Bab 55

5.2K 419 8
                                    

"Aah!!"

"Niysa!"

Niysa membuka matanya. Dia terkejut apabila Ustazah Maisarah berdiri di hadapannya dengan senyuman manis di bibir. Selepas itu, wanita itu jatuh tersungkur dengan pisau yang terpacak di belakangnya.

"Ustazah!!" Jerit Niysa. Dia menghampiri ustazah Maisarah yang mengerang kesakitan.

Ustazah Maisarah masih cuba untuk tersenyum. "Tak apa Niysa... Dengan cara ini, kalian semua akan selamat. Haha... Tiada deria keenam yang boleh menyembuhkan orang? Hmm... pasti tiada."

Hanie, Aisyah, Yazmin dan Ahnaf menghampiri Ustazah Maisarah dan Niysa. Mereka duduk bersila di atas lantai.

Manakala Tuan Ramli pula sudah bersedia untuk berlawan.

Cikgu Masyitah menjerit nyaring. "Argh! Apa kau dah buat ni, Maisarah! Aku nak saka tu supaya aku boleh menguasai tempat ini dan memuatkan lebih ramai-"

"Lebih ramai apa? Lebih ramai keluarga kau yang mengamalkan ilmu hitam? Macam tu? Ingat aku tak tahu ke?" Pintas Tuan Ramli. Ustazah Maisara terkedu.

"Kau sengaja biar Azwan, Rahim, Amran, Zamri dan Syukri memasuki bilik itu, supaya kitab menyerap kuasa mereka? Dan, tubuh Azwan dan Zamri yang dah lemah tu, kau bagi saka tu makan, kan?" Soal Tuan Ramli dengan bantuan Aisyah.

Ya, Aisyah cuba melihat masa silam Cikgu Masyitah tanpa memegang tangan wanita itu. Setiap kali kisah silam itu memasuki mindanya, dia memberitahu Tuan Ramli menggunakan alat komunikasi.

Yazmin pula membantu Tuan Ramli dengan membaca fikiran Cikgu Masyitah. Dia memberitahu segala yang dibacanya kepada Tuan Ramli menggunakan alat komunikasi.

"Ah! Apa kau tahu? Alah, aku punya saka, suka hati akulah!" Hambur Cikgu Masyitah, geram. Suka-suka hati saja orang tua itu ingin membongkarkan rahsia orang.

Hanie mencari peti kecemasan yang berada di dalam hospital tersebut bersama Ahnaf. Mereka berlegar-legar di tingkat satu.

"Ha! Itu pun dia!" Ahnaf menuding ke satu kotak yang berada di tepi dinding yang sudah pudar warnanya.

Hanie berlari masuk ke dalam bilik yang terdapat peti kecemasan tersebut. Dia mengambil peti itu lalu berlari keluar kemudian menuju ke bilik pembedahan semula bersama Ahnaf.

"Nah!" Ucap Hanie lalu memberikan peti tersebut kepada Niysa yang handal dalam bidang perubatan.

Niysa mencuci luka Ustazah Masyitah sambil bernasyid perlahan. Kemudian, perut guru itu dibalut menggunakan kain.

"Kenapa tak call ambulance je?" Soal Aisyah, hairan.

Niysa menggeleng. "Tak boleh. Kehadiran Akademi Dary tidak boleh diketahui ramai."

"Jadi, kita kena bawa Ustazah pergi hospital akademi. Hmmm... Sempat ke?" Keluh Yazmin.

"InsyaAllah, sempat sayang..." Ujar Ustazah Maisarah, lemah.

Tiba-tiba Cikgu Masyitah menjerit kuat.

"Ah! Apa ni? Apa ni?" Jerit guru itu.

Tuan Ramli terkejut. "Alamak! Saka tu nak masuk dalam badan kau!"

"Wah! Aku terasa kuat! Hahahaha...." Cikgu Masyitah ketawa kuat.

"Engkau tak perlu buat macam ni..."

Cikgu Masyitah terdiam. Suara itu bergema di dalam kepalanya.

"Engkau mahu mensyirikkan Allah? Ataupun... Engkau dah murtad?"

Suara itu bertanya lagi. Dia menjadi tidak keruan.

Sedang Cikgu Masyitah melayan suara itu, Tuan Ramli memegang satu bola kecil sambil membaca surah-surah lazim ke atasnya. Bila-bila masa sahaja bola itu akan dibaling ke wanita itu.

Aineen hanya terbaring di atas katil itu dengan tangan dan kaki yang terikat. Waduh, Bosannya.

"Aineen, bertahan di situ. Nanti kawan-kawan kamu datang."

Suara Ustazah Maisarah bergema di kepalanya. Dia tahu bahawa kelebihan ustazah itu ialah telepati.

Aineen menoleh ke arah sahabat-sahabatnya sambil mengangguk faham. Dia hanya terbaring lemah. Air matanya mengalir tatkala mendengar kata-kata Tuan Ramli berkenaan pelajar-pelajar yang terlibat dalam kes itu termasuklah abangnya, Azwan.

Cikgu Maysitah pula sudah melutut di atas lantai. Suara itu sedang memberinya ceramah tentang agama.

Ustazah Maisarah tersenyum sinis. Dia yang memberi ceramahnya itu menggunakan kelebihan telepati.

Tuan Ramli mengambil keputusan untuk membaling bola tersebut. Dalam sekelip mata, bola itu sudah terkena pada dahi Cikgu Masyitah.

"Argh!!" Raung Cikgu masyitah dengan tangan yang tergapai-gapai di udara.

Tuan Ramli tersenyum. Nampaknya, sakanya itu tidaklah sekuat mana.

Beberapa minit selepas itu, Cikgu Masyitah sudah tidak sedarkan diri.

Terus sahaja Hanie, Aisyah, Niysa dan Yazmin meluru ke katil yang sedang dibaring oleh Aineen. Ahnaf pula ditugaskan bagi menjaga Ustazah Maisarah.

"Alhamdulillah, Tuan. Saya tak nampak dah saka tu lagi." Ujar Niysa sambil membuka ikatan pada tangan Aineen.

Tuan Ramli mengangguk. "Ya. Saya sangat berterima kasih kepada kalian kerana telah menghentikan gejala ini. Sudah lapan tahun kami menanti siapakah dalang di sebalik semua ini."

Aineen berdiri lalu meregangkan-regangkan tubuhnya. Sungguh, dia berasa lega.

Akademi Dary : Sixth SenseWhere stories live. Discover now