Bab 14

8.6K 691 9
                                    

Gelita langit menghiasi segenap kawasan sekolah tersebut. Cahaya bulan menerobos masuk ke dalam sebuah dorm yang dihuni oleh lapan orang pelajar melalui tingkap yang dilindungi langsir. 

Seorang daripada mereka terjaga. Terkelip-kelip matanya melihat persekitaran.

"Baru... pukul...  tiga... pagi?" Aisyah berkata sendirian setelah melirik ke arah jam yang elok tergantung di dinding. "Nak buat apa ni?"

Kreekk~~

Satu bunyi aneh mengejutkan gadis tersebut. Tidak lama kemudian, sunyi mula menghuni dorm semula. Aisyah memandang sekeliling. "Apa tu? Takutlah. Kena kejut Niysa ni."

"Niys-"

"Shh... Jangan tegur." Potong Niysa tanpa dipinta.

"Okey, okey." Balas Aisyah lalu baring. Kemudian, dia bangkit semula dan menoleh ke arah katil yang berada di hadapannya itu.

"Eh! Awak bangun?" Soal Aisyah, memandang Niysa yang sedang duduk.

"Memanglah." Sambung Aineen pula yang berada di bawah.

Aisyah semakin hairan. "Hah?"

"Ya Allah. Awak tak tahu ke sekarang waktu apa?" Tiba-tiba Yazmin menyampuk.

Aisyah berpaling ke sebelah seraya menggeleng. "Waktu apa?" Soalnya semula.

Hanie pula mengintai Aisyah yang berada di katil atas. "Sekarang, kita kena solat tahajud." Pesannya sebelum bergerak turun dari katil.

Aisyah menepuk dahi. "Iyalah..."

"Nak kejut Maya?" Tanya Hanie yang sedang meregangkan sendi-sendinya. Sahabat-sahabatnya yang lain sudah mula menuju ke tandas.

Niysa mengangguk lalu turun dari katilnya. "Ya. Mari." 

∆∆∆∆∆

Pagi yang tenang, dipenuhi derapan tapak kaki oleh para pelajar yang berpusu-pusu menuju ke sekolah. Ada yang berlari, ada yang berbual dan ada juga yang menyinggah ke tempat lain. Di suatu sudut pula, kelihatan enam orang gadis sedang berjalan bersama-sama. Lima berkain ungu manakala seorang lagi pula memakai uniform sekolahnya.

"Assalamualaikum." Sapa seseorang dari belakang. Mereka berenam menoleh pantas. Oh! Fazli rupanya.

"Waalaikumussalam." Jawab gadis-gadis itu serentak.

Kini, Fazli menyertai kumpulan mereka itu. Hanya Maya dan Fazli sahaja yang memeriahkan kumpulan tersebut dengan perbualan manakala lima orang lagi pula tenang mengalunkan zikir. 

Tatkala melalui sebuah kawasan yang lapang, jeritan riang daripada dua orang gadis dan seorang jejaka yang sedang bermain kejar mengejar menarik perhatian mereka.

"Siapa itu?" Soal Aineen sambil menuding ke arah pelajar-pelajar tersebut. Sahabat-sahabatnya turut melihat ke arah yang sama.

Maya membetulkan begnya sebelum menjawab. "Ooo... Mereka itu budak junior. Tingkatan satu. Kembar tiga."

"Oh, begitu."

Salah seorang daripada mereka mendekati Yazmin. "Hai akak.  Nama saya Hana. Jom main." Ajaknya mesra.

Terkejut Yazmin apabila diajak sebegitu namun riak mukanya disembunyikan dengan tawa. Dia tersenyum gembira. "Hai Hana. Nama akak Yazmin, ini kak Hanie, kak Aineen, kak Aisyah dan kak Niysa. Dan ingat, sebelum berkata apa-apa, bagi salam dulu."

Hana hanya tersengih dan kemudian berlari ke arah kembar-kembarnya. Mereka berbincang akan sesuatu lalu menuju ke arah ketujuh-tujuh pelajar itu semula.

"Kakak-kakak sekalian, mereka ini kembar saya. Ini Hanani dan ini Hanif." Terang Hana dengan senyuman.

Maya tersenyum simpul. "Hehe... Ini adik-adik angkat saya. Mereka ni friendly tau!" 

Kelima-lima gadis itu menguntum satu senyuman manis serta mengangguk faham. Entah mengapa, tiga orang itu bagaikan ada sesuatu yang asing dalam diri mereka.

Fazli pula sudah mara ke hadapan. Malas mahu berada di situ lama-lama.

"Okeylah. Akak nak ke kelas dah. Jangan nakal-nakal tau." Pesan Maya lalu berjalan pergi bersama sahabat-sahabatnya.

Akademi Dary : Sixth SenseWhere stories live. Discover now