Special #5: Careless

319 51 24
                                    

Kai's POV

"Saya balik awal sikit hari ni. Rasa tak sedap badan. Kalau ada yang tanya, cakap je saya ada urgent matter," aku berpesan kepada Nicole sebelum melangkah masuk ke dalam pejabat.

Entah kenapa, sejak mesyuarat tadi aku rasa macam tak sihat. Hati pun rasa tak sedap je.

Setelah mengambil wallet dan kunci kereta, aku keluar semula daripada bilik pejabat untuk pulang ke rumah. Nasib baiklah hari ni tak ada kerja yang aku kena siapkan cepat.

Tet!tet!

Aku terus mengambil handphone di dalam kocek seluar yang bergetar menandakan ada panggilan. Skrin telefon dipandang.

Siapa pula ni? Aku tak ada simpan contact number pun.

Tanpa membuang masa, aku terus memgangkat panggilan tersebut. Mana tahu ada perkara penting ke kan.

"Ya?

"Lisa? Ya, saya suami dia. Kenapa ya" aku mula berasa berdebar-debar. Kenapa ni?

"Ke-- kemalangan?"

"Baiklah, terima kasih saya datang sekarang,"

Tanpa mendengar balasan daripada wakil pihak hospital , aku terus mempercepat langkah ke kereta.

Jantung aku semakin berdegup laju. Macam mana Lisa boleh kemalangan ni? Ya tuhan, patutlah aku rasa tak sedap hati daripada tadi.

Aku segera membuka pintu kereta. Sakit kepala tidak aku hiraukan. Aku risaukan Lisa! Aku tak tahu keadaan dia stabil atau tak sebab aku langsung tak sempat nak tanya.

Aku terus menghidupkan enjin kereta lalu memandu keluar dari bangunan tersebut untuk ke hospital. Dalam perjalan, aku tak putus-putus berdoa supaya Lisa selamat.

Lisa, jangan tinggalkan abang.

Please, be safe.


°°°

"Puan Lisa baru sahaja melepasi tahap kritikal tapi dia kini berada dalam keadaan koma. Saya tak pasti bila dia akan sedarkan diri. Saya harap encik dapat bersabar,"

Kata-kata doktor yang merawat Lisa membuatkan aku terduduk. Aku bersyukur Lisa tak kritikal tapi dalam masa yang sama, Lisa berada dalam keadaan koma. Perasaan aku bercampur baur.

Aku tak sanggup memikirkan kemungkinan Lisa tak akan sedarkan diri untuk tempoh masa yang lama. Tak!

Aku meraup wajah. Sudah beberapa jam aku berada di hospital. Rambut aku pun dah kusut habis.

"Kai?"

Aku menoleh ke arah si empunya suara. Oh, Junho.

"Lisa macam mana?" Tanya Junho sambil mengambil tempat disebelah. Rasanya dia pun baru pulang daripada pejabat melihat kepada baju kemeja yang dipakainya.

"Doktor kata dia dah tak kritikal tapi dia koma. Tak tahu bila dia dapat sedarkan diri," jawab aku perlahan.

Junho hanya mengangguk-anggukkan kepala tanda faham.

"Sabarlah Kai. Ni semua ujian untuk kita," dia menepuk-nepuk bahu aku. Aku menoleh ke arah Junho kembali.

"Hyung, aku--aku takut. Aku takut kalau Lisa tak bangun. Aku--" sekali lagi aku meraup wajah. Air mata yang aku tahan sedari tadi jatuh akhirnya.

[C] Jaga-Jaga | Kai x Lisa | ✔Where stories live. Discover now