Bab 37

6.2K 497 13
                                    

"Nama awak siapa?"

"Awak baik ke jahat?"

"Selesakanlah diri awak di sini."

"Esok rehat dengan kami nak?"

"Macam mana kehidupan awak di sekolah biasa?"

"Macam mana awak guna kelebihan awak pada pelajar yang tiada deria keenam?"

Pelbagai soalan diajukan pada Fazli dan Hanif oleh ketiga-tiga rakan sebilik mereka itu. Fazli dan Hanif pula sudah kering air liur bagi menjawab soalan yang diajukan pada mereka.

"Okey, okey. Cukuplah tu. Kami dah penat nak jawab soalan-soalan kalian." Balas Fazli sambil mencapai botol air yang berada di dalam begnya.

Hanif pula sudah merebahkan diri ke atas katil yang berada di hadapan katil Fazli. Dia menutup mata.

Ketiga-tiga rakan sebilik mereka sudah senyap tidak bersuara. Masing-maing terdiam.

"Maafkan kami." Pohon seorang jejaka yang berkaca mata.

"Saya harap kalian selesa di sini." Ujar seorang jejaka yang mempunyai tahi lalat ditepi mata sebelah kirinya.

"Baiklah. Kami pun nak tidur dah ni." Kata seorang jejaka yang bersongkok pula.

Fazli hanya mengangguk sambil tersenyum nipis. Dia terlelap dalam sekelip mata. Kemudian, dia mula melayari bahtera mimpi.

♢♢♢♢♢

Pada malam itu,

Hanani terbangun daripada tidurnya lalu menggosok mata. Dia mengamati keadaan sekeliling.

"Erk!" Perutnya ditekan. Buat seketika, dia cuba mengejutkan Hana menggunakan telepati.

Hana yang sedang mengalami mimpi buruk segera terjaga apabila terdengar satu bisikan yang memintanya bangun.

"Hana, boleh awak teman saya ke tandas?" Soal Hanani menggunakan telepati.

Hana memandang Hanani yang berada di sebelah. "Ya. Saya pun nak ke tandas."

"Okey, jom!" Ajak Hanani gembira. Dia menarik tangan Hana lalu berlari menuju ke pintu.

Sebaik sahaja pintu dibuka, mereka berdiri kaku seraya memandang sekeliling.

Lorong yang sunyi menghiasi pandangan mata.

"Betul ke awak nak pergi berdua dengan saya je?" Soal Hana menggunakan telepati kerana dia takut untuk mengeluarkan suara.

Hanani mengangguk walaupun takut. "Tak akanlah saya nak ajak yang lain. Kasihan mereka. Mereka sedang tidur nyenyak."

"Awak nak ajak kakak Niysa?" Soal Hana. Tangannya menggenggam tangan Hanani, erat.

"Kenapa pula?" Tanya Hanani pula.

"Sebab dia paling berani? Tak pun, kakak Yazmin? Dia kan gila-gila sikit. Ha! Ataupun kakak Aineen? Sebab dia boleh nampak masa depan kita? Or... kakak Aisyah? Sebab dia hafal banyak surah. Kakak Hanielah kot, dia tahu banyak jalan kat sini." Balas Hana panjang lebar. Seorang demi seorang seniornya singgah ke mindanya.

Hanani membuat rolleye. "Baik ajak semua je."

"Tapi... Macam mana?" Soal Hana.

Hanani menjongketkan bahu. "Nak lalu lorong ni pun takut. Lagi-lagi pergi bilik kakak-kakak tu yang berada dekat blok lain."

Hana dan Hanani masih berkira-kira untuk keluar daripada bilik.

Tut, tut, tut.

Satu bunyi menggemakan satu bangunan. Hana dan Hanani segera berlari ke tandas.

"Nasib baik jam dah bunyi." Ujar Hanani, lega.

Hana mengangguk. "Lepas ni, terus ambil wudhuk untuk solat tahajud."

Mereka berdua melangkah masuk ke dalam tandas diiringi pelajar-pelajar lain yang terjaga akibat bunyi jam tersebut.

Akademi Dary : Sixth SenseWhere stories live. Discover now