Bab 35

6.6K 543 20
                                    

Bas mula memasuki lorong yang dipenuhi dengan pokok-pokok yang subur dan bunga-bunga yang mekar di tepinya. Sepanjang jalan itu, tumbuhan yang menghiasi bakal menarik perhatian mereka yang pertama kalinya berkunjung ke sini.

"Wah! Laluan apa ni?" Soal Maya sambil meletakkan tangannya pada tingkap bas. Matanya meliar melihat ke sana sini.

Niysa memandang ke luar tingkap. "Oh! Ini ialah laluan untuk ke Akademi Dary." Ujarnya sambil tersenyum.

Maya mengangguk. Mukanya dilekapkan pada tingkap bas. "Cantiknya!"

Fazli hanya menggelengkan kepalanya. Muka bosan ditayangkan.

Bas berhenti daripada terus berjalan. Para penumpang terdiam.

"Kenapa berhenti?" Soal Umi, Hanif, Hanani, Hana, Maya, Fazli dan Ahnaf serentak. Syahirah hanya merenung gadis-gadis itu.

"Kita dah sampai!" Balas kelima-lima gadis itu serentak.

Pelajar-pelajar baru itu berpusu-pusu keluar dari bas. Akibat tidak pandai mengawal keterujaan mereka, mereka semua tersangkut pada permukaan pintu bas.

Bang!

Terjatuh semuanya dari bas serentak. Tergolek-golek mereka di atas tanah.

"Itulah! Lain kali, beratur sebelum keluar dari bas. Ingat!" Tegur Cikgu Fazleenda lalu melangkah turun dari bas.

Pelajar-pelajar tersebut mengangguk. Yalah, Cikgu Fazleenda sudah menjadi guru mereka sekarang ini.

"Hahaha... Kan dah kena marah." Ujar Yazmin sekadar berlawak.

"Sudahlah tu, mari kita masuk." Ajak Niysa. Mereka semua mendekati pagar sekolah. Kelihatan ramai pelajar berbaris di sisi laluan pelajar.

Aisyah dan Aineen menghampiri Cikgu Fazleenda yang tersenyum bangga. "Apa semua ini, cikgu?"

Cikgu Fazleenda ketawa kecil. "Mereka menyambut kepulangan kamu semua."

Melangkah sahaja ke kawasan sekolah,

"Wah! Tahniah!"

"Nama awak siapa?!"

"Hebatnya awak semua!"

"Beraninya kalian!

"Melepas saya nak pergi tau!"

"Uish, perempuan lebih berani daripada lelaki lah!"

Cikgu Fazleenda menjeling semua pelajar. "Sudahlah itu. Asyik bersorak saja."

Hanie, Aisyah, Niysa, Yazmin dan Aineen mendekati sahabat-sahabat mereka yang lain lalu berpelukan.

"Awak! Lamanya awak pergi. Saya kebosanan tahu tak?" Ujar Arissa geram. Dia memuncungkan bibir.

Aisyah ketawa mendengar kata-kata sahabatnya itu. "Awak rindu ke? Hehe..."

Arissa mengangguk laju. "Mestilah rindu!"

Selepas berbual bersama, Aisyah mencari kelibat Umi. Apabila ternampak gadis itu, dia segera memanggil. "Kak Umi, sini!"

Umi yang terdengar jeritan itu menarik Syahirah sekali bagi mendekati Aisyah dan Arissa. "Ya?"

"Arissa, ini kak Umi. Dia ada deria keenam yang sama macam awak." Jelas Aisyah.

Arissa berasa teruja. "Wah! Assalamualaikum kak Umi. Nama saya Arissa Sophia!"

Umi mengangguk seraya tersenyum. "Waalaikumussalam. Nama akak, Umi. Ini kawan akak, nama dia Syahirah." Dia mendekati Arissa lalu berbisik. "Dia bisu orangnya."

"Ooh..." Balas Arissa, perlahan. Kepalanya terangguk-angguk.

Aisyah memandang sekeliling. Di suatu sudut, Niysa, Yazmin, Aineen dan Hanie sedang berkumpul bersama.

"Arissa, saya nak pergi jumpa mereka, ya." Pinta Aisyah. Arissa mengangguk lalu mula berbual bersama Umi dan Syahirah.

Aisyah mendekati kumpulan tersebut. "Assalamualaikum semua."

"Waalaikumussalam." Jawab keempat-empat gadis itu serentak.

Niysa menghela nafas lega. "Alhamdulillah. Habis juga tugasan kita, ya."

"Ya! Tak sangka kita akan buat kerja besar, berat, hebat,mencabar dan unik!" Ujar Aineen, teruja. Walaupun hanya mencari pelajar seperti mereka, setiap cabaran yang dilalui adalah agak berat bagi seorang yang hanya bergelar pelajar.

Yazmin melompat kecil. "Betul itu!" Setujunya.

Sedang mereka berbual gembira, Hanie pula sibuk melihat gelagat manusia.

Fazli dan Ahnaf sedang berbual dengan sekumpulan pelajar lelaki. Wow! Mereka berdua sedang berbual bersama pelajar yang digelar 'pemain kompang' di akademi ini.

Hanif yang ditinggalkan pula bersandar di dinding seorang diri. Dia sedang melihat Hanani dan Hana yang sibuk melayan pelajar-pelajar yang bertanya bermacam-macam soalan.

Maya yang terlebih ramah ini, habis semua orang disapanya. Nasib baiklah pelajar-pelajar di akademi ini ramah-ramah belaka.

Umi dan Syahirah, masih lagi berbual bersama Arissa. Teman sepermainan Aisyah dan dikenali sebagai anak kepada seorang usahawan terkenal.

Secara tiba-tiba, Hanie seperti tersedar akan sesuatu. Dia menoleh ke arah keempat-empat sahabatnya yang berbual riang.

"Awak semua." Panggilan Hanie yang serius menggamit perhatian sahabat-sahabatnya.

Mereka berempat terus berhenti berbual. "Ada apa Hanie?"

"Kalian terlupa tentang sesuatu bukan?" Soal Hanie dengan wajah serius.

Aineen, Niysa, Aisyah dan Yazmin mendiamkan diri. Masing-masing sedang memikirkan sesuatu.

Hanie mengeluh perlahan.

"Kita kena cari kitab itu."

Akademi Dary : Sixth SenseWhere stories live. Discover now