Bab 12

9.2K 713 14
                                    

"Maaf kak, saya berpuasa dan tidak membawa duit. Lagipun, saya baru sahaja dihantar ke sini semalam." Ujar Hanie dengan sopan dan lemah lembut.

Ketua 'gangster ' itu bercekak pinggang. "Hei budak. Nama aku Yati dan aku tak kisah kau puasa atau tak. Janji kau bagi duit kau." Ujarnya garang di hadapan Hanie.

Hanie mengawal kemarahannya. "Akak... Saya dah cakap, saya tak bawa duit." Balasnya keras. Penumbuknya dikepal-kepalkan manakala nafasnya dikawal perlahan.

Namun, senyuman sinis pula terpapar di wajah Yati. Niat Hanie untuk berbincang dengan baik ranap begitu sahaja. Dia dapat rasakan bahawa Yati tidak akan mendengar kata-katanya.

'Aduh, Mana yang lain ni.' Bisik hati Hanie. Kakinya sudah bergerak untuk melarikan diri.

"Kau orang, serang si penipu ni." Arah Yati sambil menuding ke arah Hanie. Ahli kumpulannya yang sedari tadi hanya menelinga kini bergerak pantas. Mereka segera meluru ke arah Hanie.

"Ahhhh!!"

∆∆∆∆∆

Kehilangan Hanie membuatkan Aineen tidak duduk. Sejak mengikuti program ini, Hanielah yang paling rapat dengannya. Dia hanya mampu menunggu sambil menongkat dagu dengan kedua-dua berlakang tangan. "Haish... Mana Hanie ni?" Soalnya resah.

Niysa yang baru tiba mengambil tempat di sebelah Aineen. "Ha, kenapa ni?" Dia bertanya apabila riak muka Aineen sudah berubah. Gadis itu sentiasa tampak gembira tetapi kali ini, apa jadi dengannya?

"Mana Hanie? Saya tidak nampak pun dia." Tanya Yazmin yang sibuk bermain dengan pensel.

"Itulah. Tadi dia kata nak cari novel, tapi dia tak datang-datang." Terang Aineen seraya melihat sekeliling. Tiada kelibat gadis kecil yang dapat dijumpainya.

Aisyah pula sempat melirik jam di tangan. "Hmmm... Dah nak habis rehat ni."

Buku yang berada di hadapan tidak lagi menarik perhatiannya. Aineen bangkit lalu berlegar-legar di sekitar rak berdekatan. Kemudian, dia terjumpa sebuah pin di atas lantai. Pin tersebut diambil lalu dibawa ke meja mereka itu tadi.

"Ini bukan ke pin Hanie? Nah Aisyah, cuba awak tengok masa lepas tentang pin ni." Ujar Aineen sambil memberi pin itu kepada Aisyah.

"Ha'ahlah. Pandai awak, Aineen." Puji Niysa.

Aisyah mengambil pin itu. Dia memandang ke satu bahagian lalu mulutnya terkumat-kamit berkata sesuatu.

"Hanie sedang melihat jarinya. Kemudian, dia bangun dan berkata sesuatu pada Aineen lalu menuju ke sebuah rak. Selepas itu, pin ini tercabut dan terjatuh di bahagian rak depan sana tu. Done." Ulasnya lalu meletakkan pin itu di atas meja.

Yazmin mengeluh kecil. "Tak cukup bukti. Sudahlah perpustakaan ini besar walaupun perpustakaan akademi kita lagi besar. Jomlah, mari kita cari dia."

Mereka mengangguk setuju. "Jom!"

∆∆∆∆∆

Hanie berlari meninggalkan enam orang konco-konco yang sedang mengejarnya. Dia memasuki setiap lorong rak buku tersebut. Cuba kalian bayangkan, besarnya dua kali ganda dari perpustakaan negara.

"Jangan kacau saya! Pergilah cari orang lain! Demi Allah, saya tak bawa duit hari ini." Jerit Hanie mempertahankan diri.

'Ya Allah, Hanie. Suara itu aurat.' Getus hatinya yang mengingatkan diri sendiri. Sekiranya jeritan itu didengari ramai, tidakkah malu dia nanti? Mujur tiada pelajar di bahagian dia melarikan diri.

Yati juga turut mengejar dari belakang. "No. Tak ada sesiapa pernah tolak permintaan aku. Jadi, aku tak akan lepaskan kau sampai bila-bila!"

