Bab 46

5.2K 424 13
                                    

Niysa mundar mandir di dalam bilik tersebut. Dia serabut!

"Aduhai, Mana Ahnaf, Hanif dan Fazli ni?" Rungut Maya. Mereka menyuruh ketiga-tiga jejaka itu ke lorong tadi semula untuk mencari jalan keluar.

Hana dan Hanani duduk bersila di atas lantai. Mereka hanya melihat Aineen, Aisyah dan Yazmin yang semakin lemah.

Umi membaca surah-surah yang pernah dihafal. Syahirah pula sudah terlelap di sebelahnya.

Hanie menongkat dagu. "Agaknya apa yang sedang berlaku terhadap mereka, ya?" Persoalan itu menerjah ke mindanya.

♢♢♢♢♢

Aineen terasa semakin bertenaga. Entah kenapa, dia rasa semakin bersemangat. Semakin galak dia melihat masa depan manusia.

Azwan tersenyum senget. Nampaknya, semakin berkurang tenaga Aineen di luar sana, semakin bertambah tenaga Aineen di sini. Dia gembira. Adiknya pasti akan hidup bersamanya selepas ini.

"Abang, jom lawat masa depan mama dan abah nak?" Soal Aineen. Azwan tersenyum lalu mengangguk.

Inilah saat yang paling ditunggunya.

♢♢♢♢♢

Aisyah gembira tatkala terlihat sebuah hospital yang besar. Hospital yang menyaksikan kelahirannya di sini.

"Wah! Nenek, jom kita tengok mak lahirkan Aisyah! Abah pun mesti ada sekali." Ajaknya lalu menarik tangan neneknya dengan penuh gembira.

Wanita tua itu tersenyum simpul. "Baiklah, cu... Mari kita pergi."

♢♢♢♢♢

Yazmin berbaring di atas lantai. Raudah pula berbaring di sebelahnya.

"Penatnya." Ucap Yazmin. Dia sudah bosan.

Raudah menjeling Yazmin. "Awak tak nak baca fikiran sesiapa lagi?" Soalnya.

Yazmin menggelengkan kepala. "Tak naklah. Hampir setiap hari saya baca fikiran orang."

"Macam mana saya nak keluar dari sini?" Tanya Yazmin, gelisah. Sungguh, dia mahu keluar dari tempat ini.

Tiba-tiba Raudah ketawa kuat. "Keluar dari sini? Hahahaha... Tak boleh Yazmin, saya tak benarkan. Awak akan hidup bersama saya selepas ini!" Dia menjerit lalu mencekik leher Yazmin.

Yazmin tercungap-cungap mengambil nafas. "Rau-Raudah! Apa.... Apa awak cuba buat ni?"

Raudah semakin galak mencekik. "Tak ada sesiapa yang akan selamatkan kau! Hahaha!"

Yazmin memegang tangan Raudah yang sedang mencekiknya.

"Kawan-kawan... To- Tolong.. Say- Ya..."

♢♢♢♢♢

"Sejak kita masuk dekat sekolah ni balik, awak buang ke benda yang pengetua kasi tu? Yang letak dalam telinga tu." Soal Hanie.

Niysa menggeleng. "Saya tak buang. Saya bagi balik kat pengetua." Jawabnya.

"Saya pun." Balas Hanie, pasrah.

Tiba-tiba cahaya yang menembus ke tubuh Yazmin semakin malap. Tubuh Yazmin menggelupur hebat.

"Kenapa ni??!!" Jerit semua yang berada di situ dengan kuat.

Hanie menjerit kuat. Akibat tidak sanggup melihat keadaan sahabatnya, dia memasukkan kaki kanannya ke dalam kawasan merah manakala kaki kirinya pula di luar kawasan merah.

Tangan Yazmin direntap kasar.

Tanpa disangka, Yazmin tertarik keluar daripada kawasan tersebut tanpa apa-apa masalah. Hanie pula terselamat.

Semua membulatkan mata. Termasuklah sang jejaka yang baru beberapa minit tiba di situ.

"Yazmin... Yazmin..." Ucap Maya lalu berlari menuju ke arah Yazmin. Dia memeluk Yazmin yang masih tidak sedarkan diri.

Niysa memandang Aisyah dan Aineen.  Idea menerjah ke kotak mindanya.

"Nampaknya, saya ada idea tentang cara untuk keluarkan mereka." Kata Niysa, bangga.

"Bagaimana?" Soal Umi, Hana dan Hanani, serentak.

Semua yang berada di situ sudah bersedia untuk mendengar. Masing-masing memberikan perhatian penuh pada Niysa yang sudah bercekak pinggang di hadapan mereka.

"Macam ini..."

Akademi Dary : Sixth SenseWhere stories live. Discover now