Chapter 25.

414 73 75
                                    

"Sebab...."

Sengaja Kai melengah-lengahkan apa yang dia mahu katakan agar Lisa marah. Takde kerja lain ke Kai ni? Ish ish.

"Sebab apa? Aku benci orang cakap tak habis tau," ujar Lisa.

See? Aku tahu dah. Haha. Getus hati Kai. Ya ya, kata hati dia memang betul kalau perkara berkaitan Lisa.

"Sabar lah. Bagi lah abang sedut oksigen dulu," dia menarik nafas. Suka melihat riak wajah Lisa yang menunggu jawapan dia. Ala, sekali-sekala je bukan selalu kan?

"Sebab, Lisa ingat tak waktu dekat taman tu?" soal Kai.
Hm apahal ayat Kai ni pelik semacam? Abaikan.

"Taman? Ingat," Lisa mengangguk-anggukkan kepalanya tanda dia ingat. Gila tak ingat? Itulah hari yang membuatkan dia berkawan dengan Kai.

Hari itu dalam sejarah.

Tapi sejarah hidup Lisa lah. Hidup orang lain tak ada kena mengena. Termasuklah hidup author. L

"Abang perasan waktu abang dekatkan muka dengan Lisa," balas Kai lalu tersenyum manis. Manis sangat sampai bersemut.

"So? Aku tak faham apa kaitannya," Lisa meletakkan jarinya di dagu. Cuba mencari kaitan 'kenal Lisa kawan waktu kecil' dengan 'kai dekatkan muka'.

Nampak tak apa kaitan dia?

"Sabar ok. Abang tak habis cakap lagi," Kai tertawa kecil sambil menggelengkan kepalanya.Sungguh kurang penyabar isteri dia ni.

"Lepas tu abang terpandang subang Lisa. Sebelah bentuk love, sebelah lagi star. Abang yang bagi tu kat Lisa kan?" Kai mengangkat sebelah kening. Bangga sebab Lisa pakai subang dia bagi. Hek.

Lisa menyentuh telinganya. Ya, memang subang yang dia pakai tu pemberian Nini eh Kai sebelum Kai berpindah. Tapi macam mana Kai boleh pasti sangat?

"Tapi macam mana kau boleh sure sangat? Mestilah banyak je subang macam ni kat dunia ni?" tanya Lisa yang tidak berpuas hati dengan jawapan Kai.

Dia memang. Semua benda tak kena adoi. Campak dalam hutan nanti baru tahu ╮(─▽─)╭

"Abang tahulah. Lagipun sebenarnya sebelum tu lagi abang dah rasa macam Lisa ni kawan abang waktu kecil tapi entahlah kenapa abang tak tanya," kata Kai. Dia tergelak.

Padahal tiada apa yang lawak. ಠ_ಠ

"Oh okay," balas Lisa ringkas. Tidak tahu apa yang perlu dia katakan. Maklumlah, dia pula berlainan.

Aku langsung tak pernah terfikir yang kau ni Nini. Even once. getus hati Lisa. Dia tak nak lah cakap kan, nanti nampak macam dia lupa kawan pula.

Bukan lupa, cuma di manakah persamaan Kai dan Nini? Macam tak ada je? Lagi pula dia tak ingat nama sebenar Nini. Dah tu, nama sebenar Kai pun lagilah dia tak tahu sampailah pagi tadi.

Dasar tak prihatin!

"Bila kau pindah sini semula?" Lisa mengubah topik. Malas mahu menghurai pasal tu. Tak tahu nak cakap apa.

"Abang tak pindah sini pun. Rumah tu still kosong tapi papa ada lah suruh orang jaga. Lepas je abang dapat tahu Lisa tinggal sini lagi, abang terus bagitahu mama yang abang nak jadikan sayang isteri abang," terang Kai.

Betapa dia gembira bila mengetahui bahawa Lisa masih tinggal di rumah yang sama.

"Tapi, kau tak adil kai," ujar Lisa perlahan namun masih dapat didengari oleh Kai. Kai berpaling memandang wajah isterinya itu.

Tak adil? Apa dia?

"Kau tahu everything daripada awal tapi kau langsung tak bagitahu aku. Kau tahu tak hati aku ni sakit bila terserempak dengan kau kat butik hari tu? Kau tahu tak aku rasa macam orang bodoh je sebab berharap kat kau. Kau tahu tak aku rasa aku ni kejam? Kau tahu?" Air mata mula bergenang di tubir mata Lisa.

"Sayang kenapa ni? Ok ok abang tahu apa yang abang buat tu salah. Maaf sangat. Im really sorry. Really, " Kai menarik Lisa ke dalam pelukannya Rambut Lisa dibelai lembut.

Dia tidak bermaksud hendak berbohong cuma keadaan yang tidak mengizinkan dia untuk berterus-terang.

Lisa terus menangis. Dia cuma mahu melepaskan semua yang lama terpendam di hati.

Lepaskanlah lepaskan semua, tiada makna kita bersama dalam hidup--

Ok cukup.

"Maafkan abang, please?" ujar Kai perlahan sambil merenung ke dalam mata Lisa. Hujung jari Kai menyentuh dagu Lisa. Kepala Lisa didongakkan untuk memandangnya.

Lisa hanya mengangguk lemah. Nak bergaduh pun buat apa? Sia-sia. Tak ada faedah. Dia mengesat air mata dan menarik nafas sedalamnya sebelum membuka mulut.

"Aku maafkan tapi janji dengan aku yang lepas ni kau akan jujur. Aku tak boleh terima orang tipu aku macam ni," ucap Lisa.

Siapa je boleh terima?

"Ya, abang janji lepas ni abang akan jujur dengan sayang. You have my words darling," balas Kai sambil mengeyit mata. Lagi.

"Sekali lagi kau panggil aku darling sambil kenyit mata, memang aku cungkil je biji mata kau tu," Lisa memberi amaran. Matanya dijegilkan.

Eleh, acah je Lisa ni. Padahal dia sedang mencair ibarat aiskrim yang ditinggalkan di bawah sinaran mentari menyinari, menusuk ke jiwaku ketika--

I mean sinaran matahari.

"So kalau abang kenyit mata tapi tak cakap darling boleh je lah kan? Atau cakap darling tapi tak kenyit mata? Ke nak abang panghil baby?" Jari Kai diletakkan di dagunya seperti sedang berfikir.

Ala macam budak dalam iklan susu tu bila sel otak nak berhubung. Cuma ni versi Kai.

Lebih comel atau lebih annoying?

Pilihan di tangan anda ╮(─▽─)╭

"Jangan loyar buruk," Lisa mencebik. Apa kau fikir itu lawakkah bangKai?

"Ala abang gurau pun tak boleh eh," Kai tersengih. Sudah tahu, mahu tanya lagi.

"Tapi en...."


🌼🌼🌼

Maaf chapter ni sangat hambar serius ;__; idea terbang melayang sobs.  Author nak ucap terima kasih sangat kepada yang always support ff ni, yang vote yang komen and yang baca je pun, thanks a lot! 💕

Maaf ayat tergantung lagi 😂🔫







[C] Jaga-Jaga | Kai x Lisa | ✔Where stories live. Discover now