Special #7: Kill

373 43 112
                                    

Jiyoung melangkah dengan berhati-hati ke arah wad VIP yang menempatkan Lisa. Agendanya pagi ini, untuk menyelinap masuk ke dalam wad tersebut tanpa disyaki apa-apa orang lain.

Dia nampaknya bernasib baik kerana Kai mahupun Junho masih tidak datang memandangkan masih awal pagi. Baju cleaner telah siap disarung di badannya.

Untuk apa? Semestinya sebagai penyamaran. Dia tidak boleh masuk ke dalam wad sebagai 'Jiyoung' sebab cuma ahli keluarga sahaja yang dibenarkan untuk melawat buat masa sekarang.

Jiyoung menoleh ke kiri dan kanan untuk memastikan tiada siapa yang memandang pelik ke arahnya. Mukanya juga turut ditutup dengan mask. Segala jenis alat membersih dibawanya.

Dari mana dia dapat? Author pun tak tahu. Jiyoung ni licik orangnya.

Ok yelah bukan tak tahu tapi author malas nak fikir sebenarnya HAHAH I MINTA MAAF GAIS ;;

Setelah memastikan tiada siapa lalu lalang di hadapan wad yang menempatkan Lisa, tanpa membuang masa, Jiyoung terus menyelinap masuk.

Tak lupa juga, pintu ditutup rapat. Matanya menangkap sekujur tubuh yang terbaring lemah di atas katil yang dicucuk dengan bermacam salur.

Jiyoung tersenyum jahat. Mask di mukanya dibuka. Now you're alone dear. Nobody's gonna help you. Desis Jiyoung di dalam hati.

Dia berjalan perlahan-lahan ke arah katil Lisa. Gembiranya dia melihat keadaan Lisa yang seperti tidak bernyawa itu. Terasa seperti kemenangan sudah berada di dalam genggaman tangannya.

Macam Kedah menang Piala FA kelmarin sobs sedih author Pahang kalah ;;

"Kesiannya kau sayang. Aku dah cakap kan dulu, kalau aku tak dapat Kai, kau takkan dapat Kai. Aku nak tuntut semula hak aku," Jiyoung mengusap lembut rambut Lisa sambil tersenyum penuh bermakna.

Kelakuannya kini tak ubah seperti seorang pesakit mental.

"Aku je yang layak dengan Kai. Tapi Kai sayangkan kau sangat so aku tak ada cara lain," sebaik sahaja kata-kata itu dituturkan Jiyoung, dia mengeluarkan picagari yang disimpan elok di dalam kocek seluarnya.

Inilah agenda utamanya.

"Kalau lah kau mati terus dalam kemalangan tu, tak adalah aku susah-susah nak buat ni sekarang. Tapi nampaknya kau liat nak mampus ya sayang," ujar Jiyoung. Jelas dia tidak suka kerana Lisa terselamat.

"Tapi tak apa. The fluid in this syringe is gonna send you to heaven, darling," sinis kata-kata yang diungkap Jiyoung. Sememangnya jika cecair beracun itu dimasukkan ke dalam salur IV Lisa, boleh menyebabkan serangan jantung dan terus memberhentikan degupan jantungnya.

Picagari di tangannya mula mencari salur IV untuk dicucuk dengan cecair potassium.

"Hm yang ini ke eh? Ke yang ni? Eh tak, yang ini lah," omel Jiyoung berseorangan lalu dia tertawa sendiri. Gembira kerana Lisa tak mampu untuk berbuat apa-apa.

Krekkkk.

Tanpa disangka, pintu wad tiba-tiba sahaja dikuak dari luar. Terpacul seorang doktor lelaki yang merawat Lisa, Doktor Park. Tidak lupa juga Kai dibelakangnya.

"Puan Lisa nampaknya menunjukkan respons yang positif malam tadi, saya--"

"Ji?" Kata-kata Kai menyebabkan Doktor yang khusyuk memberikan penerangan tadi menoleh ke depan. Punyalah dia khusyuk hingga tidak perasan kewujudan Jiyoung sewaktu dia membuka pintu tadi.

Jiyoung kaku. Matanya tidak berkelip memandang Kai. Dia tidak menyangka Kai datang begitu awal. Sangkanya, dia sudah terlebih pandai.

"Ji buat apa dekat sini? Mana Ji......tahu......," suara Kai mula mengendur apabila terlihat pakaian yang dipakai Jiyoung. Baju cleaner? Kenapa Jiyoung pakai baju tu?

[C] Jaga-Jaga | Kai x Lisa | ✔Where stories live. Discover now