Hanie memasuki sebuah lorong di bahagian kanan lalu bersembunyi di dalam tandas. Yup! Perpustakaan ini ada tandas.

"Buka pintu ini penipu!" Laung Yati. Dia mengetuk pintu tersebut berkali-kali.

Yazmin, Niysa, Aineen dan Aisyah yang kebetulan ternampak beberapa orang murid perempuan sedang berlari, segera mengikuti mereka. Mereka berempat agak terkejut apabila terlihat murid yang dikejar oleh mereka ialah Hanie.

"Hoi!!" Jerit Yazmin sambil menuding dari belakang. Kakinya dijarakkan dan dirinya dibongkokkan. Pelajar-pelajar senior itu terkejut lalu berpaling.

Niysa menggeleng perlahan. Yazmin ini, gayanya memang tak ubah seperti lelaki. Kerja dia mahu menjerit dan bermain sahaja. Berapa banyak kali nasihat harus diberi?

Yati mendekati mereka berempat dengan jalan ala-ala gangster. Ceit!

"Kau apa hal? Sibuk tepi kain orang kenapa?" Soal Yati dengan suara garau.

Jasmin dan Fatehah yang sedang mencari buku di kawasan itu sibuk menelinga.

"Tak. Saya cuma nak ingatkan akak, jangan janggu kawan kami." Pesan Yazmin dengan tegas. Gayanya diperkemaskan apabila ditegur oleh Niysa dengan pukulan kecil di bahu.

Tiba-tiba Yati menarik tudung Yazmin. "Hoi budak tudung labuh,kau jangan nak arah-arah aku okey!" Tegasnya di hadapan wajah Yazmin. Yazmin meronta-ronta untuk dilepaskan.

Aineen menolak bahu Yati perlahan bagi menjauhi Yazmin. Dia menarik Yazmin ke arahnya sebelum bersuara."Akak, ingat dosa. Ingat Allah. Ingat-"

Pang! Satu tamparan hinggap pada pipi Aineen.

"Kau jangan nak takutkan akulah! Kau ingat aku takut ke?!" Marahnya.

Aisyah memegang bahu Aineen yang hampir terjelepok. Pipi Aineen yang merah menampakkan kesan tamparan.

Niysa pula sudah menjauhkan diri. 'Ya Allah, banyaknya makhlus halus dengannya.' Bisik hatinya.

Konco-konco yang lain pula cuba untuk membuka pintu tandas. Ada juga yang bersama Yati mengganggu empat orang gadis itu.

Aisyah memandang Yati dengan geram. "Akak, saya nak tanya. Akak Islam kan?" Kemarahannya tidak lagi dapat dibendung.

"Kau dah nampak aku pakai tudung kan? Mestilah!" Kata Yati, angkuh. Dia mula berpeluk tubuh.

"Akak kenal Allah kan?" Soal Aisyah lagi.

Yati menggeleng kesal. "Tsk, tsk, tsk. Mestilah aku tahu. Apa ke cerdik punya soalan."

Aisyah memberi Niysa pula peluang untuk berkata.

Niysa menjongketkan sebelah keningnya. Dia menarik nafas dalam sebelum berkata.

"Kalau ya, akak patut ingat Allah. Ingat Allah tu sentiasa lihat kita, sentiasa berada dengan kita. Akak sepatutnya berasa takut dengan Allah kerana dia boleh ambil kehebatan akak dalam sekelip mata sahaja. Malaikat juga sentiasa mencatat segala perbuatan kita. Akak nak menjawab dengan saya, jawablah sekarang. Nanti kalau Allah tanya, akak nak jawab apa?"

Yati dan konco-konconya terdiam bagaikan ada sesuatu yang mengunci mulut mereka. Mereka berdiri kekok di situ tanpa berkata apa-apa. Hanie yang sudah berasa selamat, keluar dari tandas lalu mendapatkan sahabat-sahabatnya.

"Sudah, mari pergi." Ajak Yazmin dan Aisyah. Aineen pula memeluk Hanie. Sempat lagi pin yang terjatuh itu tadi diberikan pada pemilik asal. Melihatkan keadaan itu, Niysa tersenyum manis. Setiap masalah yang terjadi, pasti ada penyelesaian.

Akademi Dary : Sixth SenseWhere stories live. Discover now