Bab 39

6K 481 2
                                    

Umi dan Syahirah menghampiri sebuah meja sambil menatang sedulang makanan. Mereka meletakkan dulang tersebut ke atas meja. Kemudian, mereka duduk dengan selesa. Keadaan kantin yang tenang itu diamati dengan penuh asyik.

"Wah! Makanan di sini menarik! Macam-macam ada." Puji Umi lalu menadah tangan untuk membaca doa.

Maya menganguk laju tanda setuju. "Ha'ah kan? Bestnya!"

Hanie ketawa kecil. "Yup! Dekat sini memang ada macam-macam." Balasnya mesra.

"Nanti kita pergi solat sunat Dhuha, ya?" Ajak Niysa. Semua mengangguk.

Keadaan yang semakin panas membuatkan mereka sedikit tergesa-gesa. Mereka sudah melakar pelan untuk melawat akademi apabila semua acara selesai.

Aineen meneguk air suam dengan rakus. "Alhamdulillah." Ucapnya lalu meletakkan cawan ke atas meja.

"Oh! Kalian tak ingat ke pasal kitab tu?" Soal Yazmin, sedikit berbisik. Risau jika ada telinga yang turut mencuri dengar.

Aisyah mengangguk laju. "Mestilah ingat. Tak akanlah tak ingat."

"Jadi, apa tunggu lagi?" Maya yang memang sukakan cabaran berasa teruja. Selepas itu, dia sempat melirik sekeliling. "Kejap, mana Fazli?" Soalnya.

Umi tersenyum penuh makna. "Kamu berdua ni, ada apa-apa ke?"

Darah menyerbu ke wajah Maya. Dia tertunduk.

Syahirah menoleh ke arah dewan makanan pelajar lelaki. Dia terlihat Ahnaf, Fazli dan Hanif sedang berbual bersama-sama.

Hana dan Hanani pula bercerita sambil bersantap gembira. Sekejap mereka bercerita, sekejap terhenti. Apa-apa jelah mereka ni.

Aineen menepuk meja. "Kejap, saya terlupa sesuatu."

"Apa dia?!"

"Patutlah tak ramai ke dewan makan hari ni. Bukan ke kita semua kena pergi Dewan Suria untuk penyampaian hadiah?!" Tutur Aineen, lantang. Matanya membulat.

Sehinggakan Ahnaf, Fazli dan Hanif yang berada di seberang pun mendengar suaranya itu.

"Ha'ahlah! Jom!" Jerit Yazmin pula.

Tergopoh-gopoh mereka semua meninggalkan dewan makan akademi itu.

Akademi Dary : Sixth SenseNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