Bab 18

8.2K 652 9
                                    

Pagi yang tenang, sekali lagi mereka terjumpa adik-beradik kembar itu ketika berjalan menuju ke sekolah bersama-sama. Kelima-lima gadis itu saling berpandangan lalu melangkah ke arah tiga orang pelajar tingkatan satu tersebut.

"Salam, akak nak tanya, kamu semua ada telepati ke?" Soal Aineen sebaik sahaja mendekati pelajar-pelajar itu.

Hana, Hanani dan Hanif semua berhenti bermain. Mereka menoleh ke arah Aineen lalu mengangguk.

Niysa sudah memasang talian kepada pengetua. Yazmin pula menyuruh ketiga-tiga adik beradik itu mendekatinya dan membentuk satu bulatan.

"Akak dari Akademi Dary dan mahu ajak adik-adik sekolah di situ. Nak tak? Tahu tak Akademi Dary?" Soal Yazmin sedikit berbisik.

Ketiga-tiga pelajar itu terdiam. Mereka bermain telepati seketika. Kemudian, mereka menarik nafas bising.

"Tahu, tahu, tahu, tahu!" Jerit mereka berulang-ulang sambil terlompat-lompat.

Aisyah dan Hanie saling berpandangan lalu tersenyum gembira. Bertambah lagi ahli akademi mereka kali ini. Semakin cepat mereka menjumpai ahli, semakin cepat mereka akan pulang ke Akademi Dary.

∆∆∆∆∆

Sekembalinya kisah di dalam kelas.

"Alah...... Hari ni ada pendidikan jasmani." Keluh Maya di dalam kelas. Dia menyembamkan wajahnya ke atas meja.

Yazmin tersenyum mendengarkan keluhan Maya itu. "Setahu saya, bila waktu PJ kita akan gabung dengan kelas sebelah." Ujarnya.

"Yeay! Dapat jumpa mereka." Sorak Hanie dengan gembira. Tidak sabar dia ingin bertemu dengan yang lain sewaktu mata pelajaran itu nanti.

∆∆∆∆∆

Pendidikan Jasmani, mata pelajaran yang meningkatkan stamina dan kekuatan tubuh. Kali ini, para pelajar diberi peluang untuk memilih sukan yang ingin mereka main bersama rakan. Badminton menjadi pilihan mereka berenam pada ketika itu. Sedang mereka bermain, seorang pelajar lelaki yang dikenali mereka datang menyibuk.

"Hai." Sapanya mesra sekali.

Permainan mereka terhenti sewaktu menerima sapaan tersebut. "Errr... Hai." 

"Zulhelmi, awak buat apa di sini?" Soal Aisyah.

Zulhelmi tersengih sambil membetulkan kaca matanya. "Saja nak melawat. Kebetulan, guru kelas saya tiada di dalam kelas." Balasnya bersahaja.

Aineen menggelengkan kepalanya tanda kecewa. "Tak baik tau ponteng kelas."

"Mana ada ponteng kelas." Tukas Zulhelmi.

Hanie terpandang jari lelaki itu. Dia agak terkejut kerana tiada seutas tali pun yang dapat dilihat. Kemudian, dia memandang jari Maya, ada pula.

"Kenapa tiada? Kenapa?" Soal Hanie dengan perlahan, gelisah.

Sahabat-sahabatnya memandang Hanie pelik. Zulhelmi yang perasan akan kejadian itu pula tersenyum sinis. 

Maya hanya memerhati gerak geri Zulhelmi yang sangat mencurigakan sehinggalah lelaki itu berlalu pergi.

Keresahan memenuhi diri. Akhirnya, Hanie rebah ke bumi. Sahabat-sahabatnya terkejut dengan kejadian yang tiba-tiba itu. Cepat-cepat mereka meminta pertolongan.

Walaupun tidak berkata apa-apa, Yazmin yang dapat membaca minda merasakan sesuatu yang berbahaya sedang berada dalam fikiran Hanie.

Aisyah, Aineen dan Niysa saling berpandangan. Mereka seperti dapat menghidu kejahatan yang berada di dalam hati lelaki itu tadi.

Akademi Dary : Sixth SenseWhere stories live. Discover now