Bab 47

5K 408 2
                                    

Yazmin lemas. Lehernya yang dicekik oleh Raudah terasa sempit.

"Raudah... To- Tolong lepaskan... Saya." Pintanya, tersekat-sekat.

Raudah ketawa geli hati. "Lepas ini, awak duduk dengan saya. Kita bersama-sama menuju ke neraka. Awak tunggu, ya?"

"Apa awak cakapkan ini Raudah?!" Jerit Yazmin yang semakin lemah.

Raudah tersenyum sinis. "Saya cakap apa yang saya cakap."

Tiba-tiba Yazmin merasakan dirinya seperti berada diawang-awangan. Dia melihat ke bawah. Kelihatan Raudah meraung kuat.

"Tidak!! Yazmin, awak tak akan terlepas!" Jerit Raudah lalu terapung bagi menyerangnya.

Poof!

Yazmin hilang dari pandangan. Dalam masa yang sama, semuanya menjadi gelap.

♢♢♢♢♢

"Disebabkan keberadaan Aineen yang jauh di tengah, kita perlukan tiga orang yang akan menyelamatkan mereka." Ujar Niysa, cemas. Cemas kerana cahaya yang menembusi tubuh Aineen semakin malap.

Hanif, Hanani dan Hana diarahkan untuk berpegangan tangan. Lalu, mereka memulakan langkah.

Hana memasuki kawasan. Hanani pula berada ditengah-tengah garisan manakala Hanif pula berada diluar garisan.

Tangan Aineen dicapai. Aineen sempat ditarik keluar sebelum cahaya tersebut memakan dirinya.

"Alhamdulillah." Ucap semua yang berada di situ.

Dua sudah diselamatkan, seorang lagi sahaja yang tinggal.

♢♢♢♢♢

Aineen berlari masuk ke dalam rumahnya yang sudah moden. Azwan setia menemaninya di sebelah.

"Eh, kenapa ramai orang ni?" Tanya Aineen sambil mengamati keadaan sekeliling. Dia melihat ramai saudara mara-nya sedang membaca surah Yaasin.

Azwan tersenyum sinis tatkala melihat Aineen yang terlihat dirinya dikapan kemas.

"Abang! Apa semua ni?!" Soalnya, kuat. Luluh hatinya melihat dirinya sendiri berada di situ.

Tawa Azwan yang pada mulanya perlahan semakin lama semakin kuat. "Kamu akan mati, Aineen. Sebab, abang yang akan bunuh kamu. Wahahahaha..."

Aineen melangkah setapak ke belakang. "Apa yang abang cakap ni?! Jangan mengarut boleh tak?"

Azwan menerpa ke arah Aineen. Aineen segera melarikan diri dengan berlari ke arah tangga.

Belum sempat kakinya mencecah anak tangga, keadaan menjadi gelap gelita.

♢♢♢♢♢

"Disebabkan cahaya Aisyah masih cerah, kita perlu selamatkan dia secara perlahan. Takut sahaja jika dia diapa-apakan." Cadang Hanie. Wajahnya kelihatan amat serius.

Umi dan Syahirah mengangguk. Begitu juga Maya.

Fazli dan Ahnaf pula hanya duduk bersila si atas lantai sambil menongkat dagu. Hm... Bosan.

"Maya dan kak Umi, kalian perlu berada di luar garisan. Saya akan berada di tengah garisan manakala Hanie dan kak Syahirah pula berada di dalam kawasan. Saya rasa, kak Syahirah perlu menarik Aisyah keluar kerana akak yang boleh mengesan ketakutan seseorang. Saya tak nak akak terganggu bila sahabat-sahabat saya yang lain berasa takut." Jelas Niysa.

Semua mengangguk faham. Mereka menjana posisi.

Syahirah cuba mencapai tangan Aisyah yang jauh kedudukannya.

Dia hendak memberitahu semua yang dia tidak boleh melakukannya namun, kekurangannya menyukarkan keadaan tersebut. Suara yang diingininya selama ini tidak akan terkeluar.

Alamak! Cahaya yang menembusi tubuh Aisyah semakin malap. Gadis itu di dalam bahaya!

Akademi Dary : Sixth SenseWhere stories live. Discover now