Bab 13

9.1K 694 12
                                    

Kring!! Bunyi loceng bergema membingitkan telinga. Namun, bunyi yang mengganggu pendengaran itulah yang menyeronokkan para pelajar.

"Alhamdulillah. Habis juga persekolahan hari pertama ini walaupun sangatlah memenatkan." Ujar Yazmin gembira sambil memeluk tangan Aisyah.

Sahabat-sahabatnya hanya tersenyum kecil memandangnya. Ya, mereka menghadapinya bersama.

Sambil berjalan menuju ke dorm, mereka berbual rancak. Sehinggalah semuanya terdiam tatkala melalui di taman yang agak suram. Pepohon melentok-lentok mengikut tiupan angin. Daun-daun mula berguguran tanpa dipinta. Suasana seram muncul secara tiba-tiba.

"Tolong... Tolong..." Suara seseorang meminta tolong dapat didengari oleh mereka dengan jelas.

Aineen sudah menggigil di tempatnya. "Aduhai... Kenapalah kita punya dorm ni jauh sangat!"

"Shh... Shh...!" Aisyah menyuruh Aineen diam.

Mereka mengunci mulut. Kaki pula terasa berat untuk melangkah. Rasa takut itu bagaikan menguasai diri.

"Kalian... Jangan tinggalkan saya... Wu... Tolong.... Tolong..." Pinta suara itu lagi. Semakin lama semakin dekat.

Hanie menyenggol lengan Niysa. "Niysa, awak nampak apa-apa tak?" Soalnya sambil turut memandang sekeliling.

"Rasanya hantu itu tidak boleh nak tunjukkan diri dia." Kata Niysa separa berbisik. Matanya melilau ke sana sini.

"Ya Allah, kenapa kalian tidak tolong saya?! Saya sudahlah terjatuh dalam longkang yang dalam tadi." Ujar Yazmin yang muncul di hadapan keempat orang gadis itu sambil mengesat air matanya. Bajunya kelihatan kotor.

Nampaknya, dia telah terjatuh sewaktu sahabat-sahabatnya sedang seronok berbual. Tanpa disedari, dia telah tertinggal di belakang. Mujur sekali dia mampu memanjat persis seorang ninja walaupun kesakitan. Pakai baju kurung pula tu.

Aisyah menekup mulutnya menggunakan tangan akibat terkejut. "Maaf, saudari. Kami tak perasan. Sorry." Pohonnya bersungguh-sungguh.

Yazmin merengus geram. Dia berjalan laju ke hadapan menuju ke dorm.

"Yazmin, tunggu kami!" Jerit sahabat-sahabatnya serentak lalu mengejarnya.

∆∆∆∆∆

Maya merebahkan diri ke atas katil. Dia pulang awal dari sekolah kerana tidak tahan mahu membuang air kecil.

"Eh! Labah-labah. Hai." Sapanya pada labah-labah kecil yang sedang mendaki tiang katilnya.

"Awak nak pergi mana? Tak boleh naik atas. Atas itu katil Niysa. No, jangan naik." Katanya lagi sebelum menangkap labah-labah yang laju sahaja bergayut pada sawangnya.

Dia berbual-bual sehinggalah pintu dorm terbuka. Jasmin dan Fatehah melangkah masuk.

Mereka berdua memandang Maya sekilas lalu menuju ke katil masing-masing. Mereka membersihkan diri dan kemudian menukar baju. Selepas itu, mereka keluar semula.

Maya menggelengkan kesal. "Labah, cuba awak tengok mereka itu. Mesti nak dating lagi kan? Saya harap lepas pergi Akademi Dary, saya akan hidup tenang di sana tanpa dibuli."

Akademi Dary : Sixth SenseWhere stories live. Discover now