Bab 26

6.6K 544 13
                                    

"Akademi Dary, ya?" Ucap Umi selepas mendengar kenyataan kelima-lima gadis itu. Syahirah yang berada di sebelah hanya memandang sahabatnya itu dengan wajah yang penuh dengan harapan.

Yazmin, Niysa, Hanie, Aisyah dan Aineen menunggu jawapan dengan hati yang berdebar-debar. Hanif, Hanani dan Hana pula sibuk bermain dengan sebuah buku tebal.

Umi memandang Syahirah. Syahirah yang faham dengan pandangan itu mula membuat bahasa isyarat. Umi mengangguk-angguk faham.

Umi menguntum senyuman manis. "Baiklah. Demi masa hadapan kami, kami berdua setuju." Balasnya tenang.

Kelima-lima gadis itu membulatkan mata. Sejurus itu, mereka bangun lalu bersorak kegirangan.

"Assalamualaikum semua." Sapa seseorang dari belakang. Mereka semua berpaling bagi melihat sang gerangan. Kelihatan Maya dan Fazli sedang tersenyum ke arah mereka.

Hanie segera berlari ke arah Maya. "Ha, kalian keluar berdua sajakah? Ada orang ketiga tidak?" Dia memerhati sekeliling mereka berdua lalu memandang Niysa. "Ada 'orang' ketiga tak?"

Niysa menjongketkan bahunya. "Manalah saya tahu. Saya bukannya boleh nampak semua."

Hanie memasamkan muka. "Aduh. Macam-macam betullah." Keluhnya perlahan.

Semua yang berada di situ tertawa besar.

Yazmin menoleh ke arah Niysa. "Hei. Bila kelebihan awak nak upgrade ha?"

Niysa menjongketkan bahunya lagi. "Manalah saya tahu."

Fazli dan Maya mengambil tempat berdekatan dengan mereka semua. Selepas itu, Aisyah memperkenalkan ahli baru mereka kepada Maya dan Fazli.

"Okey. Nampaknya, banyaklah ahli kita nanti." Kata Fazli, seronok.

Aineen menongkat dagunya di atas meja lalu mengeluh kecil. "Masih ada lagi seorang yang belum kita jumpa."

"Ya." Ujar seseorang dari arah pintu. Mereka semua menoleh dan kelihatan Zulhelmi sedang tersenyum sinis ke arah mereka.

"Manusia macam kamu semua ni memang patut dihapuskan hidup-hidup." Tutur Zulhelmi dengan suara garau tiba-tiba. Semua yang berada di situ menjadi gerun.

Hanif mengerutkan dahinya. "Bukan abang sama macam kami ke?" Soalnya hairan. Kedua-dua kembarnya mengangguk bagi mengiyakan.

"Kau diam!" Marah Zulhelmi. Jarinya dituding pada Hanif.

Niysa lekas berdiri. "Tak baik cakap macam tu tau. Awak tak belajar ke?"

Zulhelmi mengangkat tangannya dan perbuatan itu menyebabkan Niysa terhumban ke dinding secara tiba-tiba. Terbeliak mata sahabat-sahabatnya yang lain.

"Kau jangan masuk campur. Sebab manusia macam kaulah yang menyebabkan umat kami terseksa. Kau tahu tak?!" Jerit Zulhelmi. Jeritan itu menggegari seluruh perpustakaan yang besar binaannya.

Niysa mengerang kesakitan. Matanya yang kabur digerakkan bagi melihat Zulhelmi.

Mata Niysa membulat. "Saya nampak... Saya... Nampak..."

Akademi Dary : Sixth SenseWhere stories live. Discover now