Bab 7

10.6K 771 3
                                    

Selepas menunaikan solat subuh, mereka menuju ke sekolah dengan perasaan yang gementar. Hari ini hari pertama mereka. Belajar bersama guru biasa, bukanlah ustaz mahupun ustazah. Lagi-lagi niat mereka yang datang ke sini hanyalah untuk menyiasat.

"Saya takutlah." Ujar Hanie sambil menggenggam tangannya yang menggigil. Tangannya disorokkan di bawah tudung.

Yazmin memeluk bahu Hanie. "Jangan takut, kita kan satu kelas."

Hanie menoleh ke arah Yazmin lalu menghadiahkan senyuman buat sahabatnya itu.

"Allahuakbar!" Jerit Yazmin apabila terasa dirinya dirempuh dari belakang.

Dia mengangkat kepala. Kelihatan seorang pelajar lelaki sedang berlari dengan laju.

'Tepilah gedik!' Satu suara menerjah pemikirannya. Pastinya dari lelaki yang melanggarnya itu.

Yazmin menjadi geram. "Awaklah yang gedik!" Balasnya keras sambil menumbuk tanah.

Riak wajah lelaki itu kelihatan terkejut dan lariannya menjadi sedikit perlahan. Dia menoleh ke arah Yazmin yang sedang sibuk menyapu bajunya yang kotor akibat terkena debu tanah.

Terkejut Yazmin apabila dikerumuni oleh sahabat-sahabatnya secara tiba-tiba. 

"Yazmin, what did you do?" Soal Aineen dengan riak wajah yang takjub.

Yazmin memandang Aineen, keliru. "What did I do?" Balasnya dengan soalan.

Aisyah memegang lengan Yazmin lalu berkata dengan teruja. "Awak tak perasan ke yang lelaki itu tengah berlari dan awak dapat baca fikiran dia!"

Yazmin tersentak. Iya tak ya bukan?

"Betullah!" Jeritnya nyaring.

Dia memegang tangan Hanie lalu melompat kecil. "Kita geng, kita tiada kelemahan. Yeay, yeay!"

Niysa menarik tangan Yazmin agar gadis itu berhenti menggila di situ. "Yaz, ingat apa ustazah ajar. Perempuan kena sopan. Awak ingat saya tidak nampakkah apa benda yang ada di sebelah awak tu?" Tegasnya. Saja dia menyebut tentang 'makhluk' yang berada di sisi Yazmin.

Segera Yazmin terdiam. Takut barangkali.

"Hai semua!" Jerit Maya dari belakang mereka.

Kelima-lima gadis itu menoleh. "Waalaikumussalam."

Maya tersengih. "Maaf."

"Awak kelas mana, Maya?" Soal Aisyah ingin tahu apabila Maya sudah serentak dengan langkah mereka.

"Saya kelas tingkatan dua Mirwana." Ujar Maya sambil membetulkan tudungnya yang tidak kemas akibat berlari tadi. 

Yazmin dan Hanie memandangnya serentak."Yeay! Kita sama!" Sorak Yazmin manakala Hanie sekadar tersenyum kecil.

"Sudahlah. Mari ke sekolah." Ajak Niysa yang sentiasa serius. Langkahnya dilajukan.

∆∆∆∆∆

Niysa, Aisyah dan Aineen duduk berdekatan. Mujurlah terdapat empat meja yang disambung sekaligus dan tiada sesiapa pun yang duduk di situ. Namun, meja di sebelah Niysa tiada pemiliknya.

"Saya takutlah. Tiada sesiapa di sebelah saya." Kata Niysa sambil menjeling meja di sebelahnya.

"Kenapa?" Soal Aineen.

Aisyah menepuk bahu Aineen perlahan. "Dia kan boleh nampak 'itu'."

"Ooo.. Baiklah, mari saya tukar tempat dengan awak." Kata Ainin sambil tersenyum. Dia bangkit dan menuju ke tempat Niysa.

"Syukran ya Aineen." Ucap Niysa gembira. Dia bersyukur mempunyai sahabat yang memahami.

Kemudian, mereka bertukar tempat.

∆∆∆∆∆

Di kelas 2 Mirwana, Hanie dan Yazmin duduk bersebelahan kerana hanya terdapat dua tempat kosong.

Hanie agak tidak fokus kerana jodohnya terdapat di dalam kelasnya. Pancaran tali merahnya yang terang itu membuatkan dia tidak keruan. Buku yang dibacanya itu pun tunggang-terbalik jadinya.

Yazmin pula sibuk mengulang kaji. Sememangnya, dia tidak suka membaca fikiran orang melainkan terpaksa. Jadi, lebih baik menyibukkan diri daripada membuang masa.

"Assalamualaikum. Budak baru ke?" Soal seorang pelajar lelaki yang berada di hadapan mereka berdua. Perlahan-lahan mereka mengangkat wajah.

Hanie tersentak seketika apabila yang menegur itulah seorang lelaki. Dia tidak biasa bercakap dengan orang lain terutamanya insan yang bernama lelaki. Perlahan-lahan, tali jodoh semakin tidak kelihatan.

Maaf, kami tidak dibenarkan bercakap dengan lelaki melainkan perkara penting.

Yazmin memberikan sekeping surat yang tertera tulisan tersebut kepada pelajar itu.

Pelajar itu membacanya. Dia memandang Yazmin lalu mengangguk perlahan. Kemudian, dia berlalu pergi.

"Aah!!" Jerit Hanie perlahan.

Yazmin menoleh ke arah Hanie. "Kenapa?"

Wajah Hanie menjadi mendung. Dia menunjukkan jari kelingkingnya. "Tali itu sudah tiada. Dah hilang." Sedih sahaja suaranya.

"Kenapa?" Tanya Yazmin dengan kerutan di dahi. Dia memandang jari Hanie, tetapi tiada apa pun yang dapat dilihatnya.

"Saya rasa, mungkin sementara sahaja Allah beri saya nampak tali jodoh saya. Tapi tidak mengapa, saya bersyukur." Hanie berkata tenang. Walaupun dia tidak sempat melihat wajah sang penyambung tali, dia tetap bersyukur atas kurniaNya.

Wajah yang sedih tadi sudah berubah kepada ceria semula. Lega hati Yazmin.

"Sudahlah. Sekejap lagi, ustazah akan masuk." Ujar Yazmin.

Hanie membuat muka. "Ehem, cik Yazmin. Di sini, kita kena panggil cikgu."

Maya yang berada di seberang meja Yazmin melambaikan tangan. Hanie dan Yazmin melambai semula dengan senyuman.

Tiada sesiapa duduk di sebelah Maya. Hanya meja dan kerusi kosong tidak berpenghuni. 

'Kasihan Maya.' Getus hati mereka berdua serentak.

Akademi Dary : Sixth SenseWhere stories live. Discover now