu ke arah mempelai di atas pelamin.

Hanie terkejut. Tali jodoh pada jari pasangan tersebut tidak terikat antara satu sama lain. Kemudian, dia beristighfar perlahan.

"Hmm... Tiada jodoh nampaknya mereka ni." Ucapnya. Hilang seleranya untuk menjamah makanan.

Sedang dia sibuk membaca nota yang dibawa, kelihatan seorang jejaka lalu di hadapannya. Sekali lagi, dia terkejut apabila terlihat dua tali merah terikat pada jari jejaka tersebut.

Hanie menutup mulutnya menggunakan tangan. "Nampaknya, dia akan menduakan isteri pertama. Huhu..."

〰〰〰〰〰

"Assalamualaikum Hanie! Macam mana dengan kenduri kahwin kawan ibu awak?" Soal Aineen sebaik sahaja Hanie pulang ke akademi dengan menaiki bas.

Hanie tersenyum kelat. "Waalaikumussalam. Ada sesuatu yang saya tak boleh beritahu. Haha..."

"Ini mesti tentang tali jodoh bukan?" Tanya Aisyah pula. Yazmin yang berada di sebelahnya menjongketkan kening berkali-kali.

Hanie tertawa kecil. "Lebih kurang begitulah nampaknya." Balasnya lemah.

Niysa memaut bahu Hanie. "Jangan risaulah pasal benda tu. Sekarang ni, tolong risau tentang jodoh awak yang ada dekat bawah pohon sana tu."

Terus sahaja Hanie mengalihkan pandangan ke arah pohon yang berada di tepi padang. Kelihatan Ahnaf, Hanif dan Fazli sedang berbual rancak.

Ahnaf yang berada di bawah pohon tersebut, merasakan dirinya ditegur lalu mengalihkan pandangan ke arah pintu pagar akademi yang terbuka luas. Hanie yang sedang memandangnya dipandang lama.

"Ahh!" Hanie menjerit marah lalu berlari dari tempat tersebut.

Akademi Dary : Sixth SenseWhere stories live. Discover now